Saturday, 24 November 2012

Yang pergi xkan kembali lagi....


Assalamualaikum w.b.t,
Hari ni saya nak berkongsi cerita tentang perasaan bila kita kehilangan sesuatu yang kita sayangi, xkira la benda ke or ape2, lebih2 lagi bila kehilangan orang yg tercinta atau binatang yg kita sayang. Once bila sayang tu terdetik pada suatu benda, kalau 1 hari xjumpa memang rase gelabah la,takut hilang dan sebagainya.

Ape yang telah saya hilang ni sampai sedih semacam? Sebenarnya ia adalah seekor kucing yang comel sangat2, nakal pastu jenis kucing yang paling xmenyusahkan ni dipijak kereta . Pelihara si kucing tu memang xpenat, bagi je ape2 pum dia makan, pastu suka sngat kacau saya tido especially time berselimut mesti dia pi kacau kaki kita yang suka sngat beralih arah time tido. Adik2 plak suka main ngan kucing comel tu, sbab kucing ni jenis yg "nikus" pastu muka yg memang cute gler tu buat kita bertambah geram nya nk penyet2 dia.hihihi

Gambar atas tu after kucing ni kena pijak ngan kereta. Mulut terjelir keluar sebab xtahan nafas dan disebalik tu keluar darah. Mungkin salur pencernaan dia dh pecah manakala kaki kanan dia patah teruk. Sedih yg teramat tengok keadaan insan kecil ni yg menahan kesakitan. Maafkan kami, kami xmampu nk bwak ke hospital, kami xmampu. Hanya air mata saja mampu mengalir dan mengekang mata untuk melihat saat terakhir bersama anda. Walaupun seekor kucing, tapi sayang kami terhadap mu xterbeli. Kami sayang kamu wahai kucing comel ;( ........................................

Tapi tu smuanya kenangan yg lepas dan xpasti ni kali ke berapa dh kucing yg telah singgah menginap sebumbung dgn kami. Ada yg mati sakit, kena pijak dgn kereta mcam nasib si kucing comel ni, terminum air sabun la, pastu kena buang kat pasar malam la bg yg overactive sngat n suka buang najis yg over sngat. Tapi tu la lumrah hidup kita sebagai ciptaan ALLAH, yg bernyawa pasti menemui ajal. Jadi xboleh kita nak salahkan sape2 atas sebab kematian kerana ajal ditangan ALLAH s.w.t kan. Reda jelah dengan takdir yg ALLAH tetapkan dan doa dari daku semoga ALLAH mengampuni lah dosa2 kami sekeluarga sekiranya kami tidak mampu menjaga kucing2 yg telah menginap sebumbung dengan kami.

Harapan saya,datanglah kucing baru ke rumah saya sebagai pengubat rindu dan kami sekeluarga adalah pencinta kucing. Kami just pelihara kucing2 yg terbiar je,yg tuannye xmampu nk pelihara sbab dh ramai sngat kat rumah dia n so on. Kucing ni binatang yg comel kan, senang nk pelihara n boleh dijadikan kawan kita jugak. Tapi kenapa ade jgak yg sanggup dera, potong kaki kucing macam "Hero", sedihkan? 
...Sama-samalah kita mengelakkan diri dari menyeksa binatang, lebih-lebih lagi menyeksakan mereka dengan api. Sesungguhnya tidak ada yang berhak menyiksa dengan api selain Rabb (Tuhan) pemilik api.” Hadith Riwayat Abu Dawud, hadits shahih...
Abu Hurairah seorang penhafal hadith nabi digelar "Bapa Kucing" oleh Rasullah s.w.t kerana sikapnya yg gemar terhadap kucing.

**Sayangilah kucing anda dan bantulah sekadar yang mampu terhadap kucing2 jalanan,jika kita xmampu nak bagi pape pum biarkan lah mereka tanpa menyepak, menyeksa mereka kerana mereka ada hati***

No comments:

Post a Comment

Thanks for do visit this blog. Please wait for comment moderation from me okey :)