Thursday, 14 February 2013

Kepala Air

Assalamualaikum w.b.t,

Korang ade dengar x pasal kepala air? Ni tiey nk share untuk pengetahuan diri sendiri & juga untuk anda semua sebagai langkah keselamatan terutamanya bila nak p mandi kat kawasan2 sungai, air terjun dan yg berkaitan.


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kepala air atau sumber sungai bermaksud punca aliran air dalam kuantiti yang besar mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama. Lazimnya, ia berpunca daripada hujan lebat yang berlaku di hulu sungai. Aliran air ini apabila hujan sangat besar dan deras dan boleh membawa segala macam kelodak, batu dan kayu balak. Selain itu, ia akan merempuh apa sahaja halangan di hadapannya.

Langkah keselamatan dan tanda-tanda awal kejadian kepala air antaranya:

*Keadaan langit gelap di bahagian hulu sungai (kawasan puncak bukit) disertai dengan bunyi guruh yang kuat.
*Bunyi dentuman gerakan batu-batan atau air dari hulu sungai.
*Air sungai berbuih dan meningkat secara tiba-tiba (kelodak, daun reput atau ranting kayu muncul dengan banyak di permukaan air).
*Siren amaran berbunyi (di sesetengah tempat sahaja, seperti di kawasan Air Terjun SekayU, Lata tebakah & dl).

Ce korang tengok video ni, YA ALLAH takutnya. Tapi, siapalah kita ni, ajal maut ditangan ALLAH , kalau ALLAH izinkan kita mati camtu dh memang ajal kita dah sampai kan. Nauzubillahminzalik, semoga ALLAH sentiasa menjaga kita & org yg tersayang. AMIN

#####Kepala air yg berlaku kat Latar Payung, Terengganu

####Kepala air yg berlaku kat India

4 comments:

  1. Subhanallah. Malang xberbau, tapi ajal maut ALLAH dah tentukan. So, better avoid drp mandi time2 hujan kuat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, kalau nk mandi pum kena lebih berhati2 la. Make sure kita follow langkah2 keselamatan. Tapi kalau nk terjadi pum nk buat camner, ALLAH dah izinkan. Kita sebgai hamba kena reda dgn ketentuan ALLAH :)

      Delete
  2. Oh gituu. So, beware lah kpd sesiapa yg water-like especially budak empunya blog ni. hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Cik Tiey biasa mandi kat swimming pool ;)

      Delete

Thanks for do visit this blog. Please wait for comment moderation from me okey :)