Mimpi mati

Assalamualaikum w.b.t,

Segala pujian kpd ALLAH s.w.t kerana limpah kurnia nya, Alhamdulillah kita masih hidup dan masih boleh meneruskan tanggungjawab sebagai hamba ALLAH s.w.t. Semoga hari ini lebih baik drp hari esok. Amin. Sihat belako adik kakok semuo?? Hari ni cik Tiey nk share pasal mimpi yg sentiasa berulang dan hampir 3x, bermimpi benda sama. Adakah ini sebgai alamat ataupun mimpi sekadar mainan tidur? Wallah'walam. Hanya ALLAH yg maha mengetahui kerana DIA yg menentukan segala qada' & qadar kita. Sebenarnya, cik Tiey bermimpi tentang kematian, yg berulang hampir 3x. Cik Tiey amat takut sekiranya mimpi cik Tiey tu merupakan alamat bahawa sudah xlama lg cik tiey akan meninggalkan dunia sementara ini. Masya'ALLAH.

Setiap benda yg ALLAH hidupkan, akan dimatikan suatu hari nanti kelak,tapi kita xtau bila masanya. Hati cik Tiey agak xtenang sebab teringatkan mimpi mati yg kerap berlaku. Sape yg xtakut mati kan, kecuali para Ulamak2 dan org2 yg soleh yg sudah bersedia menghadap Illahi dngan bekalan ke akhirat yg mencukupi. Allahurabbi. Untuk pengetahuan sahabat2, kali pertama cik Tiey bermimpi iaitu mimpi salah sorang daripada family cik Tiey akan meninggal, samada cik Tiey ataupun kakak cik Tiey. Untuk kali keduanya, cik Tiey bermimpi berada dipangkuan ibu cik Tiey dengan keadaan cik Tiey yg agak lemah, mata kuyup dan permandangan agak skit gelap, kabur sambil menangis dan bagitau kat ibu cik Tiey yg cik Tiey dh nk pergi. Subhanallah, cik Tiey sebak sngat bila teringat mimpi hari tu, Cik Tiey takut sngat2. Cik Tiey xbersedia lg, cik Tiey bnyak dosa. Ya ALLAH.....

Semalam, mimpi kali ketiga cik Tiey bermimpi, cik Tiey, akak, ibu & adik2 pergi makan angin. Kami naik bas, pastu tetiba kami pum sampai kat 1 destinasi ni memandangkan kami naik bas yg salah. Jadi kami berhenti kat 1 kawasan yg cik Tiey rasa xfamiliar, tp yg pasti kami dh sesat. Tetibe dtg seorang wanita, kawan cik Tiey yg pernah kerja time tunggu SPM dulu jemput kami naik kereta. Sebelum naik kereta tu, cik Tiey tanya la kawan cik Tiey tu, ni kereta myvi warna hitam kereta awk ke? Pastu dia cakap ye. Then cik tiey naik la kereta tu, pastu duk kat seat belakang. Yg cik Tiey ingat nya, dia driver kat seat depan bahagian kanan. Tetiba cik Tiey hairan, kenapa cik Tiey je naik kereta ni, mana family cik Tiey???

Pastu cik Tiey terkejut bila member kejutkan solat subuh, pkul 6.15a.m dan tiba2 cik Tiey terlintas yg kawan cik tiey yg ajak naik kereta tu dah meninggal 2 tahun yg lalu. Allahuakbar!! Hanya ALLAH yg tahu betapa sedihnya & takutnya jika ketiga mimpi2 cik Tiey tu merupakan penanda bahawa cik Tiey dh xlama hidup kat dunia ni. Cik Tiey takut sngat2, mengalir air mata, sebak macam mane pum kita kena reda sebab setiap yg hidup pasti mati, cuma masa ajal maut tu kita xtau bila. YA ALLAH, cik Tiey amat2 takut sbab cik Tiey xpasti jika ini sbgai tanda ataupum sekadar mainan tidur, memandangkan semalam cik Tiey dalam berwuduk, manakala pada mimpi yg lepas tu cik Tiey xpasti. 

Wahai sahabat2, ci Tiey pernah dengar jika kita bermimpi seseorang yg sudah mati ajak kita ikut dia, then kita ikut dia maknanya mmg ajal kita dh dekat. Tapi si mati tu xbercakap pum. Wallah'waklam, cik Tiey xtau. Sekiranya ajal cik Tiey dh dekat, cik Tiey hanya mampu reda dan berusaha memantapkan iman dan semoga ALLAH mempermudahkan urusan cik Tiey. YA ALLAH, takutnya. Sesungguhnya aku mkhluk yg hina dan bnyak dosa, Ampunkanlah aku YA ALLAH, jauhkanlah aku dari siksaan api neraka. AMIN2 ya rabbal a'lamin. Cik Tiey sekadar berkongsi kat blog ni sbgai luahan hati, betapa takutnya kita kpd mati sbab kita belum sedia dan kekurangan amalan utk dibawa sbgai bekal. MasyaALLAH.

Last, cik Tiey takut sngat2, dan berkesempatan ni cik Tiey memohon maaf kat sahabat2, dan sesiapa sahaja yg mengenali cik Tiey. Halalkan makan minum, maafkan segala dosa besar mahupun yg kecil disebabkan mengumpat, mengata, memburuk-burukkan, mencela, sinis sana sini. Maafkan cik Tiey. :(


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi datang ke blog fatihahazanan92@blogspot.com
Komen anda sedatang ditapis, sila tunggu kejap ye 😘