Tuesday, 7 May 2013

Air Halia + Madu + Telur Puyuh


Assalamualaikum w.b.t,

Haish, duk kat rumah ni rasa malas sangat jari jemari nak menaip untuk new entry. Hye. selamat petang semua! Hari ni Cik Tiey nak bersembang pasal minuman petang yg dah tertulis kat atas tu "Air Halia+Madu+Telur Puyuh"! Korang pernah minum x Air halia ni?? Xkan xpernah kot, time2 perut korang tu buncit bagai tembikai sebab penuh dengan angin dan solutionnya korang ambik HINO Halia kan2?? Semestinya!! Pasti korang start la melepaskan bom2 atom yang harum tu.huhuhu. Kalau korang xpenah minum xpela, meh sini Cik Tiey nak galakkan korang minum lepas korang baca entry ni.hehehe

First, korang kenal x halia tu ape? Xkan la kot xtatau. Ni mesti korang pandai je makan makanan yg dh siap kan. Oit. pemalas betul.hehehe. Halia atau nama saintifiknya Zingiber officinale mempunyai banyak khasiat antaranya pada bahagian rhizome (root-like) yang mana dapat merawat penyakit banyak angin dalam badan, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, muntah, cirit-birit, disentri, asma, sakit perut, reumatisme dan banyak lagi. Halia ternyata mempuanyai nilai perubatan yang tinggi, kerana tumbuhan ini disebut dalam Al-Quran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu, diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil (halia)".

Manakala kelebihan madu yang sudah pasti diketahui oleh orang ramai. Sabda Nabi S.A.W., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya. "Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan.

So, ape kaitan kelebihan air campuran ni dengan telur puyuh? Telur puyuh merupakan sumber protein terbaik iaitu 100 gram telur puyuh mengandungi 13.05 gram protein, tinggi lebih sedikit daripada telur ayam atau itik walaupun saiz telurnya agak kecil Kan kecil2 cili padi.hehehe Salah satu kelebihan protein telur puyuh jika dibandingkan dengan haiwan lain adalah daya cernanya yang sangat tinggi. So, minuman ini  berkhasiat bagi mengatasi masalah kembung perut, sakit perut, sakit pinggang dan sakit belakang serta melegakan sengal-sengal otot dan pada masa yang sama memanaskan badan.

Aish. entry ni macam nak promote minuman ni je. hehehe. Xdela, just nk share je. Sharing is caring kan. :)






No comments:

Post a Comment

Thanks for do visit this blog. Please wait for comment moderation from me okey :)