Thursday, 31 October 2013

Padah Tukar Dedorant!

Assalamualaikum w.b.t,

Selamat petang semua! Oh bz sangat2 lepas masuk dunia Degree ni. Xsempat nak update blog. Haish. Tp study is more important than blog even your are top blogger right? Orite. Padah tukar dedorant? Ni pengalaman diri sendiri yang ikhlas berkongsi untuk anda even rasa malu pum ada.hehe. Okei guys. Untuk pengetahun anda semua, ada padahnya bila anda bertukar2 dedorant especially bila dedorant tu xsesuai dengan jenis kulit anda. Mungkin ada yang dijangkiti kuman dan menyebabkan kegatalan pada bawah ketiak lalu menyebabkan kehitaman serta kulit rosak.

Tapi Tiey xmengalami masalah macam atas tu. Al-kisah Tiey ni bertukar dedorant dari Nivea pearl beauty kepada Garnier disebabkan beberapa faktor. Sebelum ni guna Nivea okey je, xde pum alami sebarang masalah. Tetiba haritu kat shopping mall tengah2 cari dedorant ni entah kenapa terlintas dihati ni nak tukar brand lain iaitu garnier sebab Nivea mahal lah. So pikir nak jimat lah. Tapi yang paling merennya, Tiey pi pilih dedorant garnier for moisture armpit kot. Well, orang kata tukar citarasa la tu. Tapi lain jadinya!


Nak tau ape jadinya? Hahaha. Gelak? Nak nangis adelah...Grrrr. Ni haaa. Gara2 pakai dedorant Garnier yang lembapkan ketiak sangat tuu kan sampai ketiak ni basah kuyup. Haiyooo. Malu giler. Sedih, fikiran bercelaru sebab automatik benda ni "ketiak berpeluh" reduce my self confidence. Nak angkat ketiak kena hati2 sebab takut lah tetiba basah kuyut. Pastu nak pakai baju kena make sure pakai baju jenis yang bukan cotton sbab takut nampak ketiak basah kuyup tu. Alahai....Malu sangat2. Angkat ketiak cket sure berpeluh dah even baru je mandi. Aktif siot hormon ketiak aku, sampaikan 2,3 liter sehari berpeluh agaknya.


"Akan tetapi sekarang ketiak saya tidak lagi berpeluh seperti dulu". Nak tahu apa rahsia saya? Ok iklan jap..huhu. Alhamdulillah. Setelah mengamalkan produk farmasi ni, 2 3 hari dah berkesan. Produk ni memang terbaik sebab dalam masa singkat, ketiak ku tidak lagi berpeluh sebab produk ni mengecilkan liang2 sweat gland armpit. So that, no more excessive sweat flow like a drainage on my armpit. hahaha. Sekarang masih dalam tempoh percubaan! Amat berpuas hati walaupun mahal. Nanti Tiey berkongsi produk rahsia yang mengembalikan keyakinan diri serta kecantikan lalu. Ayat xboleh blah. Okei. Stay tune. hoho


Sunday, 27 October 2013

Xde Air T.T

Assalamualaikum w.b.t,

Haish bangun pagi gosok gigi gunakan freshwhite..Jeng2. Nyanyi2 time otway ke tandas. Tetibe....earkkkk. Air tarak ada lah pulak. Pi naik tingkat atas, tingkat bawah semuanya xde air. What's wrong happen? Oh noo. Air memang xde dari semalam lagi, dalam pukul 2a.m lebih. Haiyoo. Semua benda yang plan nak pi pagi hari lagi terbantut gara2 xde air. Xkan lah kot nak pi tanpa mandi conpem kot orang kata ni bangla mari. hohoho. Even bangla pum wangi, wangi ngan perfume. hahak. Puas nih pi cari air last2 member cakap aras 1 ade air, tu pum limited. Means that, tandas tu agak2 macam kaunter bank x? crowded cause almost students are queue up nak mandi.


Sadis betul... Dari 9 aras ni, satu aras je yang ada air. Maybe kolej Mawar, UiTM nak jimat air la tuu. Kot2 lah PM kita nak announce harga air nak naik nanti. Tambah2 lagi Selangor mengalami krisis air, so nak wak camner. Tiey recommend UiTM buat "Boring air". Guna air bawah tanah yang menggunkan engine high pressure, so just bayar elektrik macam umah Tiey tu. Air pum bersih dan laju. Oit air cepat2 lah ada. Xtahan dah lalu kat tandas ni, macam2 bau nya gara2 ada yang terbuang tanpa mengetahui status air sekarang ni.huhu. Nasiblah badan. :p

Thursday, 24 October 2013

Program Vaksinasi HPV untuk wanita

Assalamualaikum w.b.t,

Program Vaksinasi HPV korang pernah dengar x? Mungkin pernah dengar kot, tapi x tahu secara mendalam tentang program ni kan? Oleh itu, Tiey ingin berkongsi dengan anda semua tentang kepentingan program ini demi kesejahteraan hidup kita bersama. So, apa tu HPV? HPV ialah sejenis virus dikenali sebagai "Human Papilloma Virus" yang sangat berbahaya dan merupakan penyebab utama kepada kanser servik. Kanser ini terjadi di bahagian pangkal rahim (servik) dan merupakan kanser ketiga paling kerap dikesan dalam kalangan wanita selepas kanser payudara dan kanser kolorektal. Di anggarkan 1,500 wanita negara ini disahkan mendapat kanser servik setiap tahun. Kanser servik menyumbang 6% dari jumlah kematian akibat kanser dalam kalangan wanita. 


Adakah jangkitan HPV ini boleh dicegah?

Cara yang paling senang untuk mencegah jangkitan HPV adalah secara menghindari daripada melakukan seks bebas. Akan tetapi kita sebagai umat Islam sangat dilarang dan ditegah sama sekali melakukan seks dengan bukan pasangan suami/isteri yang mempunyai ikatan perkahwinan yang sah. Walaubagaimanapun, setiap wanita adalah berisiko dijangkiti HPV selepas berkahwin. Jadi antara cara lain yang paling sesuai dan efektif bagi mencegah jangkitan HPV adalah dengan pengambilan vaksin HPV yang mana menjadi satu inisiatif kerajaan dengan menganjurkan program vaksinasi HPV ini.

Untuk pengetahuan anda, program vaksinasi HPV ini adalah satu program yang diusahakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), dibawah peruntukan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Objektif utama program ini adalah untuk mengurangkan beban penyakit disebabkan oleh kanser servik untuk 20 tahun pada masa akan datang.
Matlamat utama pengenalan vaksin ini adalah:
  • Memberikan vaksin HPV secara percuma kepada semua wanita yang dilahirkan pada tahun 1993 sehingga 1995 yang tergolong dalam “kumpulan sasaran”.
  • Untuk melindungi wanita Malaysia dari risiko jangkitan HPV
  • Untuk mengurangkan risiko kanser servik dalam kalangan wanita di Malaysia.
So, korang tau kan betapa pentingnya program ini bagi mengurangkan penyakit yang gemar dijangkiti oleh kaum wanita di Malaysia. Oleh itu, anda sebagai rakyat yang prihatin terutamanya ibubapa ataupun keluarga perlulah menyeru  dan memberi galakan kepada"mereka” yang menjadi kumpulan sasaran untuk mengambil suntikan vaksin HPV untuk kepentingan mereka sendiri. Anda semua xperlu risaukan bayaran untuk setiap dos suntikan yang akan diberikan kerana ia 100% percuma.

Cara untuk mendapatkan vaksin HPV percuma?

Dibawah insiatif kerajaan, daripada 2 Oktober sehingga 16 November LPPKN akan menganjurkan program vaksinasi HPV secara percuma ke beberapa universiti-universiti terpilih. Penganjuran program vaksinasi HPV yang terdekat ialah:
Tarikh: 26 October 2013
Hari: Sabtu 
Masa: 9.00a.m hingga 4.00pm
Lokasi: Universiti Putra Malaysia - Bukit Expo
Destinasi seterusnya: 1Borneo Mall - (16 November 2013) & UniMas Sarawak - (14 November 2013) 

*****Berita baik untuk anda!!****
  • Bagi mereka yang menyelesaikan semua tiga dos, mereka akan diberikan pas percuma ke konsert artis-artis tempatan yang terkenal yang dijadualkan pada 2 Mac 2014
  • Cabutan bertuah- peserta dari setiap universiti atau kolej yang mendaftar untuk mendapatkan vaksin dalam kumpulan yang terdiri dari lima orang atau lebih akan layak untuk cabutan bertuah. 
Contoh Hadiah-Hadiah bakal dimenangi:
***Pas percuma ke konsert artis-artis tempatan***


***Cabutan bertuah-Percutian ke satu destinasi***


*Pemenang bagi cabutan bertuah bakal memenangi percutian ke satu destinasi “Rahsia” yang ditaja sepenuhnya dan semestinya sangat seronok!

Wow! Ape lagi yang korang tunggu? Siap dapat tiket konsert percuma dan berpeluang memenangi satu pakej percutian lagi tuu. So jom lah pakat kita pi sano ye untuk mendapatkan suntikan percuma vaksin HPV bagi mengelakkan daripada jangkitan HPV yang membawa kepada kanser servik. Cegah daripada awal sebelum ia menjadi parah “Prevention is better than cure”.

p/s: Nak tahu lebih detail pasal perkembangan semasa Program Vaksinasi HPV ini, anda boleh lawati fanpage sini ----> https://www.facebook.com/PVHPV


Saturday, 19 October 2013

Tempoh Kemasukan Duit PTPTN

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah finally duit PTPTN dah mashuk! Yeah duit ku bertingket2. Tapi duit masuk pum kena bayar hutang kat along ma. Oit along? Yup. honestly Tiey memang ada buat pinjaman ngan along sebab terlampau terdesak sangat nak guna time masuk Degree haritu. :(..Huhuk. Nak wak camner kan dah xde duit so buat lah pinjaman RM1k. Hurmm. Actually itu along bukannya yang gengster punya ma, tapi ini Kak Long gua.hahaha. Thanks to my kak Long sebab bagi pinjam duit time adik mu terdesak haritu dan harini hutang tu dah dilunaskan. Maka ku yang dulu samalah macam sekarang. Kenalah berjimat cermat sebab semester awal camni memang banyak kena beli benda kang.


Haiyya, sudah jauh dari tajuk utama tu. Solly2 ya. excited dapat duit bnyak. Hohoho. Ok. Untuk pengetahuan anda semua, kemasukan duit PTPTN ialah selepas 21 hari daripada tarikh penghantaran dokumen semasa sesi penghantaran dokumen yang pecah kepala tuu.huhu. So, you all kena tunggu 3 minggu lah ye. Haish, kira dalam 1 bulan lebih jugak lah korang kena sediakan wang untuk menampung diri semasa pendaftaran pelajar baru-Degree dan sehinggalah duit PTPTN tu masuk. Kalau degree,  normalnya korang dapat RM3500 lah. Eah xjugak, kena tolak lagi RM40 entah ape kehel. Bank atau PTPTN yg tolak still xtau. So duit bersih yang korang dapat RM3460 inggit.

Oleh yang demikian, berjimat cermatlah anda. Pesanan ikhlas dari saya Tiey :D

Tuesday, 15 October 2013

Science Biomolecule UiTM

Assalamualaikum w.b.t,

Disebabkan terlampau banyak request dan persoalan tentang cos "Sains Biomolekul" so Tiey create this entry dengan tulus ikhlas agar ia dapat membantu saudara dan saudari. Untuk pengetahuan saudara dan saudari kursus "Sains Biomolekul" merupakan program sepenuh masa selama 3 tahun bagi lepasan matrik/asasi, 2 tahun setengah bagi lepasan Diploma sains dan 2 tahun bagi lepasan Diploma Teknologi makmal perubatan yang dijalankan di UiTM Shah Alam ini memberi tumpuan kepada kajian biomolekul dan aplikasinya (bidang sains yang menjadi asas kepada bioteknologi moden). 

Our official logo Biomolecule- UiTM Shah Alam


Program ini menggabungkan pengetahuan asas dalam bidang biologi sel, biokimia, genetik dan kemahiran makmal dalam biomolekul bagi menyediakan pelajar dengan asas yang kukuh sebagai langkah persediaan ke arah R & D bioteknologi. Beberapa mata pelajaran elektif dalam pengurusan perniagaan, pemasaran dan IT juga disediakan untuk meluaskan skop mahasiswa. Mahasiswa akan didedahkan dengan latihan industri di agensi awam atau swasta selama 3 bulan sebagai pendedahan kepada alam pekerjaan. Graduan juga boleh melanjutkan pengajian mereka pada peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah untuk menjadi kumpulan profesional dalam bidang tersebut bagi memenuhi keperluan tenaga kerja semasa.

PROSPEK KERJAYA: Graduan bagi program ini mempunyai skop kerjaya yang luas di dalam bidang bioteknologi, farmaseutikal dan kesihatan, di antaranya: 
  • Pegawai Penyelidik 
  • Pensyarah 
  • Guru Biologi 
  • Pegawai Sains 
  • Pegawai Kawalan Mutu 
  • Pengurus Syarikat/Projek 
  • Ahli Korporat 
  • Usahawan Perunding

Ni merupakan subjek keseluruhan yang perlu diambil bagi semua pelajar dari semester 1-6.  
(Click on image to enlarge)



Tapi bagi pelajar lepasan Diploma macam Tiey, anda mendapat "pengecualian kredit". Ini bermakna subjek2 yang pernah diambil semasa diploma dulu tidak lagi diambil semasa degree dan anda terus lompat masuk ke semester 2. Memandangkan Tiey merupakan batch yg leading "OBE" so UiTM masih blurr dan blank lagi untuk memberi pengecualian kredit untuk subjek tertentu memandangkan code subjek diploma & degree x samakan. Sebarang perubahan akan Tiey update.

Subjek yang perlu anda ambil, starting from semester 2-Bagi lepasan Diploma Sains
(Click to enlarge, sorry if the image is quite blurr)

Based on image above, yang Italic + kaler merah korang kena pilih (subjek elektif). Tapi bagi semester 5 korang kena pilih 2 daripada 4 pilihan tu. Overall of subjects, korang boleh buat andaian sendiri la kan betapa mencabarnya subjek ni. Xgituu?? Honestly subjek ni agak mencabar tapi dengan ketekunan, usaha yang jitu Insha'Allah tiada yang mustahil. Apa yang penting peluang pekerjaan course ni sangat luas! Belajar memang seronok giler. Apa yang menarik dengan cos ni, iaitu subjek yang diambil. Semua related each other. Jika korang belajar Microbe, so a few topic is related too in Genetic subjek. Conclusionnya, anda telah membuat pilihan yang paling terbaik. Cos ni sangat specific so mudah nak cari kerja dan belajar pum sama, bioooology. Xde fizik dan seangkatan denggannya. Cuma semester 2 je korang kena ambil subjek Biochemistry, alah macam Inorganic & organic je. ecece.

At the last semester, anda perlu melibatkan diri dalam "Industrial training". Based on my senior, diorang gtau yang kita buat praktikal time semester 6 lah tu kan, tapi kena belajar jugak a few subjek yang kemungkinan diambil semasa semester break before masuk semester 6. Walaubagaimanapun, wait for my further news la pasal benda ni kerana kemungkinan ia akan diubah sebab kami leading OBE dengan kata lain tikus makmal. Haiyoo. Kasihan kami T.T. Insha'Allah Tiey akan update pasal cos ni dari semasa ke semasa. Sebarang pertanyaan anda semua boleh contact Tiey kat sidebar "Contact me" ada kat bahagian kanan tu ye. Tq sudi singgah baca entry yg panjang lebar ni. Ikhlas untuk anda :)


More info pasal subjek yang korang ambik untuk each Semester:





Untuk adik2 jenior yang dapat sini jemput menyapa Tiey ye. Keep in touch between Junior and Senior ye.
Nak lebih rapat lagi, email Tiey:  trunkgesz@gmail.com
Notes dan kasih sayang akan diberikan. hehehe :)

Sunday, 13 October 2013

Hadiah Daripada KLIPS

Assalamualaikum w.b.t,

Yeahhh. Finally dapat jugak Tiey tilik hadiah yang Tiey menang untuk KL Zombi merchandise giveaway. Dapat sehelai T-shirt & satu button badge yang comel. Alhamdulillah rezeki Tiey. Actually hadiah ni dah lama sampai kat rumah, tapi hari ni je Tiey baru boleh buka, tilik and try. Sangat berpuas hati especially t-shirt dia memang best dipakai sebab kain dia made of high quality cotton. Thanks KLIPS! Sebelum ni Tiey pernah dapat tiket cinema HOORAX cartoon movies untuk 2 orang dan sekarang ni dapat lagi. I love you KLIPS. Xrugi Tiey follow page ni.

T-shirt yang lawa-Ada gambar Zizan tu.hoho


Button badge yang aweosme!

Camner wei nak dapat benda free camni? Caranya memang senang sangat2. Tapi yang pasti korang perlu update lah dengan perkembangan KLIPS so make sure korang follow page dia tau. KLIPS menawarkan cinema tiket free dan juga menganjurkan bnyak GA. Hadiah untuk setiap GA memang mantap beb. Antara cara nak dapatkan salah satu hadiah dari GA yg diorang anjurkan so surelah korang kena join GA diorang. Just share links dan pastikan links korang tu viewed by many people. Alah senang je. Follow term and condition yang diorang tetapkan je. Kalau ada rezeki dapatlah tuu. hihi


Thursday, 10 October 2013

Ouh Mum! I'm so tired T.T

Assalamualaikum w.b.t,

This entry is auto post regarding of busy, no enough time to create and post entry. Ayoyoyo. Pukul 3.15a.m Tiey belum tido lagi? Ni xboleh tido terkenangkan 2 hari lagi nak balik kampung ke? hohoho. Maybe almost students tengah duk pikir macam tuu. Tapi tidak bagi Tiey. This week is such a horrible week. Dah macam final dah even though my journey was just begun. Minggu ni penat lah sebab bnyak hal kena settle especially test dan quiz. Quiz dah settle hari Selasa haritu, Statistic for Engineering. Perhh, study bagai nak pecah kepala last2 soalan entah pape susah sangat2.


Haraplah 2 test yang sedang menunggu petang Khamis ni, Genetic test dipermudahkan. Dah settle yang test ni, pastu balik tu belek buku mengadap Microb la plak well hari Jumaat pagi ada test la plak. Memang dalam kepala otak Tiey ni duk pikiq pasal test and study je. Xsempat nak pikiq pasal balik. huhuhuk. Xpe, nanti habis kelas petang Jumaat tu pastu balik dan terus packing barang. Al-maklumlah naik bas pukul 9malam tu. Dasyat betul planning...Honestly this week is the most challenge week! Letih fizikal dan mental. Hari Isnin-Selasa balik jalan kaki maa, sebab kelas habis sampai pukul 6ptg so bas dah xde. The conclusion nya jalan kaki lah balik dari kampus ke hostel. Penat2x. Malam tu lemah longlai, nampak katil je.hoho

Tu jelah sempat nak coret kat entry kali ni. Lain kali pulak conteng panjang2 kat sini. Penat mak oi jadi budak degree ni. Be patient and be strong~ Doakan Tiey semoga dipermudahkan segala test2 yang bakal diambil. A+ ambo nak kalau boleh. Insha'Allah. If there is a will, there is way :) 

Saturday, 5 October 2013

Grooming Event at Mawar College

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah. Tadi Tiey kena join event organized by our hostel-college Mawar which is "Grooming" and its theme is Keanggunan personaliti professional. Camner tuhh? Grooming tu maknanya kelas make up lah. Haiyoo, ada jugak event camni kan. Tapi tu lah realitinya. As a student especially modern girls kita kena lah bergaya sikit, biar sedap dipandang. Throughout the event, majlis dihadiri oleh JPK,Pengetua asrama,Pegawai pembangunan pelajar dan seki (ajk JPK). Event ni bukanlah sekadar make up2 je, tapi diisi dengan ceramah kepimpinan oleh pengetua hostel.

Gambar before make up- After make up no need lah.hoho


Tapi, the most excited thing is waiting for the session "Grooming". One of the PPP officer shows tutorial cara nak make up, basic make up dan she also shows video on how to apply basic make up. Seronok giler sebab boleh conteng2 muka ni haaa. Ditambah lagi ramai yang xreti apply make up.huhuhu. Tapi yang paling seronok diorang bagi satu set alat make up. Perhhh. From korea beb. hohoho. Satu set alat make up Miss Rose, consist of  blusher, eyeshadow, bedak asas, bulu mata palsu, eyeliner, lipliner and a set of lipstick and lipgloss from Mac. Giler.. Memang syok sangat2 time bukak satu set eyeshadow yang macam almari bertingkat2 tuu.

So, the grooming session was started with make up by ourselves. Yang xtau pasal make up tu pandai2 lah lukis2 kat muka ni haaa. Tiey plak memang dah biasa apply basic make up, eyeliner and lipstick je. Yang eyeshadow tu based on experience lah.. Youtube selalu je Tiey tengok. Senang je.huhuhu. Finally, kiterorang dapat tempat ke2 bagi acara make up- Silky girl team. Yeahh. Dapat hamper. Rezeki.

A set of make up that we are given by our Mawar College


Thursday, 3 October 2013

Wifi Oh Wifi!

Assalamualaikum w.b.t,

Ouh tittle hari ni semacam je. Merungut lah sikit~ Adoyai, kenapa lah wifi kat sini xdapat nak connect easily macam duk kat rumah. Once open laptop, internet is access automatically. Tapi kat sini connect 3,4 poloh kali pum tarak jadi ma. Biasalah dugaan belajar. ecece. Tapi as a blogger, internet merupakan keperluan asas mereka. Xgitu kan? hihihi. Alhamdulillah lepas Tiey send aduan kat wireless UiTM internet dah boleh connect as well as usual. Yeah! Normal lah benda free memang camtu, line lembap lah pastu limited access lah. Macam2. Haish~


Sometimes bila nak buat keje yg amat2 memerlukan searching idea outside of our thinking we required "Wifi" to be connected. Tapi internet xdapat rasa cam xde mood je nak buat keje tu kan. Sebelum ni ada company internet yg link dengan UiTM which is called as "YES" 4G ada promote diorang punya internet lah. Korang pernah dengar x? Ke korang guna benda ni? Mintak2 share lah cket sebab based on his explanation, YES ni sangat murah, jimat dan menguntungkan. "You just bayar pendaftaran untuk broadband tu, which is RM50-RM100 macam tu harga dia. Pastu you dah xbayar bulan2 macam broadband lain sebab if you nak guna internet you just topup contoh RM30 untuk quota 1 gyte, without limit. Maknanya you topup RM30 tu takde expired date lah, so you boleh guna sampai bila2 sehinggalah habis quota".


Macam menarik bukan? Tiey agak tertarik dengan kelebihan yg ada pada "YES". Tapi honestly Tiey trauma nak guna internet cause i have been used before, P1 broadband. Hampehhh. Kata bayar camni, pastu tetibe dapat bil camtu...Haiyooo. So guys kalau korang tau pasal ni sila lah share kat sini cket pasal YES tuu. Mane tau kot2 Tiey berminat nak subscribe benda ni. Tapi buat masa ni guna dulu Wifi oh Wifi UiTM sebab pulus xde, PTPTN tarak masuk lagi maaa. hohoho