Sunday, 23 February 2014

Kebaikan Scrub Muka Aprikot

Assalamualaikum w.b.t,

Scrub muka berfungsi sebagai element penting dalam penjagaan kulit mingguan kita bagi meningkatkan kesihatan dan kecantikan kulit terutamanya kulit muka. Aprikot merupakan element utama yang ditemui dalam dalam produk scrub muka kerana keberkesananya. So, scrub muka aprikot sangat bagus untuk kulit muka jika dibandingkan dengan penggunaan bahan micro-scrub yang boleh menyebabkan kerosakan pada kulit muka selepas bahan tersebut digosok kebahagian kulit muka.

Aprikot merupakan buah yang agak kecil dan manis. Ia berwarna oren keemasan dan kaya dengan sumber vitamin yang sangat bagus seperti Vitamin A,B,C dan lycopene. Selain itu, Aprikot juga terdiri daripada sumber yang berkualiti tinggi seperti iron, phosphorus, kalsium dan potassium yang rata2 nya bagus untuk kesihatan kulit serta tubuh badan.


Kebaikan scrub muka Aprikot: 
**Membantu menghilangkan kotoran dan daki
**Membuang sel-sel kulit yang lama dan rosak
**Melembapkan kulit muka
**Melicinkan kulit muka

Scrub muka aprikot memberikan tona kulit lebih elok kerana kandungan aprikot membantu tona kulit yang kusam. Ia juga berfungsi sebagai "agen penggelupas"  atau exfoliator dengan membuang sel-sel kulit mati dimana ia memperbaharui sel-sel kulit yang rosak tadi dengan new skin cell. So, kulit akan tampak lebih cerah dan lembut .

Yang paling penting scrub muka Aprikot 100% natural!
Tiey guna Ginvera facial scrub. Sedap sangat pakai tau. Lepas cuci muka dengan cleanser then gosok muka plak guna scrub ni. Tapi, scrub muka kena apply 2,3 kali je dalam seminggu sebab function dia agent 'exfoliator" tu boleh menyebabkan muka kulit rosak kalau setiap hari guna. Just apply 2,3 kali je dalam seminggu untuk hilangkan kotoran degil macam jerawat halus.



15 comments:

  1. macam best jaaaaaaa! tak penah guna lg any product yg ada apricot.

    bp ringgit yang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murah je, hurm dalam RM8 lebih kot yang kecik. Scrub penting jugak untuk muka kita,buang jerawat kecik2 kat muka especially kat hidung tu. Scrub ni macam berus la jugak, so kena apply kekadang je sebab kalau pakai setiap hari nanti muka mengelupas.

      Delete
  2. kak sally tak boleh pakai scrub lagi sbb muka tgh problem :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ouh. Its ok, kalau muka yg sensitif dan having problem better xpyh apply scub nanti rosak epidermis kulit muka tu,

      Delete
  3. Wahhh , ni semangat nak try ni haa . Thanks for sharing this tips . Its helpful a lot .

    Jemput singgah baca entri
    http://mrssuperawesome.blogspot.com/2014/02/slow-slow.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Most welcome dear. Ok. Nanti Tiey bw ye :)

      Delete
  4. okei, nanti anne g beli.. hehe..
    kdg2 guna pencuci muka je tak berkesan, muka masih ada sisa kotoran & kulit mati..
    So, scrub memang sangat berguna.. tapi anne lupa nak beli hari tu.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Yup betul tu. Best gosok scrub kat muka. Kalau kena kat tempat gatal memang syok rasanya. So far guna ok. Jom beli Anne.hihi

      Delete
  5. muka lepas scrub memang rasa segar dan bersih..

    ReplyDelete
  6. jarang pakai skrub. sebab xde skrub kat umah. hihi.. dulu selalu pinjam skrub emak punya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Tp jimat pakai scrub ni, just guna 2,3x je dalam seminggu :_

      Delete
  7. Salam sis...kt mne nk beli,, blh share x??nk try jgk hihi

    ReplyDelete

Thanks for do visit this blog. Please wait for comment moderation from me okey :)