Sunday, 31 August 2014

Shopping Kat Munduk, Thailand

Assalamualaikum w.b.t,

Busy betul minggu ni, nak blogwalking pum xsempat. Xpe2, nanti Tiey bw u all eak :)
Ni cerita hari Jumaat minggu lepas, shopping kat over river, Munduk Thailand. Kami, 5 orang anak dara ni plan nak pi sini so pagi tu terus bertolak dalam pukul 9am. First time datang sini so jalan tu xtau la. Mujur akak yg keje kat UMK jeli tu dah familiar jalan yang nak otw ke Munduk tu. Alhamdulillah sampai dengan selamatnya tanpa sesat. 




Baru tau yang Munduk, Thai tu seberang je dengan Kelantan. Senang je lah nak masuk Siam ni. hehehe
Sampai kat sane, mmg ramai dah yang parking kete kat bahu jalan. Pastu ada halangan polis kat depan, nak check brg beli la tu. Pastu, dikawal oleh abang2 askar, tu memang tugas dia. Yang polis tu orang sane kate dia kacau area askar yang jaga sana, alasannya xmau bagi orang lain shopping kat Munduk, sebab pasar Rantau Panjang xde orang. Orang kampung sana gtau yang ketua polis punya isteri berniaga kat pasar Rantau Panjang tu, so disebabkan xramai yang berkunjung kat sane conclusionnya pasar Munduk bakal ditutup!
Bukan ke rezeki dari Allah? Kenapa sebab orang lain xpi sana? Mahal ke murah?

Ada hari2 tertentu jugak nak pi sane memandangkan ada sekatan polis! Don't worry, orang kampung sane yang sangat sporting and baik hati ada bagi no.contact kat Tiey. Dia gtau kalau nak datang msg dia, tanya boleh masuk x sane. 

**** Bestnya naik perahu. Bayar RM1 je ****




**** Time for shopping ****

Seriously shopping kat Munduk memang awesome!!
Barang murah giler2x. Kalau kat sini skirt RM30-RM40 sane RM20 je kottt.. Xrugi datang sini, especially nk cari tudung memang murah. Separuh harga kot. 3x tanye sebab xcaye harga tu murah sangat, huhuhu




**** Pastu cari makanan dan terjumpa INI!! Telur puyuh goreng RM2 je. Best ****




**** Lastly, before balik jom pekena nasi sup perut ****


p/s: Benda2 besar contoh toto tu kena bungkus dengan plastik hitam sebab dianggap barang seludup. Satu lagi, kalau beli barang banyak elakkan dari tersempak dengan polis kat situ. Kalau askar xpe, diorang baik. huhuhu


Thursday, 28 August 2014

KPP 02- Latihan Praktikal Di Litar

Assalamualaikum w.b.t,

Dah settle kelas teori KPP 01 ??
Dah lulus Ujian Komputer ??
Dah buat Lesen L ??


So, move on the next KPP 02 iaitu Latihan Praktikal Di Litar selama 5 jam setengah.
Tiey buat 3 hari je, hari pertama 1 jam setengah dan hari berikutnya selama 2 jam.

Hari pertama, iaitu selama 1 jam setengah korang belum belajar memandu lagi tapi diberi penerangan oleh cikgu pasal kenderaan iaitu rutin pemeriksaan kenderaan (RPK) dan rutin sebelum memandu (RSM). So, haritu korang just diajar bukak bonet kereta, pastu tengok kat ruangan enjin. Korang akan diberi pendedahan tentang alatan2 yang perlu dicheck sebelum memulakan perjalanan. Contohnya, tahap kuantiti minyak engine/silinder, minyak brek, air pengelap cermin, bateri dan sebagainya.


Selepas tu, korang akan disuruh untuk hidupkan kereta, tekan cekam/clash. Pastu cara nak tekan batang yang kat stereng tu untuk isyarat kiri dan kanan. Then, tukar2 gear serta laraskan tempat duduk.

Berakhir hari pertama, so untuk hari kedua dan ketiga korang akan diajar cara untuk memandu. Dah settle KPP 02, so seterusnya ke KPP 03.

Ujian 1 Lesen Memandu

Assalamualaikum w.b.t,

Dah settle KPP 01 selama 6 jam??
Dah sedia untuk menduduki Ujian 1 test komputer??


Korang kena call kat no berkenaan untuk book tarikh ujian 1. Ahaa. Korang rasa bila agak2 nya korang dapat khatam buku tebal tu? Tempat ujian 1 atau Komputer test tu ada 2 tempat untuk area Peng. Chepa iaitu kat Teluk, Panji dan dekat seberang jalan Rohm Wako, berdekatan dengan Seven E (Relex) nama bangunan tu. 

**** Dah habis study ke belum ni?? ****



Study jangan xstudy ye, make sure kena khatam buku tu conpem excellent. Untuk Ujian 1 kena bayar RM10, ada 50 soalan dan masa yang diberi adalah 45 minit. Ada 3 section based on type of question maksudnya section A lebih kepada tanda2 lalu lintas dan sebagainya. Honestly, senang lah kalau korang  betul2 study. Jawapan dia tu ada yang fikir secara lojik dan ada kat dalam buku tebal tu.  Lulus 42/50, below than that korang Fail! Repeat? Kena book lg la then kena bayar mahal. 

Anyway Good luck u All. Kalau dah lulus??
Korang kena call no berkenaan dan korang akan disuruh untuk buat Lesen L di pejabat JPJ.

Nak buat lesen L korang kena bawak:

1 copy photostat Ic
1 keping gambar passport (Background putih)
Result Ujian 1
Duit RM30

Urusan nak buat lesen memandu kat block A JPJ, tingkat atas. Xtau tanye pak guard yg sporting. Don't worry :) Malu bertanya sesat jalan :)

**** Tadaaa...Lesen L dah siap ****


Ready to go for KPP 02.  

KPP 01- Kelas Teori Memandu

Assalamualaikum w.b.t,

Lokasi: Yakin Pandu Padang Tembak

KPP 01: 
Korang kena menghadiri taklimat iaitu pasal teori pemanduan selamat selama 6 jam. Ada 2 sesi iaitu  setiap 3 jam dengan cikgu yang berbeza. Maksudnya untuk taklimat ni korang akan diberi penerangan oleh 2 orang cikgu yang berbeza la. Selama 6 jam? Iye. Sebelum ni 5 jam je, tp dah KPP baru kan so tambah 1 jam. huhu. 



Time ni korang kena bayar RM220, pastu ic korang akan dipegang oleh pihak berkenaan sehingga lah kelas teori tu habis. Kena thumb print, so xleh nak ponteng! Korang kena masuk dalam dewan atau kelas then akan diberi satu kertas jawapan untuk menjawab jawapan untuk "eye test". Ada 20 soalan rasanya, so korang tulis no ape yang korang nampak tu. Senang je.

Then korang diberi buku tebal giler ni. Baca jangan xbaca tau! 6 jam diberi penerangan pasal undang2 lalu lintas serta pemanduan berhemah. Quite boring la, tp mujur both of my cikgu tu sporting giler. Lawak sampai rasa kejap je 6 jam. Huhu

**** Tada...Buku kelas memandu D, tebal giler woi. huhu ****


Next?? 
Lepas 6 jam kelas teori korang kena lalui Ujian 1 atau ujian komputer selama 45 minit yang mana terdiri daripada 50 soalan. Perlu lulus minimum 42/50, kurang daripada tu FAIL! So, kena bayar berganda dan repeat again. 

Nak tau lebih detail pasal Ujian 1? Klik sini: **** Ujian 1 ****

Wednesday, 27 August 2014

Prosedur Pengambilan Lesen Kereta D

Assalamualaikum w.b.t,

Mungkin ada yang tertanya2 prosedur serta harga untuk proses membuat lesen kereta kan? Meh Tiey nak share memandangkan sekarang ni dalam proses buat lesen kereta D.
Mulai April 2014, format KPP adalah berbeza dengan sedikit pembaharuan.


Harga
Lesen Kereta: RM1000
Lesen Motosikal: RM600
Lesen Kereta + Motosikal : RM1430

Prosedur untuk buat lesen kereta sahaja (Lesen D)-RM1000
Anda perlu menghadiri semua KPP bawah tu. Ada ujian jugak sebelum dapat memasuki KPP seterusnya.

KPP 01 - 6 jam (RM220)
KPP 02 - 5 jam setengah (RM380)
KPP 03 - 10 jam setengah (RM400)

Nak tau detail pasal setiap KPP? Klik kat bawah ni :)

KPP 03

Sunday, 24 August 2014

Internet TM Streamix Teruk!!

Assalamualaikum w.b.t, 

Why TM streamix gotta be so suck??
Sakit hati betul. Ni guna mobile data maxis sebab dah 1 Minggu xde internet kat umah ni. Nak search itu ini, nk blogging, bw dan seangkatan dengannya smua terkandas. Adoyai.

Dear TM streamix:


Hari Ahad lagi wifi problem + tepon umah xde function. Tggu punya tunggu, ni dah hari Rabu So, call lah TM 100, nak buat aduan. Call kali pertama xboleh sbab operator busy then call for second time baru dpat berbual sayang dengan operaor. Bla bla bla, membebel panjang gitau internet xjd.


Then, si operator suruh tukar itu ini, tp still xjdi jgak. So dia bg no aduan 1-9576394035. Si operator gtau yg pihak TM akan menghubungi dan bg respond. Hari ni hari Ahad, dpat msg yg semua masalah dh settle. So. Pi check tepon serta wifi. Hampeh!! Rasa mcam diperbodohkan je. So, trus call 100. Gtau dio await internet ni xjadik. Dah seminggu dah. Pastu ni kali kedua buat aduan. Bla bla bla. 

So, operator gtau ad masalah kecurian kabel, tggu dan tnggu. Berjanggut lah camni kalau tnggu wei. Haish. Sabo je la. Hadiah dia, si operator bg no aduan yg kedua 1-9602477626 dan gtau yg dalam 24 jam nantu ad la techinian dtg beraya kat umah baiki internet. Ok,td call kul 11 lbih, tp sekarang xde nampak btg hidung pekerja TM lg. Keep on waiting. Camni ker servis?? Byar bulan2 tp xbileh guna. Ye tau boleh mintak rebate, ap function subscibe internet tp xleh nk guna kan. Sakit btoii. Dah la internet lembap, sorang guna pum slow dan tersekat. 

Mohon TM improve wifi streamix. Harap la ad yg suggest cdngan pasai ni dalam bajet 2015 kat pm tuu. Heheh 

Sunday, 17 August 2014

Dapat Surat Interview Kerja

Assalamualaikum w.b.t,

Put puttt... Postmen hantar surat. Pi ambik and terus tengok nama, eah nama aku la. Wah, rasa bertuah giler dapat surat atas nama kita kan. hehe. Yang pasti bukan surat dari ptptn.hehehe


Surat dari Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)
Eah dapat interview kerja Pembantu Pengurusan Murid Gred N17 (Jawatan tetap)

Rasa teruja giler sebab ni first time dapat surat interview kerja dari SPP. 
Interview 02/09/2014
Tempat: Maktab Perguruan PC

Pikir main pikir lagi nak pi ke x ni. Nak pergi apa salahnya kan cari pengalaman.
Tapi......
 Tiey xboleh tarik diri dari Degree sebab dah terikat dengan JPA sekarang ni.

Pikiq...Pikiaq...Hurm......


Lepas tu try tanya my mom dan dia tanya. Gred berapa?
Kita jawab N17. So, my mom gtau gred N17 gaji ckit je, basic RM900 sumtim je.

Xkisah pum , nak cari pengalaman je. So, try la search pasal kerja ni then tersempak satu blog ni. Dia ni macam Tiey lah jugak, tengah belajar (Degree) dapat tawaran cam ni jugak. So time interview tu dia kena soal kenapa apply kerja ni sedangkan awak ada Degree. Xberbaloi la. Snggup ke awak keje dengan gaji camni? bla blaaaa....

So lepas tu Tiey decided xnak pergi interview sebab sure kena macam situasi si blogger tu jgak dan at the same time wasting the interviewers times even i wanted to find out new experience. Lagipun, time tu baru je balik dari Tganu, memang penat la. So, conclusion xpergi la kottt...

Science Biomolecule Semester 3

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah berakhir semester 2, so masuk Semester 3 lah kan. Yang dari lepasan Diploma masuk sem 2 then masuk sem 3. Manakala yang lepasan matrik dan asasi ada beza skit je dari segi pengambilan subjek.


Semester 3:

Ni antara subjek yang korang kena ambik:


Explanation untuk setiap subjek yang korang kena ambik:

BMS423: Subjek Microbial ni lebih kepada microbe. Ahaa. Sem 2 korang belajar MIC455 kan, so almost 50% lah related each other subjek ni. Tapi ada penambahan iaitu main topic untuk kos Microbial korang akan belajar pasal proses Fermentation. Subjek ni xde susah pum kalau korang view. Tp, xtau camner Tiey xleh skor A. Lol. Ada lab dan ada satu projek yang korang kena buat tau! 1 group two persons, korang akan diberi tugas ape kena buat based on fermentation. So, lab dia pasal projek korang je la.  Ada final exam tau even ada projek. 
BMS531: Taraa subjek Method. Xsusah sangat pum sebab korang lebih belajar pasal machine yang involved dalam genetic macam Pcr, Electrophoresis dan sebagainya. Korang belajar cloning, transformation, proses pcr etc. Nampak cam best belajar, senang tp subjek ni subjek killer la jugak. Jangan lah takut, cuma killer dari segi jam kredit 4 hours dan test kot. huhu. Ada lab dan ada lab test. 
BMS532: Subjek Gene ni antara the most killer subjek la. Takut woiii. Chapter xbnyak pum, rasanya 5-6 je. Kalau korang dah lepas BMS424 sem 2 tu so korang boley go on je untuk subjek ni. Honestly, subjek ni memang ramai yang takut Fail! Test dia agak susah. Tp, Alhamdulillah Dr. bnyak tolong maa. Belajar pasai Gene expression, transcription, post transcription, translation, post translation and diseases. Actually, time dalam kelas tu korang kena 200% fokus dan noted apa yang patut! Amaran keras. huhu
Ada lab test dan ada final jugak .
BMS535: Protein subjek ni memang buat Tiey blurr. Nak study ape ni, note mana? Hahaha. Antara subjek dan lecturer yang paling sempoi dan relax. Prof sporting lak tu. Test?? Ada je. Ada open book text, take home test, assignment etc. Korang belajar pasal protein of coz ezyme, ada ckit cylcle dari sem 2 yang biochemistry tu. Honestly, kalau korang buat apa yang prof tu suruh skor A dalam tangan je. Insha'Allah. Ada final and no lab test.
CSC 425: Ni subjek komputer C++. Memang syok belajar kalau korang faham. A++ dalam tangan. Tapi, kalau xfaham tu masalah besar. Yang pasti belajar lah sendiri, buat revision and extra reading. Jngan risau, xde lagi yang repeat untuk subjek ni. Nasihat Tiey, belajar dan faham dari awal lagi. Kalau xfaham better tanya dan buat latihan lepas habis kelas. Tu pengajaran dari pengalaman Tiey. hehehe. Ada assignment dan ada final.
ELC500: Subjek bahasa kedua, English. Budak yang terer bi tu memang skor A++ dalam tangan la. Kerja dia amat mudah, sebab korang kena buat quiz online yang ni 10% marks. Memang setiap student akan dapat free2 10% marks tau. Then, ada 2 test la. Belajar memang sempoi. Kelas 1x dalam seminggu je, 2 jam. Yang paling best, Xde final you all :)
 HRM533: Ni subjek human resource atau kami panggil Haram. lol. hehe. Ni subjek alternatif atau pilihan. Kena pilih MGT556, Management atau subjek HRM533. Tiey pilih human resource sebab subjek ni penting untuk nak cari kerja, antara advantage la jugak kalau ambik subjek ni. Xpilih management sebab sem 2 tu dah ambik Marketing dah kan. Ada final exam. 
TAC401: Yang ni subjek bahasa ketiga. Korang nak pilih Bahasa Arab, Jepun, Mandarin, Korea, German, Itali, Thailand?? Ikut suka hati la. hehe. Tiey pilih bahasa Arab sebab antara bahasa yang paling senang. Kelas 1x seminggu je. Kena buat quiz online, ada oral test, test dan yang paling penting xde final!
So, semester 3 korang kena ambik 8 subjek. Tapi 6 je ada final. Good luck ye :)

Science Biomolecule Semester 2

Assalamualaikum w.b.t,

Disebabkan request oleh adik2 yang bakal memasuki kos ni so Tiey dengan ikhlas hati nak share pengalaman semasa semester 2. Ok. Untuk adik2 dari diploma especially Diploma sains gunaan korang akan masuk sem 2. Manakala lepasan dari Diploma Mikrobe, Makmal perubatan, Farmasi dan seangkatan dengannya korang akan masuk masuk sem 2 jugak, tp ada sedikit perbezaan dari segi pengambilan subjek. Except for student lepasan Diploma Mikrobe korang akan masuk sem 3 terus.


Semester 2:
Atau first semester untuk mereka lepasan Diploma, maknanya result based on UiTM penerapan. Korang akan transfer kredit so terus naik sem 2. Ni antara subjek yang korang kena ambik.


Explanation untuk each subject yang kena ambik sem 2:

BIO462: Biochemistry ni belajar pasal bio+kimia, Maknanya dia lebih pasal proses bahan kimia dalam badan contohnya Krebs cycle, glycolysis dan memang banyak cycle. Kena hafal semua tau. Yang ni nak pusing nya. Tp, don't worry, boley punya :) **Ada lab jugak.
BMS424: Ni antara subjek Genetik pertama yang korang akan ambik. Dulu time diploma memang Tiey kurang cket genetik ni sebab korang akan belajar pasal Replication, Transcription, Translation dan sebagainya. 6 chapters je, Insha'Allah senang nak hafal dan faham. **Ada lab jugak.
CTU555: Ni subjek agama tapi nama dia sejarah Malaysia. So korang akan belajar sejarah Malaysia berpandukan Islam. Korang kena ingat Perkara2 dalam perlembagaan, Contoh perkara 3: Agama Islam sebagai agama rasmi. Hubungan etnik antara masyarakat dan banyak lagi. Chooi lah belajar subjek ni, sedap. Sempoi giler belajar, dapat Ustaz yang sporting plak tu mengajar. Final exam?? Jawab ikut logik akal je. Final korang xtau la soklan camner :) ** Xde lab. Kelas 2 jam je setiap minggu.
MIC455: Subjek microbe ni memang best belajar. Memang banyak chapters, tp lebih kepada basic je la. Ape tu microbe, cara nak staining, preservation nak elak dari microbe, jenis culture dan sebagainya. Lab semestinya ada dan ada lab test. Time dalam lab tu korang kena buat experiment macam buat culture, observe sample dan yang pasti jangan terketar tangan time pegang inoculum. lol :) 
MKT410: Ni subjek pilihan yang kiteorang ambik iaitu Marketing. Korang kena pilih samada nak ambik subjek ni atau subjek ECO415 atau economi. Sebab sebelum ni dah ambik ENT, ada belajar pasal marketing so Tiey pilih subjek ni. Belajar Marketing benda yang memang luar dari bidang kita memang pening arrr. Tapi, just faham dan hafal, conpem A dalam tangan. Kelas 2 jam dan 2x seminggu je :)
STA408: Belajar statistik. Time diploma dah ambik so kiteorang usaha jugak nak dapatkan transfer kredit, maknanya dah xpayah ambik sem ni. Tapi kena ambik jugak sebab ada 1 chapter tu out of syllabus time diploma. Belajar lah jugak. Tapi! Jangan risau senang je. Nak senang korang kena faham betul2 la. Pastu buat exercise.A dalam tangan je ni. Insha'Allah :) 

So tu jela antara 6 subjek yang korang kena ambik time sem 2 untuk kos sains biomolekul. Koko dah xde ke? Iye dah xde. Korang kan dah koko time diploma dulu. So relax la cket. Kelas?? Padat jugak kat.
Pandai2 lah jaga masa tu. Jangan lupa jugak involve dalam event yang persatuan kos ni buat boley? Come on, do support our society please... :D

Thursday, 14 August 2014

Result Sem 3 Dah Keluar

Assalamualaikum w.b.t,

Jika 12 dan13 Ogos merupakan hari yang penuh debaran, maka harini 14 Ogos pula adalah hari debaran buat kami student Degree Uitm's.. Pukul 12am smalam, each of student will receive an email from uitm which is our result. muahaa. Hajat malas nak tunggu sebab sem lepas kul 5am baru masuk, tp hati xtenteram wei. Nak tido pum xlena. So, pukul 1 lebih baru dapat tido. Tetiba tersedar kul 3.20am. 


Terdetik hati ni, try la check email. Ahhh. Check and refresh, dapat email dari UiTM. Takut nak tengok. Takut ada abjek C dalam result tu. Dengan lafaz bismillah, scroll one by one for each table dan Alhamdulillah. Semua lulus. Tu je harapan. Nak semua lulus.
Xnak repeat. Takut :(

Alhamdulillah once again. Lecturer banyak membantu. Thanks kepada lecturer serta sahabat yang study group bersama and do give support to me. Xlupa family tercinta :)


Sem depan memang kena struggle giler2 untuk perbaiki cgpa.

Tahniah Yang Berjaya Sambung Belajar

Assalamualaikum w.b.t,

Maaf terlewat mengucapkan ribuan tahniah kepada adik2 especially to my juniors. 12 dan 13 Ogos merupakan tarikh bermakna untuk adik lepasan Spm serta lepasan asasi, mahupun diploma. Untuk adik2 lepasan Spm yang berjaya menyambung pelajaran samada matrik, asasi, diploma dan seangkatan degannya, tahniah untuk anda. Manakala untuk adik2 yang berjaya menyambung dalam bidang diploma especially diploma in applied science, jom tanya apa2 sahaja yang berkaitan dengan bidang ni.



Manakala, untuk adik2 junior yang dapat sambung degree especially in science biomolecule kat Shah Alam, i wish congratulation and welcome! See u there, kat Shah Alam. Peace yooo. hohoho


Ramai pm bertanyakan pasal dua kos ni kat fb and also kat blog ni, Insha'Allah i will explain as much as i can for u to understand about both of these cos. Siap request lg. Ok, nanti Tiey create entry pasal detail kos ni yep :)


Info pasal Diploma in Applied Science:

For those yang still clueless pasal  Degree of Science Biomolecule boleh baca sini:


Monday, 11 August 2014

Layan Citer Filipina Terbaru Tv3

Assalamualaikum w.b.t,

Lepas habis citer Filipina Temptation of Wife kat tv3, sekarang  ni kemaruk pulak citer seterusnya Sana Ay Ikaw Na Nga (It's maybe you).. Korang tengok x??
Sedap weii. Tiey dah addicted ni. Sekarang ni kat Tv3 baru je episode 6 kalau xsilap.


Tapi....

Disebabkan terlampau syok tengok citer ni so, tiey goggle website yg provide citer ni. 
Just register, pastu boleh layan citer ni sampai semua episode. Laju lg la dari tonton tv3 tu. hehehe
Tapi, ada satu kekurangan, xde subtitle you all. Xpe, tngok gmbar gerak2 pum jadi. 

Pelakon utama dia cantik dan hensem! Cecilia and Carlos Miguel.

Hero dia hensem, tinggi, segak dan kaya. Tiey kata hensem, tp akak Tiey kata x.. Ikutla.huhu

Hero: Carlos Miguel @ Mikael Daez


Heroin: Cecilia/Olga @ Andrea Torres


Jom layan, kul 3-4.00pm kat TV3. Syok giler. hehehe

Sunday, 10 August 2014

Cara Memastikan Otak Cerdas

Assalamualaikum w.b.t,

Adakah anda tahu bahawa ada cara2 untuk memastikan otak anda dalam keadaan yang baik dan membantu mencegah penyakit penuaan iaitu pelupa??

Credit to all photos: Google image

 Berikut adalah beberapa langkah-langkah yang akan merangsang seluruh otak anda yang akan membantu anda belajar dengan lebih baik, menjadi perhatian, hidup lebih lama, dan menjadi jauh lebih bijak daripada manusia biasa! Ahaa. So, jom baca...

1. Membaca 
Membaca merupakan makanan asas untuk otak kita. Memang start kita budak lagi dah diajar untuk membaca kan kerana ia akan merangsang otak atau ayat yang lebih power, membaca dapat merangsang sel-sel otak berhubung. Lol. Ok. Membaca merupakan perkara yang paling terbaik untuk membantu diri kita serta otak kita untuk menjadi lebih bijak,xgitu? Kita disarankan membaca sekurang-kurangnya satu buah buku dalam sebulan. Tapi, dah nama student sebiji tu kacang je.hehehe

2. Bersenam

Bersenam akan membebaskan bahan-bahan kimia yang berbeza kepada otak kita termasuk Endorphins dan hormone pertumbuhan yang mana tidak dapat diperolehi melalui makanan, persekitaran dan sebagainya. Bila kita bersenam, bahagian tertentu pada anggota badan akan merembaskan hormone pertumbuhan untuk otot yang akan membantu badan untuk membina semula otot yang lebih kukuh dan kuat. Badan sihat, otak cerdas 

3. Sudoku


Taraaa. One of my favorite game is Sudoku. Ok. Bermain game Sudoku dapat mengekalkan ketajaman otak dan membantu otak sebelah kiri yang melibatkan logical thinking. Sudoku memastikan kita lebih peka, otak lebih tajam, fresh even bila kita dah tua. So, kalau nak bijak jom main Sudoku sejak kecil lagi. 

4. Silang kata teka teki 
 
Bermain teka-teki silang kata yang biasa ada kat newspaper tu dapat memastikan otak kita lebih tajam dan juga membantu kita untuk recall benda2 luar lebih cepat dengan kata lain dapat membantu memori otak  meningati benda lepas dengan baik. 

5. Music 
 

Muzik merangsang otak kita dalam pelbagai cara. Mempelajari peralatan baru contoh alat muzik seperti gitar membantu merangsang otak sebelah kanan. So, nak balance kan otak make sure kita main Sudoku dan dengar lagu kira guna dua belah otak. Hehe. Tapi, Islam mengalakkan kita mendengar zikir dan ayat suci al-quran kerana ia dapat merangsang otak. 

Saturday, 9 August 2014

Buat Ic Baru

Assalamualaikum w.b.t

Dah xde modal nak citer so meh nak gtau yang Tiey baru je buat ic baru. Lol -.-
Orang lain dah lame buat ic baru, kita baru je nak buat. Al-maklumla student bizi sangat kan. So time cuti sem ni lah leh buat ic baru include two of my sisters.

**** Ic baru. huhu ****


Nak dijadikan cerita, Wisma tempat buat ic tu bukak kul 8.00 - 12.00. Tapi kiteorang pi sana last minute sebab oversleep, lepas subuh sambung tido. Ish, anak dara ape. hehehe.

Sampai sana kul 12.40pm dah, so kamilah manusia yg terakhir buat ic. hahaha.
Dan cerita hari ni lak, hari Sabtu wisma buka pukul 8.00-2.00pm, kami sampai kat sana 1.50pm. Terus sampai sana dan ambik ic. Lagi kami manusia yg last. hahaha

**** Ni ic lama. Xtukar sebab still nampak baru. hehe. Time ni form 4 or 5 kot ****


**** 3 anak dara buat ic baru, adik bongsu yg snap photo. hehe ****


.

Thursday, 7 August 2014

Homemade Inai Berbahaya??

Assalamualikum w.b.t,

Homemade Inai mmg dah lama femes sebab senang nak pakai dan pelbagai warna. Tapi sekarang ni timbul isu kat fb pasal satu brand inai ni yang menyebabkan kuku si pemakai rosak dan sakit. 
Tiey xpernah try sebab ragu2 pasal chemical yg ada dalam inai tu dan ditambah pula status Halal. So, Tiey prefer inai daun yg halal wa toyyiba. Just pandangan Tiey semata2 je. Jangan marah yeee :)

Credit photo: Google image

One of fb user ni, seorang ibu yg telah membeli homemade inai ni then pakaikan kat anak dia. Then anak dia menangis sebab sakit time pakai inai tu dan kesannya kuku si anak tu rosak.

Ni antara status yang dibuat oleh Si ibu:

Brand inai tu Tiey sensor sebab xmau kena saman. hehe (Nak tau brand ape try korang goggle je)


Kesan kuku si anak dia lepas pakai homemade inai tuu:



Dan...Ni respond owner homemade inai tuuu:


Credit photo: Tuan Fb (Ibu kepada mangsa)
I think no need to mention her fb kan??

So, based on this situation korang rasa ape yang patut dibuat?? Kalau Tiey memang konpem dah bertambah lagi keraguan nak beli homemade inai ni. Tapi, kalau korang pakai ok so pakai je la.. Depends atas chemical yg diguna, so be more careful.
Before that, make sure baca dia punya ingredients dulu apa. Try la goggle cket :)




Wednesday, 6 August 2014

Kebaikan White Egg Untuk Kulit Muka

Assalamualikum w.b.t,

Hari ni rasa nak share kebaikan putih telur untuk kulit muka.

Credited to: Google image

Telur kaya dengan sumber protein yang mana dapat menyuburkan kulit badan. 
Untuk mendapatkan faedah yang terdapat pada telur especially telur putih ikut cara-cara dibawah ni 
·         Pisahkan putih telur tadi dari kuning telur tu.
·         Then, kacau sehingga berbuih.
·         Lepas tu sapukan pada muka secara menegak maknanya daripada dagu ke dahi.
·         Keringkan white egg yang kita apply kat muka tadi selama 15 hingga 20 minit dan basuhkan muka dengan air suam.
·         Nak lebih effektif, campurkan beberapa sudu kecil lemon juice dan lihat keberkesanannya nanti.

Kebaikan putih telur kepada  kulit:

1.      Menegangkan kulit (Skin tightening) 
Lepas apply putih telur kat muka tu, of coz kita akan rasa kulit kita mula menegang. Kesannya akan dapat dilihat selepas muka dibasuh yang mana muka akan berseri-seri, sihat dan mengurangkan kedutan atau garisan halus pada muka. Selain itu, putih telur juga dapat menegangkan liang muka, justeru bila muka dibasuh, secara automatiknya ia dapat membuang sel kulit yang sudah mati
2. Mengurangkan minyak pada muka (Oil-Blotting) 
Telur putih boleh membuang minyak daripada liang muka semasa proses menegangkan muka dengan putih telur. Merujuk kepada Cosmetics-n-Skincare.com, untuk mendapatkan effective result untuk membuat mask muka based on white egg, campurkan oatmeal, madu dan putih telur untuk mencuci, exfoliate dan melembutkan kulit muka.
3. Membuang bintik putih pada muka (Whitehead Remover) 
Bintik putih yang selalu merosakkan wajah muka kita merupakan liang muka yang dipenuhi dengan minyak dan kotoran. Merujuk pakar Acnetalks.com, beliau mencadangkan telur putih dicampur dengan sedikit lemon dapat membantu membuang bintik hitam. Sementara, protein yang ada dalam telur putih membantu menyembuhkan liang muka dan menyuburkannya.

Actually, kadang2 je Tiey apply telur putih sebab time guna telur je baru apply putih telur kat muka. Tu pum kalau rajin. Tapi sekarang ni dah ada intanst white egg mask, so senang nak apply. Dah xpayah nak pecahkan telur pastu separate ape kan. Tapi, the pure one is more better than the instant one kan, well maybe dah dicampur dengan chemical.

Ni haa, yg femes sekarang. Tiey guna benda ni mmg best pakai!