Thursday, 28 August 2014

KPP 01- Kelas Teori Memandu

Assalamualaikum w.b.t,

Lokasi: Yakin Pandu Padang Tembak

KPP 01: 
Korang kena menghadiri taklimat iaitu pasal teori pemanduan selamat selama 6 jam. Ada 2 sesi iaitu  setiap 3 jam dengan cikgu yang berbeza. Maksudnya untuk taklimat ni korang akan diberi penerangan oleh 2 orang cikgu yang berbeza la. Selama 6 jam? Iye. Sebelum ni 5 jam je, tp dah KPP baru kan so tambah 1 jam. huhu. 



Time ni korang kena bayar RM220, pastu ic korang akan dipegang oleh pihak berkenaan sehingga lah kelas teori tu habis. Kena thumb print, so xleh nak ponteng! Korang kena masuk dalam dewan atau kelas then akan diberi satu kertas jawapan untuk menjawab jawapan untuk "eye test". Ada 20 soalan rasanya, so korang tulis no ape yang korang nampak tu. Senang je.

Then korang diberi buku tebal giler ni. Baca jangan xbaca tau! 6 jam diberi penerangan pasal undang2 lalu lintas serta pemanduan berhemah. Quite boring la, tp mujur both of my cikgu tu sporting giler. Lawak sampai rasa kejap je 6 jam. Huhu

**** Tada...Buku kelas memandu D, tebal giler woi. huhu ****


Next?? 
Lepas 6 jam kelas teori korang kena lalui Ujian 1 atau ujian komputer selama 45 minit yang mana terdiri daripada 50 soalan. Perlu lulus minimum 42/50, kurang daripada tu FAIL! So, kena bayar berganda dan repeat again. 

Nak tau lebih detail pasal Ujian 1? Klik sini: **** Ujian 1 ****

No comments:

Post a Comment

Thanks for do visit this blog. Please wait for comment moderation from me okey :)