Wednesday, 29 October 2014

Penting Ke Jam Tangan Ni??

Assalamualaikum w.b.t,

Jam tangan ni penting ke?? 
Xpakai pum xpe kan. Handphone canggih boleh bent siap xkan jam xde? lol. hehe. Korang rasa??


Ya! Sangat penting jam tangan ni. Mudah dan senang nak tengok waktu, angkat je lengan tu. Xyah dah nak mengeledah beg tangan yang maybe too packed with other items kan. 

JAM.....Kalau hilang? Rosak? Jatuh? Habis bateri? 

Ahhh. Rasa cam sedih sangat. Time xpakai jam sebab problem atas tu memang lengan ni asyik naik je nak tengok waktu, walhal xpakai jam pum. Dah terbiasa...
Disebabkan jam Tiey habis bateri so beli jam baru leww.. Biarlah beli kat booth UiTM punya, asalkan berfungsi. Tapi lagi best dapat beli yang branded. hehe. Eah ada je guess, CK, Casio tapi yang cap ayam punya la. heee :)

Murah2x. RM10, RM20..Tiey beli yang tali besi sebab xtahan guna yang kulit not original punya ni mudah putus, berbau dan seangkatan dengannya. 



Tuesday, 28 October 2014

Kluang Station, Setia City Mall

Assalamualaikum w.b.t,

Lama bebenor xupdate entry, busy you all. hee :)
Harini Tiey nak share program feveret iaitu "Jalan-Jalan Cari Makan".
My next destination is Kluang Station kat Setia City Mall. Floor atas sekali, sebelah dengan bowling.
Honestly kedai ni memang cantik, macam betul2 outstation lah.

Makanan dia plak??
Meh Tiey nak tunjukkan kat korang semua!
Tiey order Nasi Ayam. + Milk Tea Bubbles



Belek2 dulu, before order. Makanan atas tu dah siap. hehe :)


Sementara tunggu jom snap photo


The most important thing selfie. lol :)


Dah kenyang, so jom balik. huhu


Eah lupa nak gitau.....
Price: 
Nasi Ayam = RM15.90
Milk Tea Bubbles = RM6.90
Standard la tu kan harga, Tp bagi Tiey la kan the price offered quite expensive and exceed student badjet. lol -.-
Bintang???
3/5 stars-Kedekut gila star nak bagi, sorry :(





Saturday, 25 October 2014

Alhamdulillah, Menang Pingat Gangsa

Assalamualaikum w.b.t,

Hari tuu Tiey dan my team which is Pingpong team ada tournament pada hari Ahad yang lalu. Tournament SAF-Sukan Antara Fakulti. So kami sebagai atlet, wakil fakulti Sains Gunaan. Honestly memang syok giler dapat pengalaman camni as one team we have to cooperate each other in order to gain miracle of successful!

Dan yang paling penting ranking kami naik! Daebak!!

Alhamdulillah dapat gangsa :)
Puas hati dengan usaha serta semangat yang ditunjukkan oleh our team even xdapat bawak balik pingat emas.



Team PingPong Fakulti Sains Gunaan, lelaki dan wanita :)



Yang ni owner blog. hehe


Kami atlet FSG caiyoook!!


Penutup majlis sukan antara fakulti 2014. Alhamdulillah berbaloi join!


Wednesday, 15 October 2014

Ketagih Main PingPong!

Assalamualaikum w.b.t,

Korang suka xbersukan??
Bersukan is one of my favourite hobby, tapi Pingpong antara game yang paling Tiey addicted giler!
Benda yang kita suka ni kalau biat 3,4 jam xrasa muak dan puas kan.


Bersukan ni sangat bagus, of cos korang tau kan. Bagi Tiey kalau ada yang jenis suka bagi alasan xde masa nak bersukan tu salah la. Jalan kaki tu pum bersukan, exercise.

Ok dah membebel panjang. Tiey involved dalam game ni sejak sekolah menengah lagi, time tingkatan 1 atau 2. Lupa pulak. Tapi time tu memang kosong giler skill. Main macam badminton je. Tiey wakil untuk rumah sukan, beregu beb. Giler. Main entah pape, memang kena marah lah ngan partner. Tapi, mujur menang. hehehe


Diploma dan sekarang dah Degree still PingPong! Orang tanye Tiey await hang xmasuk bola jaring, u tinggi ma. Eah, dah i minat pingpong. hehehe

So far wakil cos untuk Faculty Sport's Day, Alhamdulillah menang.
Ni wakil untuk Sukan Antara Fakulti (SAF), Haraplah menang. Amin. Insha'Allah.
Honestly Tiey memang xpandai pum main, tapi minat nak belajar tu ada. Ape pum good luck to my team!

Gambar yang berkaitan dengan Game PingPong :)








Monday, 13 October 2014

Ada Cara X Nak Rawat Migraine??

Assalamualaikum w.b.t,

Dah masuk 3 hari sakit kepala, xtau kenapa. Stress?? Xdelah. Cuaca kot. Sekarang ni jerebu kuat melanda Shah Alam ni. Tapi arini rasa cam xtahan dah.
Korang ada cara2 tersendiri x camner nak kurangkan migraine atau hapuskan terus??
Kalau ada korang kongsikan boley??

Kalau Tiey lah kan, biasa buat camni time migraine.

1. Buat xlayan jeee
Kalau rasa sakit tu biasa2 je boleh la buat xlayan..huhu


2. Tidur
Kira guna natural punya way la.. Yang ni xextreme sangat punya sakit migraine boleh la buat camni. 


3. Mandi
Biasa mandi bawah paip air yang tinggi. So once air tu drop atas kepala dengan tekanan kuat boleh dijadikan sebagai urutan kat kepala ni.. 


4. Telan Panadol Active Fast
Cara yang terakhir bila migraine too extreme hit me. Biasa satu bijik je, xpernah overdose.


Tapi, kalau xambik ubat macam panadol tu lagi elok. Side effect tu bahayanya. So time google terjumpa cara terbaik untuk rawat Migraine. Ok, Tiey try :)

Attach clip kat tangan dan sakit migraine tu akan hilang dalam 5-15 minit. Jom cuba :)





Sunday, 12 October 2014

Banyaknya Ongoing Iklan Nuffnang

Assalamualaikum w.b.t,

Speechless... Just mampu bersyukur, Alhamdulillah.
Xsangka baik giler Nuffnang bagi banyak ni iklan kat blog usang Tiey ni. Maaflah duhai Nuffnang sebab sekarang ni overdose busy. Awal masuk sem dah pening kepala pikir nak buat proposal untuk final year projek. 


Walaupun blog ni xhyperactive tp Abang Nuffnang still jenguk kita lagi. Thanks a lot.. Tapi kalau yang banyak camni hasil tuai dia tada lah meletup sangat. Biasa brape puluh sen je. Haraplah tetibe belipat ganda jadi puloh inggit. Mohon klik lah iklan kita. hehehe :p


The most important thing, a huge thanks to all of bloggers yang sudi blogwalking serta klik iklan tuu. Insha'Allah Tiey balas balik, tapi jangan lupa letak clue cket kat chat box tepi ni haaa..
Doakan semoga urusan pembelajaran Tiey dipermudahkan. Insha'Allah. Amin :)

DiTipu Oleh Ulat Tiket Bas

Assalamualaikum w.b.t,

First of all entry kali ni bukan nak jatuhkan sapa2 tapi nak bagi warning kepada semua orang supaya tidak menjadi mangsa yang seterusnya oleh Si Ulat Tiket ni!!

Ni pengalaman pahit dan juga pengajaran buat Tiey dan kawan2 yang lain. Nak dijadikan cerita haritu kawan Tiey beli tiket balik raya haji, tapi dah habis. So, kawan Tiey ni pergi beli tiket tambahan kat kaunter ni, bas Shamisha. Sekali lagi, beli kat kaunter ni yakni berurusan dengan staf yang ada dalam ni!

Ni kaunter dia, Perhentian bas Seksyen 17:


Dan ni tiket yang dia bagi......
Dia gitau ni bukan official punya tiket dan dia akan bagi yg real punya nanti memandangkan tu tiket bas tambahan. Si kawan ni mengelabah takut ni tiket tipu, tapi pikir positive la sebab ni maybe tiket untuk bas tambahan. Lagipun beli kat kaunter bukan by hand tepi jalan tu...

3/10/2014, Jumaat, 8.30pm
RM60 satu tiket


Honestly terkejut jugak kawan bagi Tiket ni, tapi still positive. So, Jumaat malam tu kami sampai kat bus stop Seksyen 17. Tunggu punya tunggu , tanya punya tanya serta siap tunjuk tiket kat staf2 sana then diorang gtau bas xsampai lagi. Si Ijat xtau nama sebenar ke x dengan Si baju hitam ni lah yang jual tiket kat kaunter tu, time tu diorang ada lagi kat situ. Time ni kul 8 lebih, memang crowded giler sebab semua duk tunggu bas nak balik kampung.

Dah xtahan lama menunggu so pi tanya si Ijat mane bas kami. Then dia gtau dalam 1 jam lagi, siap bagi no plat bus lagi WUM 5426. Ok, kami tunggu and finally pukul 10.30 sampai...
Ni bas dia...


Kami letak barang, naik dan tunggu sampai tertido. Heran betul kenapa bas ni xgerak lagi. Time tu dah pukul 1 pagi. Ada 2,3 biji bas je yang tinggal sebab almost dah gerak. Bising kat luar sana kata driver bas xnak drive la, blar2x,,,

Akhirnya kami semua kena turun! grrrr....
Await ni???

Pemegang tiket putih macam atas tu kena keluar! Sebab tu bukan bas kami, tu bas orang lain. 
Maknanye???
Mana Ijat?? Time tu Si Ijat dah xde. Ada Si baju hitam je. Penumpang tiket selain drp kami naik bas tu dan bergerak.. So tinggal lah kami mangsa si Ulat Tiket.


Pastu camner kami nak balik RAYA ni weii. .Kena tipu?? Dah la students mangsa tipu ulat tiket ni...
Rasa sebak giler sebab nak balik raya kat umah.. So, kami decide pergi kat kaunter tanya hak kami.
Ini makan dia!!

Kata budak Uni, tapi beli tiket camni! Ni tiket tipuu tau???
Kami xtau Si Ijat tu, dia dah lari sekali dengan duit korang.
Bas dah xde, pastu duit tu dikira burn la. Xkn kami nak ganti??
So, kena beli tiket baru la.... Bas xtau kami boleh sedia ke x hari esok: Ahad 4/10/2014 
Kami gtau nak buat laporan polis, nak mintak tolong polis bantuan UiTM. Si Baju Hitam tu memperlekeh "Polis Bantuan UiTM bukan boleh buat ape pum"

Ibaratnya kami ni beli tiket dengan Si ulat tiket. Gila. Yang aku tau ulat tiket ni beli secara by hand. Ni beli kat kaunter tiket??? Sape yang harus bertanggungjawab??
Seriously rasa nak tumbuk je staff yang Selfish tuuu. Semua xnak bertanggungjawab!!
Cerita dia memang panjang, sampai kul 3.30 pagi kami still duk sana mempertahankan hak kami. Last3x xdapat apa2 pum.

Xpe, Allah itu ada. Kami redha dengan ujian yang DIA bagi. Tapi kami xredha dengan tindakan Si IJat serta kroni2 nya!

Sedih giler nak balik beraya kat kampung... Memang tragic, Kami terpaksa book tiket flight pagi Ahad 5/10/2014 sebab nak harapkan bas hari Sabtu memang xde la weiii. Nak book tiket flight ari Sabtu?? RM300-400 la jawabnya. So balik 1st day raya. Terpaksa tidur kat surau Airport Subang pastu kena pindah tidur kat MCD hinggalah masa flight kami 11.20am...Thanks Malindo bawak kami pulang. Sobs2x


Sekian... 
Semoga ia menjadi satu ikhtibar untuk semua. Berhati2 dengan ulat tiket walaupun anda berurusan dengan kaunter tiket bukannya tepi jalan!!
Berhati jugak dengan Si Ijat tu.. Eii. Rasa nak post je gambar mamat tu..Harap dah xde mangsa seterusnya. Kami tau kami pum salah sebab beli jgak tket camtu, Tapi camtulahhh...