Sunday, 12 October 2014

DiTipu Oleh Ulat Tiket Bas

Assalamualaikum w.b.t,

First of all entry kali ni bukan nak jatuhkan sapa2 tapi nak bagi warning kepada semua orang supaya tidak menjadi mangsa yang seterusnya oleh Si Ulat Tiket ni!!

Ni pengalaman pahit dan juga pengajaran buat Tiey dan kawan2 yang lain. Nak dijadikan cerita haritu kawan Tiey beli tiket balik raya haji, tapi dah habis. So, kawan Tiey ni pergi beli tiket tambahan kat kaunter ni, bas Shamisha. Sekali lagi, beli kat kaunter ni yakni berurusan dengan staf yang ada dalam ni!

Ni kaunter dia, Perhentian bas Seksyen 17:


Dan ni tiket yang dia bagi......
Dia gitau ni bukan official punya tiket dan dia akan bagi yg real punya nanti memandangkan tu tiket bas tambahan. Si kawan ni mengelabah takut ni tiket tipu, tapi pikir positive la sebab ni maybe tiket untuk bas tambahan. Lagipun beli kat kaunter bukan by hand tepi jalan tu...

3/10/2014, Jumaat, 8.30pm
RM60 satu tiket


Honestly terkejut jugak kawan bagi Tiket ni, tapi still positive. So, Jumaat malam tu kami sampai kat bus stop Seksyen 17. Tunggu punya tunggu , tanya punya tanya serta siap tunjuk tiket kat staf2 sana then diorang gtau bas xsampai lagi. Si Ijat xtau nama sebenar ke x dengan Si baju hitam ni lah yang jual tiket kat kaunter tu, time tu diorang ada lagi kat situ. Time ni kul 8 lebih, memang crowded giler sebab semua duk tunggu bas nak balik kampung.

Dah xtahan lama menunggu so pi tanya si Ijat mane bas kami. Then dia gtau dalam 1 jam lagi, siap bagi no plat bus lagi WUM 5426. Ok, kami tunggu and finally pukul 10.30 sampai...
Ni bas dia...


Kami letak barang, naik dan tunggu sampai tertido. Heran betul kenapa bas ni xgerak lagi. Time tu dah pukul 1 pagi. Ada 2,3 biji bas je yang tinggal sebab almost dah gerak. Bising kat luar sana kata driver bas xnak drive la, blar2x,,,

Akhirnya kami semua kena turun! grrrr....
Await ni???

Pemegang tiket putih macam atas tu kena keluar! Sebab tu bukan bas kami, tu bas orang lain. 
Maknanye???
Mana Ijat?? Time tu Si Ijat dah xde. Ada Si baju hitam je. Penumpang tiket selain drp kami naik bas tu dan bergerak.. So tinggal lah kami mangsa si Ulat Tiket.


Pastu camner kami nak balik RAYA ni weii. .Kena tipu?? Dah la students mangsa tipu ulat tiket ni...
Rasa sebak giler sebab nak balik raya kat umah.. So, kami decide pergi kat kaunter tanya hak kami.
Ini makan dia!!

Kata budak Uni, tapi beli tiket camni! Ni tiket tipuu tau???
Kami xtau Si Ijat tu, dia dah lari sekali dengan duit korang.
Bas dah xde, pastu duit tu dikira burn la. Xkn kami nak ganti??
So, kena beli tiket baru la.... Bas xtau kami boleh sedia ke x hari esok: Ahad 4/10/2014 
Kami gtau nak buat laporan polis, nak mintak tolong polis bantuan UiTM. Si Baju Hitam tu memperlekeh "Polis Bantuan UiTM bukan boleh buat ape pum"

Ibaratnya kami ni beli tiket dengan Si ulat tiket. Gila. Yang aku tau ulat tiket ni beli secara by hand. Ni beli kat kaunter tiket??? Sape yang harus bertanggungjawab??
Seriously rasa nak tumbuk je staff yang Selfish tuuu. Semua xnak bertanggungjawab!!
Cerita dia memang panjang, sampai kul 3.30 pagi kami still duk sana mempertahankan hak kami. Last3x xdapat apa2 pum.

Xpe, Allah itu ada. Kami redha dengan ujian yang DIA bagi. Tapi kami xredha dengan tindakan Si IJat serta kroni2 nya!

Sedih giler nak balik beraya kat kampung... Memang tragic, Kami terpaksa book tiket flight pagi Ahad 5/10/2014 sebab nak harapkan bas hari Sabtu memang xde la weiii. Nak book tiket flight ari Sabtu?? RM300-400 la jawabnya. So balik 1st day raya. Terpaksa tidur kat surau Airport Subang pastu kena pindah tidur kat MCD hinggalah masa flight kami 11.20am...Thanks Malindo bawak kami pulang. Sobs2x


Sekian... 
Semoga ia menjadi satu ikhtibar untuk semua. Berhati2 dengan ulat tiket walaupun anda berurusan dengan kaunter tiket bukannya tepi jalan!!
Berhati jugak dengan Si Ijat tu.. Eii. Rasa nak post je gambar mamat tu..Harap dah xde mangsa seterusnya. Kami tau kami pum salah sebab beli jgak tket camtu, Tapi camtulahhh...





10 comments:

  1. Cian awak..lain kali jangan percaya dengan ulat tiket. Bagitau polis klau jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xsangka sebab benda tu kita beli kat kaunter. Memang nak report polis tp xnak panjang2 so blah je lah kan.

      Delete
  2. memang nak kena ulat tiket ni.. xpela dapat naik malindo kan..hii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa nak bakor je diorang ni. hehe
      Tapi sebab almost geng2 diorang tu laki so kita mengalah je la.

      Delete
  3. ya Allah...risau nya. adik saya pun dok uitm shah alam. kesian korang :'( saya pun faham ulat tiket ni jenis tepi2 jalan dan bukan di kaunter. lagi satu yang saya tak suka, diorang ni kalau orang tak nak beli, mesti maki kita kalau kita tak mahu or layan. selalu rasa takut kalau g station bus huu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ouh ye ke. Sis lola gtau la kat adik tu. Takut jadi camni jugak. Tula, macam gangster plak diorang ni. Dasyat.

      Delete
  4. Replies
    1. Si Ijat tu yang kerja kat situ. Dia lah yang kawan Tiey berurusan time nak beli tiket bas tu serta si baju hitam pum ada sekali dgn dia.

      Delete
  5. Ya Allah, teruknya perangai makan duit haram. Mieya dulu pon pernah juga beli tiket bas time belajar dulu but alhamdulillah, tak ada pula jadi sebegini. Cuma terpaksa duduk 8 jam dalam bas berhenti-henti. huhuhu terus taubat tak nak naik bas dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manusia ni macam jenis perangai. Nasib badan kena macam ni. Tulah, lepas berlaku benda ni memang nekad dah xnak naik bas, balik ngan flight lagi senang, cepat dan murah. Tp, kena book tiket awal2 la kan. hehe :)

      Delete

Thanks for do visit this blog. Please wait for comment moderation from me okey :)