Saturday, 31 January 2015

Tak sangka perkara paling dibenci jadi kerjaya

Assalamualaikum w.b.t,

Memang dah biasa dengar macam ni kang. Xsemestinya mengaji tinggi2x last dapat kerja pum pangkat tinggi? Yup betul. Ada sesetengah penceramah, lecturer or orang yang dah berpengalaman dalam bidang kerjaya memang gitau camtu. Belajar engineering, end up kerja sebagai accountant? Kita merancang tapi Allah menentukan. Tapi, apa yang kita pilih dalam kehidupan kita adalah yang terbaik untuk buat diri kita :)


Terbaca pengalaman Akak Naimah sebagai pemilik kedai dobi yang dulu kalanya memang xminat basuh baju dan gosok baju. Beliau just sent baju dia dan family ke kedai dobi. Tapi sekarang dah jadi pemilik dobi. 

Jom baca selanjutnya:


TAK kenal maka tak cinta. Itulah perumpamaan yang boleh disimpulkan apabila mendengar sejarah kehidupan pemilik Kedai Dobi Emma’ 98.
Naimah Balkish Ngah, 49, mengakui tidak pernah terlintas di fikirannya akan terlibat dalam dunia perniagaan itu kerana tujuh tahun lalu, kerja mencuci pakaian atau yang berkaitan dengannya adalah perkara yang paling tidak disukai.

“Saya memang tak suka membasuh, melipat dan sebagainya yang berkaitan dengan pakaian.. sebelum inipun, semua pakaian keluarga saya hantar ke kedai dobi.

“Tapi semua itu berubah selepas saya mengenali seorang pekerja kedai dobi dan dialah yang memperkenalkan kepada saya tentang dunia dobi ini,” katanya.

Ibu kepada lima anak ini yang mesra dipanggil Kak Ema berkata, sejak itu dia mula berjinak-jinak dengan perniagaan tersebut.

“Saya langsung tak sangka akhirnya saya boleh menguasai kerja-kerja pengurusan pakaian ini.

“Alhamdulillah, akhirnya saya mampu memiliki kedai dobi sendiri,” katanya.

Ketika diminta berkongsi pengalaman berdepan dengan pelanggan, Kak Ema yang tidak pernah lokek dengan senyuman itu berkata, kesabaran yang tinggi perlu ada dalam diri apabila berdepan dengan pelanggan terutamanya yang cerewet.

“Satu pengalaman yang tak pernah dan mungkin tidak akan saya lupakan sepanjang hayat ini apabila dimaki oleh pelanggan yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

“Saya akui kesilapan adalah berpunca daripada pihak saya, tetapi sebelum itu kami sudah meminta maaf secara baik dan telah bayar ganti rugi.. bagaimanapun pelanggan itu masih tidak berpuas hati dan memaki saya,” katanya.

Namun katanya, situasi itu tidak pernah sesekali mematahkan semangatnya untuk lebih maju dalam perniagaan ini,” katanya.

Pemilik ‘Dobi Emma’98’ yang terletak di Kampung Gong Tok Nasek, di sini, menyimpan cita-cita agar suatu hari nanti dia mampu membuka cawangan baharu dengan hasil titik peluk dan usahanya selama ini.

2 comments:

  1. betul tu, cn pun tak sangka akan jadi cikgu, mmg tak minat masa mula2 belajar, tapi last2 minat tu datang sendiri ;)

    Jom meriahkan Segmen Bloglist Mac-April CN ;)
    http://www.cekgunorazimah.com/2015/01/segmen-bloglist-mac-april-2015-by-cn.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ouh. Thanks CN atas perkongsian ilmu :)
      Insha'Allah kalau kita free kita join ye.

      Delete

Thanks for do visit this blog. Please wait for comment moderation from me okey :)