Tuesday, 24 February 2015

Adat bertunang Orang Selangor

Assalamualaikum w.b.t,

Memandangkan kami orang Kelate nak bertunang dengan orang Selangor, kami xtau adat orang sana. Kalau kat kelate just bawak sirih junjung pastu beberapa hantaran + cincin belah rotan. My mom sibuk duk google camner la adat bertunang kat sane. Tambah2x ni first time keluarga kiteorang terlibat dengan case pertunangan. Well, semua still single mingle lagi so agak kekok .

Tambah2x lagi kami orang kelate, agak kekok la nak ckap luar especially my mom n my dad. Hehe. So, kena buat skrip la suh abah baca nanti time majlis tunang tu. 


Isi-isi penting majlis pertunangan:

1) Pendahuluan: 

Pantun pembuka bicara
“Gagah hulubalang memegang panjiDayang menari bertingkah irama“Adat bertunang meterai janji,Menanti hari disanding bersama
2)  Main point

Then korang mulakan bicara dengan Al-fatihah dan bagitau perkara2 yang berkaitan dengan pertunangan iaitu:
1.       Cincin tunang
2.       Wang hantaran sebanyak RM****
3.       5/6/7 dulang hantaran
(quran, kek, telekung, perfume, sireh junjung, cek wang hantaran dan sebagainya)

3) Tarikah Penting (Nikah + Sanding)

Tarikh nikah: contoh 27 APRIL 2015
Explain details.

Nikah kat mana (Surau Kuala Selangor)
Tiada hantaran dan sebagainya


4) Majlis Bersanding 

Majlis bersanding bulan June 2015 (Tarikh belum ditetapkan lagi)
Yang ni kalau korang nak asingkan. Tapi xde masalah lepas bertunang nikah + bersanding terus. Ni plan abang kita punya sebab diorang kerja kat Sarawak, timing tu problem.


5) Penutup

Pantun penutup la dan doa penutup majlis. That’s all J 

|Amaran|
Kalau pihak perempuan mintak putus, dia kena bayar 2x duit hantaran tu kepada pihak lelaki
Tapi...
Kalau pihak lelaki mintak putus tunang, so duit hantaran + cincin dan barang2 dikira burn

Adat-adat perkahwinan kat Selangor ni. |Penting!!|

* Betunang kena bawak hantaran (Sireh junjung paling penting) + cincin + duit hantaran
( Duit hantaran tu kena bagi cash or half depan kat orang sane la)
* Akad nikah kena bawak hantaran lagi
* Bersanding tanpa hantaran. Bawak diri je




1 comment:

  1. biasanya malas ambil tahu.tapi bila nak bertunang / berkahwin, baru terpinga pinga. terasa leceh je adat2 ni..heheee

    ReplyDelete

Thanks for do visit this blog. Please wait for comment moderation from me okey :)