Assalamualaikum w.b.t,
Alhamdulillah, petang tadi ada program "Siri Bicara Profesional" bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berlangsung di DATC UiTM Shah Alam. Perhh, ramai yang datang sampaikan ada yang duduk bersila sebab seat semua penuh. Finally, i can met him, the smart/genius people or our former prime minister, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Honestly, xsangka yang Tun ni seorang yang lawak jugak dan yang paling hebat, the way he talks so impressive and great! Dalam program ni, 2 moderator yang terlibat iaitu Dato' Mohd Zaini Hassan, alumni masscomm dan Dato' Kamarudin Meranun pengasas Air Asia.
Both of these picture copy & paste from page Dato' Sahol which is our Ayahanda :)
Ape yang dibicarakan dalam slot 1 dan ke 2 ialah tentang isu2 semasa. Yang paling gempak, slot 2. Perhh.
Antara perkara yang paling hot issue ataupun persoalan yang diajukan oleh moderator ialah:
Adakah UMNO dahulu dan sekarang masih sama?
Adakah wawasan 2020 boleh dicapai?
Tun yang dilabelkan "Anti Hadis"?
Kesalahan2 yang Tun lakukan semasa memerintah?
Dan banyak lagi soalan2 yang diajukan...
Ahaaa. Slot ke-2 ni memang melibatkan bab2 politik. Tapi, Tun pesan kat kami semua! Politik itu penting kerana politiklah yang akan menentukan nasib anda. Jika baik pemimpin, maka untunglah anda dan jika sebaliknya maka rugilah anda.
Antara jawapan Tun bagi persoalan yang diajukan oleh moderator.
UMNO perlu kembali kepada perjuangan asal. Kerana rata2 pejuang UMNO sekarang pentingkan diri sendiri, rahsuah, kontrak dan sebagainya.
Jawapan Tun secara jujur, wawasan 2020 mungkin xdapat dicapai.
Tun dilabelkan "Anti Hadis" kerana beliau berkata bahawa beliau berpegang sepenuhnya kepada Al-quran, tetapi mushkil dengan hadis2 palsu, lemah yang mana membawa kepada satu "spekulasi".
Umat Islam perlu berpegang kepada 2 sumber iaitu Al-quran dan hadis.
Jawapan diatas adalah jawapan ringkas Tun semasa sesi soal bicara tadi, so yang tergantung tu lu pikir la sendiri..
Yang paling2 hot isu, Tun berkata bahawa he is not perfect. Xlari dari melakukan kesalahan. Tambah beliau lagi, dia ni susah nak nilai hati orang lain. Dan kesalahan besar beliau ialah salah memilih pemimpin yang dianggap sebagai "Mr. Clean" tp hakikatnya ...
Manakala yang layak pulak xdipilih untuk dijadikan pemimpin.
Saguhati untuk tetamu yang hadir :) Thanks to our sponsor : Air Asia
Setakat itu sahaja berdasarkan program tadi dan semua idea ini adalah nukilan saya sendiri. Mohon maaf sekiranya ada yang tersinggung dan mintak perbetulkan yang mana salah. Peace :)