Teringin Nak Buat Giveaway

Assalamualaikum w.b.t,

Tetibe terdetik hati ni nak buat Giveaway. Hurm, maybe birthday giveaway bulan 4 ni.
TAPI,
Ade ke yang nak support Tiey? Ade ke yang nak sponsor? Uhuk
Well, Blog Tiey ni followers pum xberapai ramai pastu xfemes plak tuu.



Best tengok blogger2 lain organized GA. Pastu ramai plak yang join. 

Mood: Nak jugak buat 1st GA dari Tiey :(

Cara Mengatasi Bila Disengat Lebah Dan Tebuan

Assalamualaikum w.b.t,

Lebah ataupun tebuan merupakan serangga yang mempunyai cangkuk yang panjang dan tajam dibelakang abdomen mereka yang berfungsi sebagai penyengat. Sekiranya serangga ini menyegat mangsa, ia akan memberi kesan negatif pada bahagian yang disengat serta boleh membawa maut sekiranya tidak diubati.


Kesan setelah disengat:

Disengat pada bahagian bibir mulut atas, 
Macam duckface plak kan.hehe


Mangsa disengat oleh Lebah African dan sejurusnya meninggal.


Disengat pada kelopak mata


Disini Tiey nak kongsi beberapa cara untuk mengatasi masalah ini. Harap berguna. Semua info berdasarkan bacaan, more detail klik sini http://www.peoplespharmacy.com/

Cara untuk mengubati sengat lebah dan tebuan:


Rawatan yang biasa digunakan:
** Campurkan cuka + baking soda sehingga membentuk pes dan sapukan pada bahagian yang disengat oleh serangga tersebut.
atau
** Ambil satu labu bawang besar pastu potong sedikit (1 slice) sahaja pada bahagian hujung. Lepas tu letak bawang yang dibuang hujung tadi kat bahagian yang digigt selama 20minit.
Macam gambar kat bawah ni:


atau
** Tumbuk bawang putih dan letak kat bahagian yang disengat
atau guna cara yang paling mudah
** Letak ubat gigi ( Kalau rasa sakit sikit2 je). Tapi better guna rawatan diatas!
Rawatan diatas sangat berkesan dan hasilnya kesakitan disengat serangga tersebut hilang serta tidak membengkak. Diharap entry kali ini dapat memberi manfaat dan dapat diguna sekiranya kita mahupun orang disekeliling disengat oleh serangga tersebut.





Kebaikan Scrub Muka Aprikot

Assalamualaikum w.b.t,

Scrub muka berfungsi sebagai element penting dalam penjagaan kulit mingguan kita bagi meningkatkan kesihatan dan kecantikan kulit terutamanya kulit muka. Aprikot merupakan element utama yang ditemui dalam dalam produk scrub muka kerana keberkesananya. So, scrub muka aprikot sangat bagus untuk kulit muka jika dibandingkan dengan penggunaan bahan micro-scrub yang boleh menyebabkan kerosakan pada kulit muka selepas bahan tersebut digosok kebahagian kulit muka.

Aprikot merupakan buah yang agak kecil dan manis. Ia berwarna oren keemasan dan kaya dengan sumber vitamin yang sangat bagus seperti Vitamin A,B,C dan lycopene. Selain itu, Aprikot juga terdiri daripada sumber yang berkualiti tinggi seperti iron, phosphorus, kalsium dan potassium yang rata2 nya bagus untuk kesihatan kulit serta tubuh badan.


Kebaikan scrub muka Aprikot: 
**Membantu menghilangkan kotoran dan daki
**Membuang sel-sel kulit yang lama dan rosak
**Melembapkan kulit muka
**Melicinkan kulit muka

Scrub muka aprikot memberikan tona kulit lebih elok kerana kandungan aprikot membantu tona kulit yang kusam. Ia juga berfungsi sebagai "agen penggelupas"  atau exfoliator dengan membuang sel-sel kulit mati dimana ia memperbaharui sel-sel kulit yang rosak tadi dengan new skin cell. So, kulit akan tampak lebih cerah dan lembut .

Yang paling penting scrub muka Aprikot 100% natural!
Tiey guna Ginvera facial scrub. Sedap sangat pakai tau. Lepas cuci muka dengan cleanser then gosok muka plak guna scrub ni. Tapi, scrub muka kena apply 2,3 kali je dalam seminggu sebab function dia agent 'exfoliator" tu boleh menyebabkan muka kulit rosak kalau setiap hari guna. Just apply 2,3 kali je dalam seminggu untuk hilangkan kotoran degil macam jerawat halus.



Coklat-Coklat Langkawi

Assalamualaikum w.b.t,

Salam Jumaat yang barakah buat seluruh umat Islam. Actually, Tiey mengidam nak mengunyah coklat-coklat Langkawi punya! Haiyoo. Macamlah Langkawi tu dekat sangat kan. 
Ape ada dengan Langkawi??
Of coz lah cokelat celup2. Perhh. Memang rabun mata kalau dah sampai kat Langkawi especially bila nampak kedai coklat. Xgituu??

Ni haa, coklat-coklat yang kawan Tiey bagi. Thanks to her Bella.
Ada sape2 nak pergi Langkawi x? Nak order coklat2 ni.heeee


Daim is one of my favourite! Yummmy....




Fungsi Anda Berblogging?

Assalamualaikum w.b.t,

Selamat pagi semua. So, today satu persoalan yang timbul "Ape fungsi anda berblogging"???
Setiap perkara yang kita buat dalam hidup ni mesti ada function tersendiri kan?
Even nak habiskan masa terluang tu pum function jgak.


Okeih. The reason why i have involved in blogging life: 
I want to share, guide and spread new knowledge.

Main reason:

Faktor utama tiey create blog sebabnya setiap kali Tiey search benda2 yang berkaitan pelajaran seperti cos yang tiey dapat, subjek ape kena belajar, camner kampus sana and so on. So, keywords tu menuju kemana kalau bukan ke blog! That's why terdetik dalam hati ni nak create blog, then share experience especially benda yang telah tiey pelajari. So, junior2 or someone else yang tengah mencari keyword tersebut boleh trace and gain something that can make them understood what are they looking for.

Anda pula bagaimana?

Some of bloggers suka share pasal personal life, gossip, news, tips and some of them organize GA.

Tu semua xde masalah. Yang pasti bukan cari gaduh. 

p/s: Tapi, kalau dah femes janganlah sombong plak kan. Kalau newbie tegur apa salahnya kalau bagi respond. Xgituu?

When Mom Leaves Baby With Dad

Assalamualaikum w.b.t,

What happens when Mom leaves her baby's with Dad??
Lets see what happen:




Lol. Is it true guys? Xjugak kan. Tapi memang lawak gila tengok gelagat "baby with dad". Nak tunjuk yang bapak ni xcaring macam mak.hehehe. Ada satu lagi video yang awesome. 
Pepatah mengatakan "Like father like son" Jom layan :)


Result 1st Semester

Assalamualaikum w.b.t,

Makan xkenyang, mandi xbasah, tidur xlena.
Tulah tanda result exam nak keluar!
Semalam punya cerita, nak tido pum xboley sebab hati ni xtenang. Tunggu email. Tunggu2x. Eah dah jam 2am. Tapi xdpat email jugak. Last2 tido, siap mimpi check result lg. Advance punya mimpi.huhu


So, lepas solat Subuh tu terus check email. Pkul 5.01am email masuk. Mjurlah xtunggu, kalu x memang sia2 lah jawabnya kan.

Tadaaaaa. Yang ditunggu2 oleh semua student UiTM :)


So result? Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Walaupun berdukacita xcapai target, tapi think positive. Never give up and loose hope, but try more and more.

"I and My Family"- Ouh My English

Assalamualaikum w.b.t,

Recall back masa primary school dulu, my english memang teruk gila. Time tu year 4 tau. Dalam kelas teacher bi yang cun, Miss Rahayu bagi paper ujian exam bi kat semua murid include me. Suddenly, muka dia macam nak marah je. Pastu dia suruh semua students dia belek essay, then try cari sape yang tulis macam ni
"I and My Family"


Hahaha. Almost yang buat macam tu tau. Pastu start lah membebel panjang pastu explain why and why "I and My Family" tu salah. She reminded us, kalau 'I" kena letak belakang, utamakan yang lain dulu such as My friends and I. Bla Bla Bla.........

Dan yang paling sweet, she asked us for those yang buat silly mistake ni betulkan kepada "My Family and I" sebanyak 100x dan esok hantar ke bilik dia. Perhhh. Kenangan manis weh. Tambah lagi, dia gtau yang kami bebudak yang buat salah tu, "Jangan risau, kesalahan ni anda2 semua akan ingat sampai bila2". Indeed!


p/s: Even its called silly mistake its ok la kan budak2 kecik yang buat. Tapi ramai lagi kot yang still salah. 
Oh English! Anda pula camner??

Oat Chocolate Choco

Assalamualaikum w.b.t,

Yummy, Finally dapat beli satu packet besar biskut ni! Punyala susah nak cari biskut ni. Korang pernah makan? Kalau belum jom dapatkan. Yang pasti biskut ni halal tau dan sememang sedap gile2x. Rasa cam horlick gitu.

Berapa ringgit? RM8 je Tiey beli kat kedai Cina. Ada sesetengah seller diorang jual RM13, RM15 tapi yg pasti above RM10 la. Sekarang ni biskut oat ni memang femes, tapi company dia xde lar market through tv or radio.

Ni haa. Satu packet RM8 only. Plastik dia pum lawa, macam beg gitu. So, boleh dijadikan buah tangan kalau kita nak ziarah sape2.


Dalam 1 packet tu rasanya ada 50 pieces biskut. Lupa dah. 40 atau 50 pieces. Ada 4 kaler


Jom mam. So crunchy and delicious. Bagus untuk mereka yg xnak makan nasi tp lebih prefer snek. So makan snek ni sebab sangat berkhasiat dan bagus.




Tanda-Tanda Disihir & Cara Mengatasi

Assalamualaikum w.b.t,

Sihir? Ape yang dimasukkan sihir? Mesti korang pernah tengok citer witch, sorcerer and whatsoever la kan. Tapi, percaya kah anda tentang kewujudan sihir? Ada sesetengah orang tidak mempercayai sihir kerana beranggapan sihir itu perkara tahyul dan hanya wujud semata2 dalam lakonan tv. Tapi, tahukah anda sihir berkait rapat dengan beriman kepada perkara2 ghaib iaitu merupakan rukun iman.


Definisi Sihir: 
Sihir merupakan perbuatan hasad dengki yang mana melibatkan bantuan jin dimana seseorang itu meminta bantuan dari bomoh ataupun meminta secara terus dengan syaitan untuk melaksanakan hajat mereka. Sihir tergolong dalam kejahatan yang dimungkari dan dilaknat oleh Allah s.w.t kerana menyekutukannya.
Tanda-Tanda terkena sihir: 
- Tiba-tiba bau busuk di rumah dan terus hilang. Berlaku beberapa kali.- Tiba-tiba bau wangi di rumah dan terus hilang. Berlaku beberapa kali.
- Nampak kelibat orang lalu di sebelah kiri, kanan atau depan.
- Perasan ada orang di belakang tetapi bila tengok, takde orang.
- Kerap bunyi guli di atas dinding rumah. - Ahli keluarga rumah cepat marah.- Tak suka duduk rumah. Lebih suka dan tenang di luar rumah.- Selalu bergaduh di antara satu sama lain di rumah.
- Tanda-tanda lebam di peha kaki apabila bangun pagi.
- Sakit kepala, sesak nafas, sakit macam-macam tetapi apabila pergi jumpa doktor, doktor kata takde apa2, normal.
-Badan terasa berat dan malas.-Terasa diri selalu diperhatikan.-Sukar mendapat jodoh.-Sukar tidur malam.-Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.-Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.-Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.-Bermimpi di tempat yang kotor-Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.-Melihat jin secara terus.
Cara Mengatasi:





P/s: Semoga kita sentiasa beramal dengan ayat suci al-quran untuk terhindar dari sihir. Amin

Bye My Bro

Assalamualaikum w.b.t,

Dah 4 hari xdapat update blog sebab outstation. hehehe.
Alhamdulillah, dapat jugak update blog after having a long journey from KB----> KL

Hari Sabtu haritu bertolak dari Kota Bharu ke Kl sebab nak hantar my bro ke KLIA. He is now Sarawakian. Tahniah kepada my beloved bro. Akhirnya cita2 dia nak jadi "Engineer in Mechanical" tercapai jua setelah hadapi pelbagai dugaan. Alhamdulillah. I'm proud on him.

Doaku dan harapan untuk my bro semoga berjaya dan jaga diri elok2 kat sana.
Yang paling penting kerja elok2, nanti boleh lah payungkan adikmu ni.hohoho

 Insha'Allah, i will be strong as you being and indeed, you are my idol. Salute.

Beberapa keping gambar kat KLIA before dia dibawa terbang oleh MAS aircraft. Bye to my broo.




Tunggu flight sambil layan karenah budak tomel ni :)



Finally, he went to his new home town ---> Kuching, Serawak