Assalamualaikum w.b.t,
Sedikit tutorial ikhlas untuk anda yang xtau camner nak buat penangguhan bayaran PTPTN bersebab. Contohnya, korang sambung belajar ke dan sebagainya. Kalau korang sekarang ni tengah belajar Degree dan nak tangguhkan bayaran pinjaman PTPTN time Diploma dulu, so ni caranya ye :)
Pi kat Pejabat PTPTN, kalau kat KB bersebelahan kedai HABIB kat pejabat MARA bandar Kota Bharu. Pastu korang masuk dalam tu gtau nak buat penangguhan pasal bayaran pinjaman PTPTN then dia bg no, angka giliran and tunggulah turn korang. Eah details giler explain. hehehe
Then?? Bila dah sampai turn korang, pegawai PTPTN akan bagi borang untuk korang isi. Satu helai je, kejap je dalam 5 minit. Then korang kena submit 3 benda kat pegawai tadi:
* Borang yang diisi tadi
* Surat tawaran
(Kalau korang nak tangguh bayaran pinjaman PTPTN time Diploma dulu, so korang kena bagi surat tawaran Degree la)
* Surat pengesahan sedang belajar di institusi terkini
(Kat situ akan ada bulan & tahun korang start degree until end of your degree tu)
And then.... Settle. Senang je kan???
Xtau kat mane and cara nak dapatkan surat pengesahan sedang belajar kat institusi terkini? Korang boleh dapatkan kat Hal Ehwal Akademik (HEA) korang. Gtau yang korang nak borang ni, nanti dapatla.
Good luck. Semoga dipermudahkan :)

