Sunday, 17 August 2014

Science Biomolecule Semester 3

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah berakhir semester 2, so masuk Semester 3 lah kan. Yang dari lepasan Diploma masuk sem 2 then masuk sem 3. Manakala yang lepasan matrik dan asasi ada beza skit je dari segi pengambilan subjek.


Semester 3:

Ni antara subjek yang korang kena ambik:


Explanation untuk setiap subjek yang korang kena ambik:

BMS423: Subjek Microbial ni lebih kepada microbe. Ahaa. Sem 2 korang belajar MIC455 kan, so almost 50% lah related each other subjek ni. Tapi ada penambahan iaitu main topic untuk kos Microbial korang akan belajar pasal proses Fermentation. Subjek ni xde susah pum kalau korang view. Tp, xtau camner Tiey xleh skor A. Lol. Ada lab dan ada satu projek yang korang kena buat tau! 1 group two persons, korang akan diberi tugas ape kena buat based on fermentation. So, lab dia pasal projek korang je la.  Ada final exam tau even ada projek. 
BMS531: Taraa subjek Method. Xsusah sangat pum sebab korang lebih belajar pasal machine yang involved dalam genetic macam Pcr, Electrophoresis dan sebagainya. Korang belajar cloning, transformation, proses pcr etc. Nampak cam best belajar, senang tp subjek ni subjek killer la jugak. Jangan lah takut, cuma killer dari segi jam kredit 4 hours dan test kot. huhu. Ada lab dan ada lab test. 
BMS532: Subjek Gene ni antara the most killer subjek la. Takut woiii. Chapter xbnyak pum, rasanya 5-6 je. Kalau korang dah lepas BMS424 sem 2 tu so korang boley go on je untuk subjek ni. Honestly, subjek ni memang ramai yang takut Fail! Test dia agak susah. Tp, Alhamdulillah Dr. bnyak tolong maa. Belajar pasai Gene expression, transcription, post transcription, translation, post translation and diseases. Actually, time dalam kelas tu korang kena 200% fokus dan noted apa yang patut! Amaran keras. huhu
Ada lab test dan ada final jugak .
BMS535: Protein subjek ni memang buat Tiey blurr. Nak study ape ni, note mana? Hahaha. Antara subjek dan lecturer yang paling sempoi dan relax. Prof sporting lak tu. Test?? Ada je. Ada open book text, take home test, assignment etc. Korang belajar pasal protein of coz ezyme, ada ckit cylcle dari sem 2 yang biochemistry tu. Honestly, kalau korang buat apa yang prof tu suruh skor A dalam tangan je. Insha'Allah. Ada final and no lab test.
CSC 425: Ni subjek komputer C++. Memang syok belajar kalau korang faham. A++ dalam tangan. Tapi, kalau xfaham tu masalah besar. Yang pasti belajar lah sendiri, buat revision and extra reading. Jngan risau, xde lagi yang repeat untuk subjek ni. Nasihat Tiey, belajar dan faham dari awal lagi. Kalau xfaham better tanya dan buat latihan lepas habis kelas. Tu pengajaran dari pengalaman Tiey. hehehe. Ada assignment dan ada final.
ELC500: Subjek bahasa kedua, English. Budak yang terer bi tu memang skor A++ dalam tangan la. Kerja dia amat mudah, sebab korang kena buat quiz online yang ni 10% marks. Memang setiap student akan dapat free2 10% marks tau. Then, ada 2 test la. Belajar memang sempoi. Kelas 1x dalam seminggu je, 2 jam. Yang paling best, Xde final you all :)
 HRM533: Ni subjek human resource atau kami panggil Haram. lol. hehe. Ni subjek alternatif atau pilihan. Kena pilih MGT556, Management atau subjek HRM533. Tiey pilih human resource sebab subjek ni penting untuk nak cari kerja, antara advantage la jugak kalau ambik subjek ni. Xpilih management sebab sem 2 tu dah ambik Marketing dah kan. Ada final exam. 
TAC401: Yang ni subjek bahasa ketiga. Korang nak pilih Bahasa Arab, Jepun, Mandarin, Korea, German, Itali, Thailand?? Ikut suka hati la. hehe. Tiey pilih bahasa Arab sebab antara bahasa yang paling senang. Kelas 1x seminggu je. Kena buat quiz online, ada oral test, test dan yang paling penting xde final!
So, semester 3 korang kena ambik 8 subjek. Tapi 6 je ada final. Good luck ye :)

1 comment:

  1. lebih kurg je subjek major kite ye.. ade jugak ambik subjek2 time study dulu.. mmg paling menyampah nak termuntah dgn gene expression tu.. nasib baik lah lepas.. haha!

    ReplyDelete

Thanks for do visit this blog. Please wait for comment moderation from me okey :)