Assalamualaikum w.b.t,
Disebabkan request oleh adik2 yang bakal memasuki kos ni so Tiey dengan ikhlas hati nak share pengalaman semasa semester 2. Ok. Untuk adik2 dari diploma especially Diploma sains gunaan korang akan masuk sem 2. Manakala lepasan dari Diploma Mikrobe, Makmal perubatan, Farmasi dan seangkatan dengannya korang akan masuk masuk sem 2 jugak, tp ada sedikit perbezaan dari segi pengambilan subjek. Except for student lepasan Diploma Mikrobe korang akan masuk sem 3 terus.
Semester 2:
Atau first semester untuk mereka lepasan Diploma, maknanya result based on UiTM penerapan. Korang akan transfer kredit so terus naik sem 2. Ni antara subjek yang korang kena ambik.
Explanation untuk each subject yang kena ambik sem 2:
BIO462: Biochemistry ni belajar pasal bio+kimia, Maknanya dia lebih pasal proses bahan kimia dalam badan contohnya Krebs cycle, glycolysis dan memang banyak cycle. Kena hafal semua tau. Yang ni nak pusing nya. Tp, don't worry, boley punya :) **Ada lab jugak.
BMS424: Ni antara subjek Genetik pertama yang korang akan ambik. Dulu time diploma memang Tiey kurang cket genetik ni sebab korang akan belajar pasal Replication, Transcription, Translation dan sebagainya. 6 chapters je, Insha'Allah senang nak hafal dan faham. **Ada lab jugak.
CTU555: Ni subjek agama tapi nama dia sejarah Malaysia. So korang akan belajar sejarah Malaysia berpandukan Islam. Korang kena ingat Perkara2 dalam perlembagaan, Contoh perkara 3: Agama Islam sebagai agama rasmi. Hubungan etnik antara masyarakat dan banyak lagi. Chooi lah belajar subjek ni, sedap. Sempoi giler belajar, dapat Ustaz yang sporting plak tu mengajar. Final exam?? Jawab ikut logik akal je. Final korang xtau la soklan camner :) ** Xde lab. Kelas 2 jam je setiap minggu.
MIC455: Subjek microbe ni memang best belajar. Memang banyak chapters, tp lebih kepada basic je la. Ape tu microbe, cara nak staining, preservation nak elak dari microbe, jenis culture dan sebagainya. Lab semestinya ada dan ada lab test. Time dalam lab tu korang kena buat experiment macam buat culture, observe sample dan yang pasti jangan terketar tangan time pegang inoculum. lol :)
MKT410: Ni subjek pilihan yang kiteorang ambik iaitu Marketing. Korang kena pilih samada nak ambik subjek ni atau subjek ECO415 atau economi. Sebab sebelum ni dah ambik ENT, ada belajar pasal marketing so Tiey pilih subjek ni. Belajar Marketing benda yang memang luar dari bidang kita memang pening arrr. Tapi, just faham dan hafal, conpem A dalam tangan. Kelas 2 jam dan 2x seminggu je :)
STA408: Belajar statistik. Time diploma dah ambik so kiteorang usaha jugak nak dapatkan transfer kredit, maknanya dah xpayah ambik sem ni. Tapi kena ambik jugak sebab ada 1 chapter tu out of syllabus time diploma. Belajar lah jugak. Tapi! Jangan risau senang je. Nak senang korang kena faham betul2 la. Pastu buat exercise.A dalam tangan je ni. Insha'Allah :)
So tu jela antara 6 subjek yang korang kena ambik time sem 2 untuk kos sains biomolekul. Koko dah xde ke? Iye dah xde. Korang kan dah koko time diploma dulu. So relax la cket. Kelas?? Padat jugak kat.
Pandai2 lah jaga masa tu. Jangan lupa jugak involve dalam event yang persatuan kos ni buat boley? Come on, do support our society please... :D
thx for sharing :)
ReplyDeleteSalam kak. Sy bru dpt offer kos ni kt uitm shah alam. boleh x kalau nak minta notes and tunjuk ajar pasal course ni? Boleh x kalau nak mnta emel?
ReplyDelete