Makanan Asas Student

Assalamualaikum w.b.t,

Malam yang indah dan dingin lebih syok dapat makan "Makanan asas student" kan! Eah ape ke benda tu makanan asas student?? Kalau korang teka salah memang korang ni xpernah jadi pelajar la, atau pun korang ni having a good lifestyle. hihi. Makanan asas student tu "Mee Segera" la.hohoho. Ape lagi kalau bukan benda tuu. Instant food easy to prepare and to eat. muahaha. But easy to make you being infected by disease xgituu? hoho. Biasalah student ni memang camtuu. Benda wajib nak bawak time nak masuk hostel of coz lah mee segera. Hurmmm. Yummy2x.


ctually Tiey bukan penggemar mee segera, tapi dah terdesak. Malas nak turun tingkat 7 ni even trun guna lif. hahaha. Bila dah malas semua jadi alasan kan. Sekarang ni boleh la makan maggie, tapi bila dah dekat nak final kena elakkan lah, nanti xpasal2 otak jadi blank. Maggie kan bahaya. hehehe. Ok tu je lah entry mengarut malam ni. Jom layan Maggie Tom Yam. Slurrppp.

I Love My New Timetable

Assalamualaikum w.b.t,

Anneyo.. Have a nice day. Alhamdulillah dapat jugak post new entry even 2,3 minggu ni bz. Fuhh. Oh yah. Finally i'm able to arrange my new timetable selepas tunggang langgan settle pasal subjek yang kena ambik sem ni.huhu. So sem ni sem 2,as the first semester . Maknanya Tiey terus masuk degree sem 2 la dan masih lagi berbaki 2 tahun. Wahh xsabar nak grad, 2 tahun tu kejap je. hihi. Minggu ni merupakan minggu ke 3 Tiey masuk belajar dan semua hal dah setlle especially timetable. Alhamdulillah awal semester ni timetable xpack sangat. So study sambil enjoy la. Boleh ke?

Timetable is credit to class rep. Zaim. The best leader ever

Its up to you.  It depend on the way you handle it. Based on my timetable ada bnyak gap so xde lah penat sangat duk kejar bas, cari bilik kuliah kan. Dengan gap yang ada tu pandai2 lah manage elok2 supaya i can gain something that will give profit to me. Xkanlah ada gap tido je kijoan nya. Suppose to be study or do revision kat library in order to be a genius student. Cayelahh. 7 subjek kena ambik sem ni, hope semua berjalan dengan lancar. May Allah ease our way. I love this timetable! Gaps make you more better.

Exchange Student From Korea

Assalamualaikum w.b.t,

Anneoy...and have a great Friday. Dah lama xupdate new entry sebab terlampau bz dengan lab report and a few task need to be submitted on this week even though my study was just begun about 2 weeks already. Alhamdulillah, one of exchange students from Korea is my classmate. Yahooo. International students are too many, but my class is so lucky of getting him, learning together in our class. There are form Korea, German, Japan, U.S.A and others. Before this, my lecturer which is Prof Tengku Elida told us, one of the exchange student will enter to our class and become of our part. If i not mistaken, on Monday tetiba ada seorang lelaki yg tinggi, mata sepet, putih dan yang paling penting handsome masuk dlam kelas kami. We wonder either laki ni silap masuk kelas atau ke hape.



Tapi sebenarnya dia tu exchange student daripada Korea. Perhh, rasa bangga giler kot sebab he becomes of our classmate, just for Microbiology class only, Means that he doesn't attend to the whole subject so bukan setiap hari la boleh jumpa. My microbe lecturer memang sporting giler, siap suruh kami girls mintak no handphone trus.hahaha. At the 1st class, he introduce himself and he told us that there are 2 guys from his university as the exchange student who came in our university, UiTM Shah Alam. Tapi yg member dia tu masuk fakulti Kejutureaan Chemical. During of our lecturer, we are gegirls tersengih panjang je gara2 si Korea tu.

Pada keesokan hari, before starting Microbe lab kami interview him and asking many questions. His real name is Seung Kyu Choi, we call him Michael. Memang sporting giler. Tinggi dia 180cm dan umurnya sekarang 23 tahun kot. Muda lagi.hehehe. His birth date is 10/1 dan tinggal kat Seoul. Banyak benda Tiey tanya tentang dia dan dia memang jawab apa yg Tiey tanya, lagi untung bila dia jadi lab partner Tiey. Memang happy giler kot buat eksperiment dengan dia disamping dia menceritakan his life kat Korea. His English is not bad, macam Tiey jugak la. Tapi lucu betul, kalau dia xfaham ap yg kita sebut dia keluarkan ipad then asking us to write on the translation software of his ipad. Pastu baru dia paham.hoho

Paling Tiey bangga giler, time kiteorang nak explain pasal senior. Dia xfaham ape tuu senior. So, Tiey gtau yg senior is "sunbae" terus dia tepuk tangan n gtau wah, sunbae2. I know that. Kira xrugi la Tiey layan korea especially Running Man. We also ask him about korean singer. He knows everybody, of cos la kenal. Tapi mamat Korea ni xlayan sngat movie2 atau RM, tapi dia taulah. So that's all for this entry, dedicated to Oppa Michael. Today is our last Microbe class in this week, we will meet him again on 10.30am. Xsabar nak pergi kelas Microbe sekarang ni sebab nak berbual dengan dia. hihihi.

Matrik Ke Diploma Ok??

Assalamualaikum w.b.t,

Matrik ke Diploma yang mana 1 lebih ok? Mesti ayat ni akan buatkan anda pening especially student lepasan SPM yang ingin membuat keputusan ke Universiti. Matrik just 1 tahun je kejap je. Tapi diploma 3 tahun, lama pulak nak habis. So camner eah?? Untuk pengetahun anda semua, masing2 mempunyai kelebihan. Matrik kejap je belajar, setahun je pastu boleh je sambung degree. Tapi diploma mengambil masa yang agak lama, iaitu 3 tahun. Tetapi, belajar Diploma lebih seronok jika dibandingkan life Matrik sebabnya mereka student matrik ni dia perlu lebih struggle utk habiskan syllibus untuk 1 tahun. Tapi Diploma 3 tahun. Honestly ramai yang stress time belajar kat Matrik tau.


Berdasarkan daripada pengalaman Tiey, belajar diploma tu sangat menyeronokkan! Even disadvantage nya dari segi tempoh pembelajaran dan usia kita. Akan tetapi, 3 tahun belajar sebagai Diploma student makes you more matured dan yang paling penting pengalaman. Ingat senang ke nak maintain result GPA starting from semester 1 hingga semester akhir. Almost people fikir budak diploma ni belajar semua topik yang budak matrik belajar selama 1 tahun tuu. Sama sekali salah! Syllabus kami, as a Diploma student xsama dengan matrik. Tapi syllabus Diploma lebih kepada Degree. Justeru budak Diploma diberi kelebihan semasa mereka berada pada permulaan Degree. Ape tuu? Mereka dapat pengecualian kredit. (Will be discussed on next entry)

Many of my lecturers bagitau yang studens Diploma are able to survive in new environment- Degree life sebab mereka ni sudah mempunyai pengalaman yang lebih mendalam jika dibandingkan budak Matrik. Tambah mereka lagi, peencapaian budak Diploma lebih baik berbanding budak matrik. Sorry jika entry ni lebih kepada Diploma sebab fakta ni berdasarkan pengalaman lecturers dan surrounding people. Masing2 ada kelebihan dan kelemahan masing2, but Tiey would like to recommend korang pilih Diploma rather than Matrik. Tapi kalau usia tu, budak Diploma lebih tua lah dari budak Matrik, so untunglah budak Matrik dan ditambah lagi mereka dapat elaun. Means that xpayah pikir tajaan atau pinjaman untuk support diorang macam student Diploma ni. -.-

So, setakat ni je lah. It will be continued.

Kad Matric UiTM

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah dapat jugak create entry baru walaupun kekangan masa. Harini genaplah seminggu Tiey berada kat UiTM Shah Alam. Kelmarin kami buat kad matirc, woo panjang kena beratur. Mujurlah Tiey datang awal cket, kul 8a.m. Tu pum dah kena beratur panjang. Agak2 nya lawa xgambar kad matirc degree Tiey tahun ni? Hahaha. Dulu time diploma kena snap photo time muka berjerawat. Hodoh gambar kad matirc kita.hoho. Kalau boleh biarlah gambar kad matric tu nampak lawa kan. Best la nak tayang kat member2 pastu rasa cam semangat nak pakai kad matrik. hoho

Biasanya kad matric ni dia xtahan lasak sangat, so kena jaga elok. Mujurlah kad matric Diploma Tiey still elok lagi even kulit2 nya dah mengelupas.hehe. Ok ape tuu jika dibandingkan dengan member2 Tiey yang lain, hampir semua dah arwah. Patah 4 lagi.hahaha. So Degree ni kena jaga elok2 lah, pastu jangan sesekali menyandar kat bahagian depan sebab takut kad matric patah.

**** Gambar macam mak cik 40an doh.huhu ( Kad matric Diploma UiTM Chendering. Gambar dia memang blurr, so jerawat xnampak.hoho -Yang degree xsiap lg****


Finally lepas settle beratur panjang & shooting gituu, diorang bagi cenderahati khas dari UiTM. Yang paling Tiey highlight, dapat tudung weiii. Tapi kat hujung belakang tudung tu ada lambang UiTM Wah semangat giler kot. Kalau laki diorang dapat tie, ok lah cket kan even ada lambang UiTM sebab time sekolah dulu pum memang tie ada lambang sekolah. Tapi ni tudung? hahaha. Agak2 korang pakai x? Pakai kot sebab kaler dia & tudung purple tu comel. Tapi pakai time ada even kat kampus lah.hohoho



Pendaftaran Kolej Mawar UiTM

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah finally boleh jugak mengadap blog disebabkan terlampau bz di awal semester.huhu. Ditambah lagi kelmarin baru je boleh on9 guna wifi UiTM, sadis gila menunggu sebab semua info ada dalam group UiTM so almost lost. Blurrr. Pada hari Sabtu, 7/9/2013 merupakan hari pendaftaran kolej pelajar baru penerapan means that pelajar daripada UiTM. Untuk kos Tiey, applied science kiteorang dapat kolej Mawar, the highest building of hostel in UiTM. Ada 9 tingkat wooo. Tiey dapat tingkat 7, menghadap padang bola sepak, padang hoki,  pusat sukan dan stadium UiTM. Perhh, malam2 memang cantik giler scenery especially yg duk kat bahagian tepi tu leh nampak I-city. Lawa giler.


Tiey dapat bilik untuk 2 org untuk satu bilik. Besar dan selesa sangat2x. Best lah nak study sebab xde banyak gangguan well kalau duk 3,4 orang dalam bilik macam biasa lah jadi kelab bual.hehe. Tapi kalau 2 orang sebilik pulak akan sunyi sepi once roomate kita tu balik.huhuk. Disini Tiey nak share lah sedikit info pasal kolej Mawar UiTM ni kat korang. Kolej Mawar ni ada 4 block, 1A, 1B, 2A dan 2B. Block 2B paling tnggi sebab ada 10 tingkat. Giler tinggi kot 10 tingkat, xlarat la sapa yang duk tingkat atas tu turun naik. Eah ada lif la. hoho. Don't worry, ada 6 lif so korang xpayah bimbang la camner nak turun. Agak2 mampuis lah kalau turun dari tingkat 10 guna tangga. Macam Running MAN kan? hehe

#### Sekitar pemandangan dari bilik gua ####


Gambar atas tu disnap time waktu PAGI (6.45a.m)


Memang best giler duk sini. Sejuk sangat2 macam duk korea. Malam2 boleh tengok pemandangan yg cantik ala2 Hong Kong gitu.hihi. Semua cukup lengkat kat sini tau, korang just stay dalam kolej  pum still boleh survive.So tu je lah dari Tiey. Salam sayang semua :D

Begin of My New Journey

Assalamualaikum w.b.t,

Insha'Allah malam ni akan bermulalah perjalanan hidup sebagai student degree, daripada Kota Bharu ke Hentian Putra, Kuala Lumpur. As a Degree student, my family xdapat nak hantar ke kampus sepertimana masa Diploma dulu disebabkan beberapa faktor, so i need to take another way which is asking for a help from my auntie. So, naik bas je lah dengan ditemani oleh kak long Tiey. Agak sedih sebab family xdapat nak hantar.huhuk. Tapi xmengapa, its ok for me. Harapan Tiey, semoga kalian mendoakan keselamatan sepanjang tempoh perjalanan ke Uitm Shah Alam.


As a new student; Degree" i have to set up a new planning  in order to adapt with new environment, friends and lifestyle. New determination? Azam sama je macam Diploma, get Dean list every semester and grad in first class, That's my target. Hopefully i can achieve my dream. Amin. Maka besok, bermulalah kehidupan sebagai student degree of science biomolekul, xsabar nak belajar. Tapi agak gugup lah jugak sebab perlu menghadapai new surrounding.

Even malam ni naik bus, tapi packing barang xsiap lagi. Huhu. Sedih nak tinggalkan family memandangkan 4 bulan rehat kat rumah. Ape pum, student life is the busiest life for those who are looking for successful! Daebak. Doakan Tiey ye semua :)

Pendaftaran Rebate RM200 Diaktifkan Untuk Kali Ke-2

Assalamualaikum w.b.t,

Seperti yang telah digempar gempurkan, permohonan rebate akan diaktifkan semula untuk kali ke 2 pada 3 September 2013. So, bagi mereka yang belum membuat pendaftaran anda bolehla mendaftar sekarang. Tetapi pastikan had umur anda sudah mencapai 21 tahun pada tarikh permohonan. Rebate RM200 diberikan kepada mereka yang sudah mencapai umur 21 tahun dan sehingga 31 tahun. Alhamdulillah Tiey dah masuk 21 tahun so boleh lah daftar rebate. hehehe. Permohonan rebate RM200 untuk pembelian telepon pintar anda boleh layari di web berikut https://komunikasibelia.skmm.gov.my/


Tapi korang dah xboleh nak daftar seperti dulu lagi kat web yang  Tiey bagi atas tu. So caranya korang perlu membuat pendaftaran melalui wakil-wakil penjual yang dilantik syarikat telekomunikasi. Manakala rebate RM200 yang tidak ditebus akan dimasukkan semula ke dalam jumlah besar 1.5 juta rebat untuk diagihkan semula kepada pemohon lain. Bagi pemohon yang telah tamat tempoh sah rebate pula, korang boleh terus memohon semula pada 3 September 2013. Setiap permohonan rebat RM200 yang telah lulus harus ditebus dalam masa dua minggu dari tarikh kelulusan permohonan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

So ape tunggu lagi?? Lets grab it :D

Kemana Hilangnya Iklan Nuffnangku??

Assalamualaikum w.b.t,

Hye korang, Tiey ni still newbie lagi dalam Nuffnang, so Tiey nak tanya mereka2 yang dah makan garam pasal Nuffnang ni. Ni haa iklan Nuffnang yang Tiey letak atas header, sidebar dan bawah komen semua xade. Sebelum ni ade je, pastu lepas 4,5 hari ni xde. Ke memang camtu eah iklan Nuffnang? Ghaib?? hehehe. Ke korang je boleh tengok iklan Nuffnang, tapi Tiey xboleh?? Please help me. Ke Nuffnang xsuka kat blog Tiey ni?? Haa jangalah camtu, earning Tiey baru je sposen dua.


Please....Please tolong Tiey settle kan kepusingan yang melanda ni. Adoyai. Iklan Nuffnang asyik je ghaib dari blog Tiey, camner lah nak dapat BE dari Nuffnang kan. Jeles tengok korang share dapat BE dari Nuffnang. hihihi. Kepada yang sudi membantu silalah. Pertolongan anda amat dihargai. Sarangheo 

Resepi Kulat Goreng Celup Tepung

Assalamualaikum w.b.t,

Harini Tiey nak throwback kenangan zaman sekolah menengah dulu selalu buat kulat goreng celup tepung. Sekali buat nak buat lagi sebab sedap sangat2x dan sampailah sekarang still buat lagi.hihi. Zaman sekarang ni siap jual kat pasar malam lagi si kulat goreng celup tepung tu. Korang ada jumpa x?? Kalau kat pasar malam Chendering, Kuala Terengganu ada lah. Tapi kat Kelantan setakat ni tadak jumpa lagi. Mula2 tu terkejut jugak diorang jual benda ni sebab xpernah dibuat orang, tapi laris kot. huhu. Bisnes mestilah kreatif, jual ape yang orang xjual so xde competitors sangat. Main point Tiey sebenarnya nak share resepi "Kulat Goreng Celup Tepung" bagi yang belum pernah makan dan ingin mencuba boleh ye try resepi Tiey.hihihi

Caranya senang je kot, boleh sangat nak buat setiap hari pum.

Bahan-Bahannya: 
-Kulat
-Telur
-Tepung KFC/Adabi
-Minyak masak

P/S: Tepung KFC/Adabi tu kalau nak buat sendiri pum xpe. Caranya campurkan (tepung gandum + serbuk kunyit + serbuk kari  pastu gaul sehingga sebati) Pandai2 lah bajet kuantiti tu ye :)

Cara-cara nak Celup Kulat serta Menggorengnya

1. Basuh serta bilas kulat sehingga bersih dan sejatkan supaya kering


2. Pecahkan telur kedalam mangkuk


3. Sediakan tepung KFC/Adabi untuk mencelup kulat



3. Celupkan kulat kedalam telur


4. Selepas tu letak kulat yang dicelup telur tadi kedalam tepung ni (Pusing/Golekkan kulat sehingga tepung melekat keseluruh bahagian kulat tu yee)



Last step goreng dengan minyak yang panas. Lepas goreng hidang dan makan. hhihi. Senang je kan?? Jom cuba ye! Simple tapi best. Lagi sedap kalau cicah dengan sos. Ok. Tiey makan dulu ye.. Yummmy :D








Timun Pudarkan Ketiak Yang Gelap

Assalamualaikum w.b.t,

Ketiap gelap mesti ramai kan yang hadapi masalah ni?? Nak angkat lengan pum malu takut member pandang pelik kat kita. huhu. Bagi mereka yang suka mengenakan pakaian berlengan pendek mesti malu sekiranya tersalah angkat tangan dan menunjukkan ketiak yang hitam tu. Untuk pengetahuan anda semua, warna gelap yang terjadi pada kulit ketiak adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti penggunaan dedoran yang menyebabkan kegatalan  lalu kita "garu" guna kuku. Jadi, kulit ketiak mengalami kerosakan disebabkan geseran yang berlaku dengan kuku dan ditambah lagi kuku memang agak berbisa bilamana kita menggaru kulit guna kuku. Lalu menyebabkan kudis pada bahagian kulit ketiak.


Selain itu, proses mencukur dan mencabut bulu ketiak juga antara faktor lain penyebab kepada ketiak menjadi gelap. Oleh itu jom dapatkan rawatan semulajadi tanpa mengeluarkan sebarang wang! Korang try rawatan seperti dibawah ye, harap berkesan. Insha'Allah. ( Bagi mereka yang mengalami luka pada bahagian ketiak mungkin agak pedih bila anda sapukan sebatian lemon dan timun pada bahagian tersebut)

Bahan-Bahan: 
Lemon
Timun

Cara-Caranya:

*Parut timun sehingga halus dan tambahkan perahan lemon
*Gaul sehingga sebati dan sapukan pada ketiak
*Biarkan selama 15minit dan setelah itu cuci ketiak anda

Settle Medical Check Up

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah harini dah settle perkara penting yang kena buat for the degree intake which is Medical Check Up. Tiey buat kat klinik Pengkalan Chepa, RM20 je well klinik kerajaan patutlah murah dan ditambah lagi student UiTM. hihi. Actually sebelum ni member Tiey dah pi survey klinik2 kerajaan yang lain, macam Hospital KB katanya ramai sangat pastu kena bayar RM50 dan HUSM plak kena bayar RM80 sebab hospital swasta kan. Kalau nak buat kat klinik/hospital kerajaan last minute macam Tiey ni korang kena buat appointment dulu la. Tapi kalau klinik/hospital swasta on the spot je boleh buat.


So, medical check up has a few session lah. First kena buat pendaftaran, perlu bayar bil pastu pergi ke bahagian yang check tekanan darah/pulse, berat dan tinggi. Terkejut kot pulse Tiey tinggi sangat, pastu doktor tanya Tiey nervous ke dan yang paling shocked, berat Tiey 49kg dengan ketinggian 167cm. Means that, 'bmi' Tiey xideal la. 2,3 hari yang lalu Tiey timbang berat 53kg, tapi harini dah berkurang hingga 49kg gara2 cirit birit dan muntah2. Aiyooo. Maybe tu penyebab pulse jantung tinggi kot.

Third step, urine test lew. Alhamduillah negative sugar and albumin. Sihat walafiat.hehe. Then the last session, x-ray. Finally, settle jgak my medical check up session that is begin on 9.00am until 11.30am. Nanti pendaftaran kolej 7/9 hari Sabtu ni just bawa dokumen penting hasil Medical Check up tadi  dan x-ray tu xpyh bawak pum xpe sebab time diploma haritu dia xmintak pum. Tapi better bawa la, kot2 tetiba dia nak. Heee. Xpasal2 garu kepala sebab xbwak.hihi. So thats all. Bye and xoxo :D

Khasiat Kurma Untuk Badan!

Assalamualaikum w.b.t,

Kurma pasti korang kenal kan?? Kurma merupakan makanan sunnah nabi kerana khasiatnya untuk kesihatan dan jugak untuk kecantikan. Sedikit info kenapa kita digalakkan makan kurma sebagai juadah wajib bila berbuka??? Ini kerana kurma hanya memerlukan sedikit sahaja tenaga untuk dicernakan. Oleh itu badan kita semasa berpuasa agak kekurangan tenaga kerana kita tidak makan dan minum sehinggalah pada waktu berbuka, tetapi kita banyak mengeluarkan tenaga dengan melakukan aktiviti. Justeru, tatkala kita berada pada penghujung waktu untuk berbuka puasa, tenaga yang ada dalam badan sangat lemah.


Oleh yang demikian, dengan sedikit tenaga yang ada dalam badan, kita amat memerlukan makanan yang hanya memerlukan tenaga yang sedikit sahaja untuk diproses/dicerna tetapi menghasilkan input tenaga yang tinggi iaitu dengan pengambilan "Kurma". Ini kerana, kurma memerlukan sedikit sahaja tenaga untuk dicerna tetapi memberikan input tenaga yang banyak untuk badan kita. So, korang boleh nampak kan kelebihan yang ada dengan mengamalkan sunnah nabi?? Dari segi pengambilan makanan berat seperti nasi semasa berbuka puasa menyebabkan anda lemah setelah makan?? Betul ke?

Ya. Betul! Anda makan sebab nak kuat kan sebab nak recover tenaga yang hilang setelah seharian berpuasa. Tapi time berbuka puasa korang makan nasi atau benda2 yang berat. So, badan tadi dah lemah disebabkan oleh seharian berpuasa dan tenaga yang ada dalam badan pum hanya sedikit sahaja, tapi anda makan makananan yang berat yang mana memerlukan tenaga yang agak besar untuk dicerna. Oleh itu, lepas makan anda rasa lembik, lemah pastu badan rasa macam xnak bergerak je dari meja makan tu sebab korang dah hilang banyak tenaga untuk mencernakan makanan berat yang dimakan tadi. Last2, lewat solat Maghrib sebab badan xmampu nak bergerak dan rasa malas pulak nak berterawih. Betul x?hehehe


Cirit Birit & Muntah :(

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah hari ni kita sudah masuk ke bulan yang baharu, iaitu September. Maka 31 Ogos sudah kita lalui, justeru Tiey ingin mengucapkan Selamat Menyambut Merdeka. Maaf agak terlambat sikit wish Merdeka sebab Tiey xberapa sihat 2, 3 hari ni gara2 cirit birit. Entahla makan ape benda sampai 2,3 kali masuk tandas setiap hari. Tapi cirit birit semakin dashyat lepas pi makan ayam MCD + coke, balik umah tu terus pening, mual. Malam tu cirit birit 3,4 kali pastu muntah 4,5 kali. Badan lemah longlai sebab dehydrate dan ditambah pula makanan xbetul2 cerna tapi dah keluar atas bawah.


Fuhh, memang letih sangat2. Tengok makanan je rasa nak muntah. Last2, my mum suruh minum air teh pekat tanpa masukkan susu/gula. Insha'Allah hilang cirit birit kata my mum. So, minum je lah Tiey sebab nak cepat sembuh. Lepas tu 3,4 kali muntah2 dan last part tu rasa pahit, kelak sangat2. After that, badan rasa ok lah sikit even lemah longlai gara2 muntah dan cirit birit dalam masa 24 jam. 

Hari ni badan rasa segar lah sikit. Alhamdulillah Ya Allah. Tiey kena kuat sebab this week is my last week at home and i need to settle a few task before the Degree intake. Esok medical check up, settle dokumen penting dan banyak lagi. Insha'Allah hari ni  2,3 entry masuk sebab Tiey nak share a few tips based on my reading. Tips kecantikan dan kesihatan. Harap ada orang yang terjah blog Tiey memandangkan visitor kurang je melawat blog Tiey 2,3 hari ni sebab xde entry yang mashuk. Bye and xoxo.