Program Vaksinasi HPV untuk wanita

Assalamualaikum w.b.t,

Program Vaksinasi HPV korang pernah dengar x? Mungkin pernah dengar kot, tapi x tahu secara mendalam tentang program ni kan? Oleh itu, Tiey ingin berkongsi dengan anda semua tentang kepentingan program ini demi kesejahteraan hidup kita bersama. So, apa tu HPV? HPV ialah sejenis virus dikenali sebagai "Human Papilloma Virus" yang sangat berbahaya dan merupakan penyebab utama kepada kanser servik. Kanser ini terjadi di bahagian pangkal rahim (servik) dan merupakan kanser ketiga paling kerap dikesan dalam kalangan wanita selepas kanser payudara dan kanser kolorektal. Di anggarkan 1,500 wanita negara ini disahkan mendapat kanser servik setiap tahun. Kanser servik menyumbang 6% dari jumlah kematian akibat kanser dalam kalangan wanita. 


Adakah jangkitan HPV ini boleh dicegah?

Cara yang paling senang untuk mencegah jangkitan HPV adalah secara menghindari daripada melakukan seks bebas. Akan tetapi kita sebagai umat Islam sangat dilarang dan ditegah sama sekali melakukan seks dengan bukan pasangan suami/isteri yang mempunyai ikatan perkahwinan yang sah. Walaubagaimanapun, setiap wanita adalah berisiko dijangkiti HPV selepas berkahwin. Jadi antara cara lain yang paling sesuai dan efektif bagi mencegah jangkitan HPV adalah dengan pengambilan vaksin HPV yang mana menjadi satu inisiatif kerajaan dengan menganjurkan program vaksinasi HPV ini.

Untuk pengetahuan anda, program vaksinasi HPV ini adalah satu program yang diusahakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), dibawah peruntukan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Objektif utama program ini adalah untuk mengurangkan beban penyakit disebabkan oleh kanser servik untuk 20 tahun pada masa akan datang.
Matlamat utama pengenalan vaksin ini adalah:
  • Memberikan vaksin HPV secara percuma kepada semua wanita yang dilahirkan pada tahun 1993 sehingga 1995 yang tergolong dalam “kumpulan sasaran”.
  • Untuk melindungi wanita Malaysia dari risiko jangkitan HPV
  • Untuk mengurangkan risiko kanser servik dalam kalangan wanita di Malaysia.
So, korang tau kan betapa pentingnya program ini bagi mengurangkan penyakit yang gemar dijangkiti oleh kaum wanita di Malaysia. Oleh itu, anda sebagai rakyat yang prihatin terutamanya ibubapa ataupun keluarga perlulah menyeru  dan memberi galakan kepada"mereka” yang menjadi kumpulan sasaran untuk mengambil suntikan vaksin HPV untuk kepentingan mereka sendiri. Anda semua xperlu risaukan bayaran untuk setiap dos suntikan yang akan diberikan kerana ia 100% percuma.

Cara untuk mendapatkan vaksin HPV percuma?

Dibawah insiatif kerajaan, daripada 2 Oktober sehingga 16 November LPPKN akan menganjurkan program vaksinasi HPV secara percuma ke beberapa universiti-universiti terpilih. Penganjuran program vaksinasi HPV yang terdekat ialah:
Tarikh: 26 October 2013
Hari: Sabtu 
Masa: 9.00a.m hingga 4.00pm
Lokasi: Universiti Putra Malaysia - Bukit Expo
Destinasi seterusnya: 1Borneo Mall - (16 November 2013) & UniMas Sarawak - (14 November 2013) 

*****Berita baik untuk anda!!****
  • Bagi mereka yang menyelesaikan semua tiga dos, mereka akan diberikan pas percuma ke konsert artis-artis tempatan yang terkenal yang dijadualkan pada 2 Mac 2014
  • Cabutan bertuah- peserta dari setiap universiti atau kolej yang mendaftar untuk mendapatkan vaksin dalam kumpulan yang terdiri dari lima orang atau lebih akan layak untuk cabutan bertuah. 
Contoh Hadiah-Hadiah bakal dimenangi:
***Pas percuma ke konsert artis-artis tempatan***


***Cabutan bertuah-Percutian ke satu destinasi***


*Pemenang bagi cabutan bertuah bakal memenangi percutian ke satu destinasi “Rahsia” yang ditaja sepenuhnya dan semestinya sangat seronok!

Wow! Ape lagi yang korang tunggu? Siap dapat tiket konsert percuma dan berpeluang memenangi satu pakej percutian lagi tuu. So jom lah pakat kita pi sano ye untuk mendapatkan suntikan percuma vaksin HPV bagi mengelakkan daripada jangkitan HPV yang membawa kepada kanser servik. Cegah daripada awal sebelum ia menjadi parah “Prevention is better than cure”.

p/s: Nak tahu lebih detail pasal perkembangan semasa Program Vaksinasi HPV ini, anda boleh lawati fanpage sini ----> https://www.facebook.com/PVHPV


2 comments:

  1. ohh..baru tahu pasal HPV ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xramai yg tau include me. Lepas buat entry ni baru tau.hihi

      Delete

Terima Kasih sudi datang ke blog fatihahazanan92@blogspot.com
Komen anda sedatang ditapis, sila tunggu kejap ye 😘