Parcel Stuck di Pejabat Pos Laju Masa PKP/B

Assalamualaikum w.b.t,

Ni dah lama padahal nk buat posting pasal parcel yang stuck kat pejabat pos laju 'status 'Parcel arrived at delivery facality' tapii dalam seminggu lebih xde pum nk out of delivery. 


So untuk sape yang guna  pos laju, especially pkp/b ni since call customer service pum xboleh, ni je cara nak suruh diorang post kan barang kita yg dah lama diperam. Alhamdulillah so far pakai pos laju, memang laju tpi satu ni je barang yg dah stuck almost seminggu lebih, Actually ni baju raya, so nk dapat before raya la kan. Sebab tu la terpaksa push diorang untuk buat penghantaran.

Bukan niat nak ajar korang buat complaint kat pos laju pasal service diorang, tapi this is the only way untuk dapat barang "URGENT SAHAJA". Selagi boleh tunggu at least min seminggu korang tunggu la dulu. Sian pulak diorang terpaksa hadap complaint customer gara2 blog posting ni. Adehh 😅  Kalau xde pkp xde masalah lak, sbab just call customer service nanti laju je barang sampai, xperlu nk apply e-feedback n even askpost.

So ni cara dia ye:
Firstly bukak laman web pos malaysia
 

Ada 2 pilihan utama, depends atas kategori yg korang nak pilih la 


Kalau nk request camni


Kalau complaint macam ni haa, especially kes sama macam Tiey, parcel xdihantar even barang dah sampai di pos facality, supposed to be out of delivery lepas tu kan


Lepas korang hantar e-feedback tu, pos laju akan hantar ticket number kat email korang
 Haa, lepas 48 jam (2 hari bekerja baru dapat call dari pos malaysia, nombor customer service tu). Tapi time dia sempat angkat call cuma xdngar diorang cakap ape, so suruh dia call kali ke2. Tapi still xdengar. Maybe hp problem kot. hahaha 

Kronologi nya: Parcel sampai at delivery facality 5/5/2020
Buat e-feedback 2x tau; 11&12/5/2020
Dapat call pos malaysia: 13/5/2020 (Selepas 2 hari bekerja, refer 11/5 e-feedback application)

Since xsempat nak berbual dgn customer service yang call 13/5 tu, tunggu la haritu kot2 dia ada buat delivery, tapi xde jgak. Even status pum still sama. Sooooo NEXT.....

LAST ONE:ASK POST
 
Klik ask post, nanti dia automatik reply. First klik "TRACK&TRACE" pastu masukkan tracking  number, then dia akan keluar reason why late bagai... 13/5/2020


Then korang klik another one, ticket status. Pastu try masukkan ticket status yg korang received from your email, then dia akan keluar "CHAT WITH AGENT'

Macam bawah ni once dh klik chat with agent, korang kena tunggu turn la dlu. 
 

Haa kan dia dah start chat kita. So korang respond la.Inform dia yang barang dah stuck situ include nama, alamat, no phone & benda paling penting tracking number. Situ gtau dia suruh buat delivery asap, today. Wahhh gitu


Finally, esok baru dia buat delivery on 14/05/2020.  


Selamat sampai BAJU RAYA KU, dari 05/05/2020-14/05/2020.Actullay, before ni elok je barang sampai even PKP, tapi sbab yang ni URGENT nak buat raya so terpaksa la apply complaint kat pos laju. hehehe





 

Beza False Contraction vs Real Contraction

Assalamualaikum w.b.t,

Berdasarkan posting sebelum ni, bersalin di hospital Serdang, mungkin membawa anda semua kesini. As first mom indeed! mesti xtau kan macam mana real contraction, sebab ada sesetengah orang ni xde sakit2 contraction, terus pecah air ketuban pastu bersalin.

Tapi, ni Tiey just share pengalaman semasa mengandungkan my daughter Aisyah, sehinggalah bersalin. So false contraction @kontraksi palsu ni bermula masa Tiey tngah preagnant 38 weeks. First time berlaku and memang kerap sangat berlaku pkul 1am onwards. Sakit dia macam segugut, tido boleh je cuma xlena sebab risau tu tanda nak beranak ke ape. Yela anak first xde pengalaman, so habis la goggle tanda2 nak beranak.


Actually, braxton hicks ni sebenarnya proses 'false labor pain', utk praktis otot2 uterus for real labor la gitu. Jadi bila nak bersalin nanti, otot2 dah lama praktis contract( mengembang) so nanti senang nak bersalin. Betul ke?

Berdasarkan pengalaman Tiey, contraction 5 min boleh tahan lagi, siap solat subuh macam biasa, cuma masa contraction tu, tggu dia habis then teruskan solat macam sujud, rukuk etc. Yang 3 min sekali, Alhamdulillah still boleh tahan, siap sarap meal yg hospital bagi habis licin n topup roti jagung. Bertenaga nanti nak meneran. Cuma yang part last nak bersalin memang sakit, tapi still tahan until sampai labor room. Tu orang cakap kelebihan those yang experienced false contraction, so real contraction xsakit mana. Maybe kot 😅

Cakap pasal benda ni, even dah tukar posisi, pergi toilet gi kencing ke, sakit tu still ad je. Pelik jgak sbab braxton hicks ni kan if kita tukar posisi, sakit dia dah hilang. Kadang2 sakit dari 3am sampai 7am, sakit mcam first day period gitu. 

Masa 39 weeks masuk office, perut sakit giler, mcam segugut camtu ingatkan nk bersalin dah. Risau jugak la,takut terberanak kat office. hehe. Tapi sebab rasa ni false contraction macam before ni, cuma this time kena masa kat keje, kul 9am camtu. 

Ouh ye, kontraksi palsu ni sepanjang 38 weeks ke atas tu Tiey kena dalam 4,5x je. So, nak dekat due xde dah rasa sakit2 false contraction. 
..............................................................
Then, REAL CONTRACTION dapat rasa once baby dah 40weeks day 1, memang boleh tau sngat tu real contraction. Sakit setiap 5min, off, sakit 5 min lagi, selang seli-non stop tau. Kalau was-was boleh download apps utk kira contraction. Selepas 3 jam camtu, contraction makin kuat & sakit setiap3 min on off sampai la bersalin. 

Bersalin di Hospital Serdang 2019

Assalamualaikum w.b.t,

Last year 2019 Alhamdulillah Allah kurniakan nikmat mengandung selama 9 bulan dan melahirkan cahaya mata dengan selamatnya. So kat sini Tiey nk share sikit alkisah proses nak bersalin. As a first mom xde experience lagi so xtau macam mana la rasa nk beranak, contraction macam mana kan. Pastu proses nak bersalin macam mana lak kat hospital. Haa so kat sini Tiey share sedikit pengalaman semasa Tiey mengandung esp last month before due untillah lah delivery due. 




Week 38 perut dah start rasa sakit setiap 3am onwards macam tu, cramp macam period. Mula2 ingatkan dah nk beranak dah sebab xtau rasa contraction macam mana. So goggle jela banyak tolong. hehe. False and real contraction tu beza macam mana. So sakit macam sengugut lah kot atau period cramp, lama jugak dari 3am sampai 7am camtu. Even ubah posisi tido still sakit. Benda ni jadi kadang2 dalam seminggu tu, dalam 2,3x. Kadang kat office rasa sakit perut, ingatkan nk terberanak dah. Bimbang oii kalau terberanak kat office T.T. hahaha

So sakit2 cramp atas tu actually Braxton Hicks- Contraksi palsu sahaja. Tapi lain orang lain cara dia. Sebab sesetengah orang sakit macam ni memang dah tanda nk beranak. As a first mom kena try and error la. If risau or xsedap hati better gi direct ke klinik la.

BEZA FALSE CONTRACTION (BRAXTON HICKS) vs REAL CONTRACTION
(Klik sini kalau nak tau lebih detail)

So HOSPITAL SERDANG adalah 100% hospital kerajaan. Jadi bayaran sangat murah lepas tolak subsidi kerajaan, actually total RM3K, Tapi just kena bayar rm100 lebih je. Resit ada nanti dah jumpa Tiey share sini ye. 

So macam mana procedure nak bersalin di HOSPITAL SERDANG?
Sebelum tu Tiey nak bagitau yang HOSPITAL SERDANG merupakan hospital yang paling tinggi rekod bersalin, maksudnya memang ramai giler la orang nk bersalin kat sini tau. 

So, kalau dah ada tanda2 nak bersalin atau tanda abnormal  boleh terus gi hospital bahagian 'WAD BERSALIN". Macam Tiey sebab baby xaktif, kick xnormal macam biasa terus kena warded. (BACA SINI)

Mula masuk wad bersalin, ambik no dulu then pergi kaunter bagitau sebab ape, dah turun tanda bersalin ke, contraction dah rasa, atau BABY X AKTIF(dikira serius kes). 
Masa ni Tiey 39 weeks day 4
Masa Tiey proses menunggu tu, dekat papan tertulis 
PESAKIT MENUNGGU KATIL/WARD: 29 orang
PESAKIT HARINI: 28 orang

So lepas kena panggil nama dekat kaunter, kena isi borang aku janji 'PROSES MENUNGGU KATIL" antara 24jam hingga 72 jam, max 3 hari confirm dapat katil. Sebab memang ramai giler orang nk bersalin kat sini. Tempat menunggu pelawat pum penuh.

Next, nurse panggil masuk bilik PAC:Passion Amission Centre. Kat dalam ni ada banyak2 bilik dengan ruang yg penuh dengan kerusi sofa, kerusi besi melawat khas untuk ibu2 yang sarat menunggu turn untuk dapat turn bilik. Tido atas kerusi sofa tu je tau.




So ni tempat yang kiteorang tido, menunggu utk dapat bilik. Meja tu mmg khas utk 3x meal diorang letak situ. 
 
Lepas masuk dalam PAC, Tiey kena masuk dalam ward ni yg ada bnyak katil dgn mesin CTG macam gambar atas tu. Tiey datang 4.30pm, check CTG (dengupan jantung baby) then Doktor n nurse bagitau hearbeat baby laju. Sebabnya smalam tiey cirit 3x n pagi tu termuntah sekali (Dehydrated). So doktor drip air 3 botol n monitor CTG, sampai la graft ok, pkul 8.30pm. At the same time, 2x doktor seluk nak check bukaan, tpi xde bukaan pum n xla sakit sangat.
 Masa ni pkul 8pm kick baby bru ckup 10x tau. Before ni 10x kick complete pkul 3pm, lambat pum 4/5pm je. 

Alang2 dah nk due, pastu haritu baby xaktif so doktor & nurse bgtau nk continue monitor ctg, takut jdi pape kat baby. Makanya kena la bermalam dekat PAC, mujur la dah ready bawak beg baju ape semua. 
If dah ok esok pagi boleh discharge. Alhamdulillah esok pagi 8.00am ctg dah ok, tpi doktor pakar bagitau xnak ambik risiko, anything can happen. So dia suruh Tiey warded since nk dekat due, masa ni Doktor ni seluk baru 1cm bukaan n then dia urut2 sikit sbab katanya nak bagi luas bukaan. Perhh time ni terangkat bontot sbab sakit. Tapi tahan jela sakit tu. Then doktor decide INDUCE, sbab dah dekat due, 39 weeks 5 days harini. 

Dah lama bermastautin kat PAC, so dah dapat name tag.

Haa makan 3x sehari, lauk sedap je cuma dah bosan n xde selera sngat nak makan.

So hari2 gitulah rutin harian Tiey dalam PAC, bermalam kat situ nk tunggu turn ward bilik kosong. Tido atas sofa gitu je, makan 3x hospital bagi. Solat macam biasa, mmg ada bilik khas untuk solat, muat 2 orang. Mandi pum ada toilet, just 2 toilet je, ambik wudhuk pum kat sini. So hari2, memang nurse akan panggil nama utk check CTG ,lupa lak dlam 4/5x jgak kot. Pagi 3am pum kena check ctg. Kena seluk la, dah macam biasa, lali dah. Gitulah rutin harian, dari 30/9 sampai 2/10 sampaikan dah habis berkenalan n tngok macam ragam. Ada yang bersalin dekat PAC la, tahan contraction atas sofa tu la. 

So 2/10/2019 MALAM  40weeks tu pukul 10pm diorang panggil nama untuk isi kekosongan katil .Alhamdulillah memang lepas 72 jam confirm dapat katil. Happy pum ada. hahaha. So malam tu dapat katil, tingkat 5, wad nama apa lupa dah (nanti check balik), katil hujung sekali,katil extra siap ad kipas stand sbab yela extra kan. hehe. Tapi xpela as long as dapat katil, n ward situ mmg berkipas je. Ok la tu, PAC sejuk gilerrr. Once dah masuk ward yg ada katil kita tu trus inform suami bawak barang utk bersalin, husband dibernarkan masuk walaupun pkul 10pm sebab baru dapat bilik kan


Gate untuk wad bersalin, pelawat nak masuk kena tulis nama. Ni masa tnggu husband datang lepas dapat bilik. Tu kipas stand, duk tepi tingkap. Depan tu toilet.  

 
Bila dah dapat katil, memang Doktor bagitau untuk INDUCE, sbab dah 40 weeks.

Masa ni bru betul2 dapat nak rehatkan badan n tido lena sikit. Tapi duk sebelah mak yang dah bersalin, anak dia jaundice n tido dlam incubator tpi kuat menangis. Memang xdapat tido la. Nurse n doktor pum dah inform yg Tiey kena Induce. Induce biasa dia buat 1x sehari, pkul 7am. So sementara nk tggu induce tu, Tiey jalan2 dalam wad tu, gi surau solat plus solat hajat sekali supaya dipermudahkan urusan bersalin. 

Then kemudian pkul 3am nurse panggil nama untuk check bukaan, sbab pkul 7am kena induce. Bila kena seluk dengar doktor yg sama, bukan doktor pakar tu so dia check bukaan 1cm. So dia pum kata haa ad bukaan dah sikit, ni sebab dia seluk2 bagi urut n cepat bukaan. Pkul 7am nanti kena panggil lagi utk induce. 

So Tiey gi sambung tido,then dalam pkul 4am (40WEEKS DAY1) rasa sakit perut lain macam. Sak it dia setiap 5 minit, tido pum xlena sangat. Sakit dia memang boleh tau tu REAL CONTRACTION, sakit 5 min, pastu berhenti 5 min, pastu sakit lagi 5min, on off non stop macam tu. 

Pkul 6am bangun nk solat subuh sambil layan contraction, masa nak solat tu tetibe keluar lendih darah banyak jgak la. Then pergi basuh pakai panty n solat macam biasa, cuma nak sujud atau rukuk tu time dia off contraction. Pkul 7am, contraction dah start 3 min on off (rekod pakai apps), call husband suruh datang klinik sebab rasa nk beranak dah. Masa ni suruh husband balik tido rumah sbab kesian kat dia asyik duk tido kat dalam kereta dari 30/9 lgi, ni dah nak masuk 2/10.

 Haa, breakfast dalam wad kelas sikit, dlam pinggan n cawan. Alhamdulillah dapat habiskan semua. 


Pkul 8am, breakfast roti jagung. Doktor datang siap kagum sebab semangat nye dia makan roti as breakfast. 8.30am kemudian datang breakfast meal, habiskan je makan even tngah sakit layan contraction 3 min tu. Makin lama makin sakit, pkul 9am macam tu ad buat ctg test routine so nurse check, kata contraction graph xkuat sngat. Bagitau kat dia dah start contraction 3 min, rasa sakit sangat. Rasa nk terberanak sangat dah ni. Tapi nurse kata biasa la tuuu.

Dlam 9.45am macam tu rasa sakit macam baby dah nak terkeluar sngat dah. Dah la dapat bilik hujung, panggil nurse nak terberanak dah ni sambil tahan sakit. 5,6x jgak panggil. Then nurse datang seluk kata bukaan dah 5cm n baby dah betul2 kat bawah sngat2 dah, nak keluar benor2. Tapi nurse suruh kepit kaki n jangan teran baby tu. Azab betul nk tahan

Makanya, nurse cepat2 suruh alih n pindah atas katil roda pastu tolak masuk dalam lif. Time ni lif penuh dgn org ramai, smua buat xnmpak. Sekali nurse kata patient ni nk beranak dah, please bagi laluan kat dia. Tapi masa ni boleh lgi senyum,acah2 kuat. Dah sampai bilik bersalin, yg bersebelahan PAC tu, nurse tggu kejap sblum bagi masuk sbab cleaner tngah cuci, bilik tu baru je kosong. Then dia letak dalam bilik bersalin n blah. Dia gtau kalau awk sakit sangat tekan button merah blkang tu.

Masa ni YA ALLAH, dah memang sakit sangat ni, memang nk terberanak dah. 2,3 minit kemudian nurse datang dgn doktor n call husband utk masuk bilik bersalin. Haa masa ni mmg kena push kaw2 la masa contraction peak tu. First time bersalin so xde pengalaman, nk teran pum xpandai. So nurse gunting episotomy la. Alhamdulillah 10.26am keluar my baby girl Aisyah Humaira, berat 2.94kg.

Lepas baby keluar tu trus nurse letak atas dada, skin to skin. Nangis, comel je. Masa ni Ya Allah leganya. Cuma part nk jahit luka ni memang azab betul lagi2 part nk jahit kulit tu. Tapi sebab anak ada atas dada tahan je sambil layan dia. 


Tukar bedung sebab dh kena poopoo
 


Lepastu nurse bagi air milo as energy booster. Lepas jahit, keluarkan uri ape n baby pum dh siap mandikan, timbang berat dia terus bagi (xde compilation). Then nurse tolak naik ward, sbab labor room patient lain nak pakai. Siap dapat goodies lagi, mostly free samples dari branded pampers. 

Husband pum boleh trus masuk ward, azankan baby :) 



Ni waktu melawat:


BERSAMBUNG.........(klik sini)






2020 New Life

Assalamualaikum w.b.t,

Just to inform to those yg still cari info pasal ptptn,cos biomolekul or ape2 bahan daripada blog ni I'm still alive. Alhamdulillah. Cuma blog je x diupdate, but comment still reply naaa. Sometimes, ada yang tanya benda yang sama kat bawah posting tu sbab malas nk baca the whole replies. So Tiey reply mana yg patut ye. Rajin2 la membaca ye wahai adik2 ku sekalian. 


InshAllah this year, nekad nk focus on blogging. Nak share pasal parenting hood, life, experiences and so on lah. Even join contest. Hope so la.

So mana2 yang nk tanya pape boleh la drop komen atau if penting sangat just email to fatihahazanan92@gmail.com

p/s: Pelan2 update blog ni. Teruk mak aihh