Assalamualaikum w.b.t,
Alhamdulillah dah settle jugak pasal PTPTN hari ni so sekarang permohonan sedang diproses. Semoga Allah permudahkan urusan sahabat2 perjuangan dan daku. Amin. Ok. Today Tiey nak share cara nak memohon PTPTN bagi lepasan Diploma (untuk Degree nanti) sebab ramai yang pening kepala macam mana nak settle benda ni. Tiey akan gtau step by step k. For those yang pernah apply masa diploma so still nak continue apply for degree ni caranya:
Sebelum tu korang kena daftar akaun SSPN dulu! Camner cara tu? Senang je. Ni haa korang pi bank seperti Bank Islam, Agrobank @ Maybank. Kalau Maybank korang daftar, 1 hari dah siap. Tapi lain pula Bank Islam@Agrobank mengambil masa 2 hari untuk proses akaun SSPN korang. So nak senang korang buat kat Maybank, tapi kalau nak lebih cepat dan ekspress korang buat kat pejabat PTPTN. Kalau kat Kota Bharu, pejabat PTPTN kat tepi bangunan Mara, kecik je sebelah restoran. So settle dah kan pendaftaran akaun SSPN. (Pembukaan akaun SSPN untuk permohonanan PTPTN pada 2013 adalah wajib)
Move the next step, permohonan online PTPTN. First korang kena masuk laman web PTPTN http://www.ptptn.gov.my/. Pastu follow step by step macam gambar kat bawah ni ye.
1st step: Klik petak "Laman PTPTN Online"
2nd step: Log in akaun PTPTN ( Korang pernah daftar PTPN time diploma dulu kan, so sekarang degree n just log in je )
Tapi.................Korang lupa kata laluan???Caranya just Reset Password ( Then new password will be sent on your email)Tapi................Email lama dah deactivated atau lupa password?? Baca step macam bawah ni ok.#Call ptptn pastu gtau masalah korang (Xdapat nak log in sebab lupa password. pastu xboleh nak reset password jugak sebab email lama dah deativated)# Then pegawai PTPTN akan tukar kata laluan korang kepada ic korang. Maknanya kalau korang log in, so no. ic sama dengan kata laluan. So, sekarang dah boleh log in kan.
Lepas log in> Klik senarai pedaftaran (Pastikan status tamat pembiayaan)
#Kalau status korang still "Dalam Pembiayaan" @ penolakan ujrah------> Korang call PTPTN lagi
---Nak mudah, ada 2 benda yang korang kena settle bila call PTPTN1) Tukar password ( bagi yang ada masalah password macam atas tu)2) Tukar status dalam pembiayaan ----------> Tamat pembiayaan
Bila korang status korang dah bertukar kepada "TAMAT PEMBIAYAAN", so korang boleh daftar untuk permohonan PTPTN untuk degree. Caranya macam gambar bawah ni
So, korang isi semua maklumat dalam tu. Ni haa, ramai student yang ada masalah bila sampai part "macam gambar kat bawah tu haa" sebabnya???
# Maybe korang bukak akaun kat Bank Islam @ Agrobank, Means that belum dapat pengesahan dari PTPN lagi. So korang tunggu hingga PTPTN verified korang punya SSPN akaun. Xpum call PTPTN pulak. ( Nak senang pi bukak akaun SSPN kat pejabat PTPTN)
#Pastikan Nama Institusi tu betul ( Kalau korang salah pilih Institusi, so kod program xkan keluar)
# Pilih Ijazah pertama sepenuh masa ( Degree)
So lepas korang isi semua maklumat penting, klik "YA" untuk hantar atau "TIDAK" kalau korang xsure better "TIDAK". Pastikan korang check 2, 3 kali tau sebab bila korang dah klik YA tapi borang xlengkap nanti korang kena beli no.pin baru la. Xpasal2 makin pening kan...So tu je lah tutorial nak mohon PTPTN untuk degree bagi pelajar lepasan Diploma. Harap dapat membantu. Xpaham sila tanya kat kotak komen bawah ni eah.