Ragam Pengguna Facebook

Assalamualaikum w.b.t,

Seperti yang kita ketahui, facebook adalah satu medium untuk merapatkan hubungan diantara mereka yang terdekat seperti kawan, keluarga dan juga sesiapa sahaja tanpa sempadan. Facebook menyediakan pelbagai kemudahan antaranya private message, chatting, posting, album gambar dan sebagainya. Dengan kata lain, facebook merupakan satu medium yang cukup sempurna dimana semua benda ada dalam tu. Bab kata Astro "Macam-macam ada" termasuklah ragam pengguna-pengguna facebook yang terdiri daripada pelbagai jenis. Korang sebagai "facebooker" mesti dah jumpa banyak spesies aneh dalam facebook ni kan?? Haa. alien pum ada jugak, update status kat bulan dengan bahasa yang aneh. Aiyooo.


Disini Tiey ingin kongsikan beberapa ragam pengguna facebook yang hampir semua orang dah jumpa dan agak meluat dengan diorang ni. So, diharap semua ragam-ragam yang ada kat sini xde pada anda semua yee.. Its totally annoying other facebookers!

1. Pengguna FB dari planet marikh.

Eah ada jugak pengguna fb dari planet lain eak. Ni alien ke ape? Pernah x korang jumpa spesies yang dikenali sebagai "alien" ni? Bahasa yang diorang guna entah pape. Sudah tentu format bahasa Malaysia tu salah, tapi ni memang xfaham langsung dan bila kita baca ayat diorang ni semua urat2 kat muka ni perlu bergerak-gerak kan. Agak2 boleh kena strok kalau baca ayat alien ni.



2. Artis Klon

Haa. Yang ni lagi lah ramai. Perasan diri tu artis lah sangat, well hot stuff. So, setiap saat dia update status hinggakan notification belambak pasal dia je. Haiyoo. Facebook isn't your diary life la. Even artis pum xde update status setiap saat sebab bz ngan keje. Kome?? Artis clon lah katekan.hihi


3. Menunjuk-nunjuk

Benda yang baik xperlu nak ditunjukkan tapi its ok kalau sekadar berkongsi kan. Tapi sometimes it quite annoying pengguna fb lain. Contohnya, tunjuk2 baik kat fb, alim-alim kucing dan sebagainya. Even we need to think positive, "Maybe dia nak berubah kot" atau "Memang budak ni rajin" atau "Mencari publisiti murahan"?? Tapi patutkah statement sepeti ini dikeluarkan?



4. Keyboard Warrior

Haa. Yang ni mesti ramai kan. "Keyboard Warrior" bukanlah satu istilah baru yang korang dengar, tapi benda ni dah wujud sejak wujudnya fb dimana mereka ni, para-para facebookers yang memang berani bab post diorang punya statement tapi hakikatnya si pengecut. Pengecut sebab? Gambar default picture ataupun gambar empunya tuan fb xde, so sedaplah dia mengata kat fb tu sebab xde sape yang kenal kan. Dengan kata lain, "mulut lancang" sedap berkata2. Hari2 update statement harimau tengok pum takut.huhu


5. Penceramah bebas Facebook

Penceramah bebas atau dikenali sebagai Ustaz/Ustazah Google merupakan facebookers yang berasaskan panduan google ataupun sumber wikipidea sahaja. Contohnya macam situasi bawah ni.



6. Likers tegar

Ia merupakan pengguna facebook yang ketagih akan "like" kerana setiap like membantu anda jadi ratu facebook. Xgitu? Even statement dia sendiri dia like bagi menambahkan lagi "likes" kat statement dia, konon2 nya nak tunjuk yang dia ni femes. Tapi ada jugak yang jenis suka mintak "like". Entahlah xtau apa function likers tegar ni.


So tu jelah yang sempat Tiey kongsikan jenis ragam-ragam pengguna Facebook. Hakikatnya banyak lagi jenis2 ragam pengguna fb dan xmustahil sampai besok pum belum habis kalau nak senaraikannnya semua. Tujuan utama Tiey kongsikan "ragam pengguna fb" bukanlah niat untuk mengaibkan para facebookers. Maaf sekiranya ada yang terasa. Ikhlas hati ini untuk berkongsi tentang cara beretika dalam laman sosial. Bukan setakat kat rumah, sekolah dan tempat awam je kita perlu beretika, tetapi kita juga perlu beretika semasa menggunakan laman sosial. Ini kerana bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku seperti megeluarkan statement ugutan, racist, melukakan hati orang lain serta mengganggu kesejahteraan mereka.

Antara etika yang perlu dipraktikan semasa menggunakan laman sosial adalah: 
-Berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara. 
(Adakah statement yang ingin dikeluarkan tu xmenyinggung perasaan semua pihak) 
-Privacy
(Pastikan perkara2 peribadi tidak diceritakan dalam laman sosial) 
-Menghormati pengguna laman sosial lain
(Jangan sesekali menggunakan kata2 yang kasar, mencarut kerana laman sosial adalah public, so semua pengguna dari semua age level membaca statement anda) 
-Masalah perlu diselesai bukan cara menulis atau posting ke dalam laman sosial 
-Kurangkan penggunaan laman sosial sekiranya anda tidak mampu beretika

Sedikit perkongsian tentang 'Ragam Pengguna Facebook". Adakah anda salah satu daripada mereka??





8 comments:

  1. Hehe, kadang-kadang memang annoyed dengan ragam-ragam facebookers tu. So, senangnya saya malas nak bukak FB dah. Jarang-jarang je bukak. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahla, masing2 punya perangai. Sabo je lah kita.

      Delete
  2. Replies
    1. Thanks. hehe. Biasalah ragam2 pengguna memang pelik kan.

      Delete
  3. masing2 nye perangai..tb ade fb pn jarang dkt sane..mmg mls skg..more better any update dgn blog je..be more a simple life. ;0

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Tula pasal. Kdg2 malas nak bukak fb sebab malas nak layan spesies macam ni.

      Delete
  4. hahahha suka post ni.
    btw, ni kira kategori okay lagi,
    sekarang ni semua nak letak pics songsang
    nauzubilah , minta dijauhkan dari kita .
    amin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi. Yup so true, even non ethical but it much better than posting benda yang memang nyata haram. Nauzubillah min zalik. Mintak dijauhkan. Amin :)

      Delete

Terima Kasih sudi datang ke blog fatihahazanan92@blogspot.com
Komen anda sedatang ditapis, sila tunggu kejap ye 😘