Wednesday, 2 August 2017

Permohonan Academic Transcript Sebelum Konvo

Assalamualaikum w.b.t,

***Entry diperam since bulan 5 2018*** Now baru release 😅😅😅
Jari jemari rajin nak menaip step by step untuk permohonan Akademik Transkrip. Kat sini fokus untuk student degree UiTM Shah Alam sahaja. Mana2x UiTM pum boleh since permohonan akan dibuat kat bangunan pengurusan konvokesyen UiTM Shah Alam. 


Dah habis degree, tapi nak apply keje guna degree?? Tapi official transkrip xde lagi sebab konvo 10 bulan lagi- Habis belajar degree 29/1/16? Pehhh lama kena tunggu kan! Nah permohonan academic transcript boleh dipohon even anda belum konvo lagi THRU POS....Jika korang dekat je dengan bangunan SAAS, sebelah Fakulti Sains Gunaan (FSG) korang gi je apply + kena tunggu 5 hari! Kalau yang print out biasa2 (kaler putih) je boleh je but still kena bayar RM10. Xberbaloiii..

So ni haa step dia....First: 
-----------------------------------------------------------
Make sure keluar result final exam untuk last sem + lulus semua baru boleh mintak akademik transcript ni! 
*** Actually ada 2 approach utk apply benda ni, tpi kita fokus on no 2 macam gambar bawah ni since no. 1 tu still new and I dah try tpi bill x generated kat bank atm (Rupanya masuk dalam sistem bayaran tapi transkript xsampai weh, time konvo baru tau sbab ad hutang yg ni la RM25 😈😈)

BILA DAH KLIK,automatik  dia akan download borang permohonan akademic transript macam bawah ni
----------------------------------------------------------
Second:
Isi borang semua tu, kalau korang nak post so klik by mail not in person

Third:
-----------------------------------------------------------
POS MALAYSIA
Pegi kat mana2 staf pos situ gitau nk mintak borang wang pos macam bawah ni....

Isi bahagian * maklumat wakil + maklumat pengirim (Maklumat anda)
Settle gi  ambik no. tekan BUTANG D (Pelbagai) bukan A, B, C yang tu untuk bayaran SAHAJA!! Sebab salah tekan haritu. muahahah :D

** Lepas smpai turn korang bagi borang Wang pos yang telah siap d-isi tuuuu + duit RM10 + 60 sen gst = RM10.60

NEXT
..............................................................................
Staf pos akan masukkan details maklumat korang & bagi wang pos macam baucer bawah ni haaa


Settle tuu...........
Pegi kat meja kosong and isi wang pos.

BAYAR KEPADA: BENDAHARI UITM SHAH ALAM

Pastu kat belakang wang pos korang isi maklumat korang........
(Sebelah kiri kecik tu potong untuk simpanan korang) macam gambar bawah ni

NEXT
--------------------------------------------------------------
Beli sampul ekspress size A4 yang berharga RM5.80 pastu masukkan wang pos atas ni yang telah di isi + borang permohonan akademik transkrip yang donwload dan d-isi sekali tauuu...



FINALLY
------------------------------------------------------------
Masukkan dalam pos ekspress box + berdoa agar sampai dengan selamatnya...

Hope membantu, serius memang detail I explained kat korang ni. Ok, byeee
p/s: Sbulan lebih baru sampai benda alah ni 😯

No comments:

Post a Comment

Thanks for do visit this blog. Please wait for comment moderation from me okey :)