Tuesday, 15 October 2013

Science Biomolecule UiTM

Assalamualaikum w.b.t,

Disebabkan terlampau banyak request dan persoalan tentang cos "Sains Biomolekul" so Tiey create this entry dengan tulus ikhlas agar ia dapat membantu saudara dan saudari. Untuk pengetahuan saudara dan saudari kursus "Sains Biomolekul" merupakan program sepenuh masa selama 3 tahun bagi lepasan matrik/asasi, 2 tahun setengah bagi lepasan Diploma sains dan 2 tahun bagi lepasan Diploma Teknologi makmal perubatan yang dijalankan di UiTM Shah Alam ini memberi tumpuan kepada kajian biomolekul dan aplikasinya (bidang sains yang menjadi asas kepada bioteknologi moden). 

Our official logo Biomolecule- UiTM Shah Alam


Program ini menggabungkan pengetahuan asas dalam bidang biologi sel, biokimia, genetik dan kemahiran makmal dalam biomolekul bagi menyediakan pelajar dengan asas yang kukuh sebagai langkah persediaan ke arah R & D bioteknologi. Beberapa mata pelajaran elektif dalam pengurusan perniagaan, pemasaran dan IT juga disediakan untuk meluaskan skop mahasiswa. Mahasiswa akan didedahkan dengan latihan industri di agensi awam atau swasta selama 3 bulan sebagai pendedahan kepada alam pekerjaan. Graduan juga boleh melanjutkan pengajian mereka pada peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah untuk menjadi kumpulan profesional dalam bidang tersebut bagi memenuhi keperluan tenaga kerja semasa.

PROSPEK KERJAYA: Graduan bagi program ini mempunyai skop kerjaya yang luas di dalam bidang bioteknologi, farmaseutikal dan kesihatan, di antaranya: 
  • Pegawai Penyelidik 
  • Pensyarah 
  • Guru Biologi 
  • Pegawai Sains 
  • Pegawai Kawalan Mutu 
  • Pengurus Syarikat/Projek 
  • Ahli Korporat 
  • Usahawan Perunding

Ni merupakan subjek keseluruhan yang perlu diambil bagi semua pelajar dari semester 1-6.  
(Click on image to enlarge)



Tapi bagi pelajar lepasan Diploma macam Tiey, anda mendapat "pengecualian kredit". Ini bermakna subjek2 yang pernah diambil semasa diploma dulu tidak lagi diambil semasa degree dan anda terus lompat masuk ke semester 2. Memandangkan Tiey merupakan batch yg leading "OBE" so UiTM masih blurr dan blank lagi untuk memberi pengecualian kredit untuk subjek tertentu memandangkan code subjek diploma & degree x samakan. Sebarang perubahan akan Tiey update.

Subjek yang perlu anda ambil, starting from semester 2-Bagi lepasan Diploma Sains
(Click to enlarge, sorry if the image is quite blurr)

Based on image above, yang Italic + kaler merah korang kena pilih (subjek elektif). Tapi bagi semester 5 korang kena pilih 2 daripada 4 pilihan tu. Overall of subjects, korang boleh buat andaian sendiri la kan betapa mencabarnya subjek ni. Xgituu?? Honestly subjek ni agak mencabar tapi dengan ketekunan, usaha yang jitu Insha'Allah tiada yang mustahil. Apa yang penting peluang pekerjaan course ni sangat luas! Belajar memang seronok giler. Apa yang menarik dengan cos ni, iaitu subjek yang diambil. Semua related each other. Jika korang belajar Microbe, so a few topic is related too in Genetic subjek. Conclusionnya, anda telah membuat pilihan yang paling terbaik. Cos ni sangat specific so mudah nak cari kerja dan belajar pum sama, bioooology. Xde fizik dan seangkatan denggannya. Cuma semester 2 je korang kena ambil subjek Biochemistry, alah macam Inorganic & organic je. ecece.

At the last semester, anda perlu melibatkan diri dalam "Industrial training". Based on my senior, diorang gtau yang kita buat praktikal time semester 6 lah tu kan, tapi kena belajar jugak a few subjek yang kemungkinan diambil semasa semester break before masuk semester 6. Walaubagaimanapun, wait for my further news la pasal benda ni kerana kemungkinan ia akan diubah sebab kami leading OBE dengan kata lain tikus makmal. Haiyoo. Kasihan kami T.T. Insha'Allah Tiey akan update pasal cos ni dari semasa ke semasa. Sebarang pertanyaan anda semua boleh contact Tiey kat sidebar "Contact me" ada kat bahagian kanan tu ye. Tq sudi singgah baca entry yg panjang lebar ni. Ikhlas untuk anda :)


More info pasal subjek yang korang ambik untuk each Semester:





Untuk adik2 jenior yang dapat sini jemput menyapa Tiey ye. Keep in touch between Junior and Senior ye.
Nak lebih rapat lagi, email Tiey:  trunkgesz@gmail.com
Notes dan kasih sayang akan diberikan. hehehe :)

36 comments:

  1. fuyyoo. btw, sis taw sis menang contest cerita raya by dressuana? dah tuntut hadiah?

    ReplyDelete
  2. Eak. xtau pum. Nanti Tiey nak check. Thanks for the info :)

    ReplyDelete
  3. sis..kalau dari dip. sains mmg tros msuk sem2 ea?ke tgok gred jgk utk subjek tu klau nk transfer kredit.konfius.heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya dapat minimum C dah boleh transfer kredit, so terus masuk sem 2.

      Delete
    2. emm.nk tnye lg.haha ade kwn kta biomole lg susah drp medic.btol ke?

      Delete
    3. hehe. Tanye je dear. Hurm, xsure la sebab xtau camner belajar medic. Honestly cos ni agak susahla. Belajar genetik (major). Dapat ANC pum xramai. Tapi, lain org lain cara. Maybe kita boleh?

      Delete
    4. kan..tp mcm takot nk amik course ni.btw thnks.hee

      Delete
    5. Adik try consult ngan lecturer. Sis buat pilihan ni lepas consult ngan lecturer sebab Tiey suka more to research so lecturer suggest pilih kos ni. X pum try buat solat istikarah :)
      Most welcome :)

      Delete
  4. Assalam kak, sy lepasan asasi sains uitm. Nak tanya, kalau pointer below 3.00 ade peluang x utk dpt kos ni? Ade x student sbelum ni yg dpt pointer below 3.0 tp dpt kos ni? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkmsalam. Pointer below 3.00 bagi lepasan matrik atau asasi akak xsure la dik samada berpeluang ke x sambung dalam kos ni. Hurm, akak lepasan diploma uitm dan cgpa untuk sambung degree in science biomolekul is 3.40 above. But, why not kalau adik try :)

      Delete
  5. Salam. Sy bru dpt result upu utk degree. Sy dpt kos di UMK yg sy x mohon dan x minat langsung. Sy nk sgt2 ambik kos biomole uitm. Ape prosedur kalau nk buat rayuan terus ke uitm ye? Perlu ke sy jumpe dekan? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkmsalam. Ouh ye ke dik. Hurm, Akak xsure plak. Hurm, kalau adik betul2 nak cos ni try jumpa dekan. Lg elok kalau adik ada saudara mara yg link dgn uitm.

      Delete
  6. Assalamualaikum kak :) Alhamdulillah result upu haritu saya dpt course ni di uitm s.alam. Mmg tak sangka langsung akan dpt course ni. Saya search info kat internet pastu terjumpa blog akak. Hmm...saya tak confident boleh buat T_____T lagi lagi chemistry saya weak. Tak tau lah mcm mana boleh dpt course ni... Any kata kata semangat kak? :'/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkmsalam. Wah tahniah dik. Congrats dear. Bertambah junior kos ni. hehe
      Nanti kita jumpa kat kampus ye. Boleh akak jd tour guide dan gtau serba sedikit penerangan pasal cos ni based on my experience. Insha'Allah boleh dik. Akak pum sama macam adik jugak time sem 1 haritu, rasa macam susah giler subjek ni. Honestly, quite challenge tp kalau adik betul2 fokus, study on time Insha'Allah adik boleh.

      Yang chemistry tu bukan pure kimia sangat pum. Dia lebih kepada proses kimia dalam badan contoh Krebs cycle, glycolysis. Adik boleh :)

      Delete
  7. salam kak, saya sama mcm akak lepasan dip sains dan dpt degree course sc biomolecule,6 sept ni saya masuk, saya nak tnye, mcmana nak confirmkan yg sbjct tu kita bole buat pngecualian credit ya? nanti dorg akan trangkan mngenai course ini ya? sbb mse register course online, smua subject keluar.. so saya confius nk register yg mana. hee tq kak,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkmsalam. Ouh, congrats my dear and welcome to Biomolecule team :)
      Don't worry dik, nanti kp akan gtau ape yg patut adik ambik dari 1st sem until last sem. Xpyh daftar cos lagi, nanti dah dapat taklimat dan penjelasan dri kp baru adik boleh daftar cos ye.

      Delete
  8. salam sis..saya rasa nk mntk kos nie sbb saya mmg mnat biologi tp rmai yg ckp kos nie susah..huhu..rmai x senior yg kena repeat??btw jumlah jam kredit keseluruhan kos nie brape sis??tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkmsalam Dik Hanis. Insha'Allah kalau adik betul2 minat biology major dalam "menghafal" rasanya xde masalah. Senior repeat? Xsure. Tp, batch akak satu kelas tu xde pum yg repeat. Kalau batch bawah akak 3 org je. Ada je junior dapat cgpa 3.9++, kalau dia boleh knp adik x kn?

      Insha'Allah kalau adik betul2 pulun conpem success punya :)

      Delete
    2. owh..okey..thank kak..akak bnyk mmbntu..smoga akak berjaya nnti yer..:)

      Delete
    3. Most welcome dik. Amin :)
      Adik pum sama, semoga berjaya didunia & akhirat :D

      Delete
  9. salam akak. ure my senior la !!! sy pon student dip sains uitm chendering jugak. now tgah isi penerapan degree. ingat nak msuk kos biomolecule nie. tp rmai yg ckp susah. even lecturer chendering pon ckp susah gak, dlema skg . akak cerita la cket your achivement spaya dpt yakin dgn kos nie :)) akak ad dpt biasiswa tak ? tk . :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkmsalam. Ouh my junior. hehe. Hurm, honestly cos ni quite challenging la. Tp, ade je yang dpat 3.9++ means adik boleh! Achievement akak? Not too excellent tp Alhamdulillah dengan apa yang akak usaha. hehe. Yup, akak dpat biasiswa jpa. Kalau nak keep in touch adik try pm akak kat fb, nanti akak bg no whatsapp eak :)

      Delete
    2. ouh okay. InsyaAllah will keep in touch with you soon. thank you akak :))

      Delete
  10. thank you for the info~ saya nak tanya arabic tu mmg subjek wajib ke? boleh tak tukar dengan bahasa asing lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Most welcome. Tu bahas ketiga, boleh je nak ambik bhs lain. Contoh yang ditawarkan di UiTM Shah Alam bahasa German, Korea, Jepun, Mandarin, Thailand etc.

      Delete
  11. Salam kak, sy bru abis dip sains kt jengka April 2015 lps n sdg tunggu result upu kluar, klu cgpa above 3.00 betul2 agak2 ada harapan x nk dpt kos ni, coz sy mmg minat gler dgn kos ni,

    ReplyDelete
  12. Salam kak. Sy bru dpt offer course ni. Nak tnya akk ada xnota course ni? nak mnta emel akk sekali blh? sbb sy dh cuba emel guna emel yg atas tu tp akk xde reply pun.

    ReplyDelete
  13. Akak...boleh x saya nak tau buku apa yg dipakai utk kos ni??

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum,kak. Nak tanya, course ni slalunya ramai x students?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkmsalam. Kalau ex diploma sains or ex microbiology dlam 20 each batch la. Nanti sem 3 korang akan sekelas dgn x microbiology. So total satu kelas ramai jugak. Tpi depend atas intake. Kalau ramai intake maka rmai la 1 kelas. BTW, ex asasi dgn ex diploma dia asingkan kelas 😀😀 sbab diorang start sem 1 meanwhile ex diploma start sem 2/3

      Delete
  15. salam sis....industrial trainining dekat mane je kalaw ambil kos ni???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkmsalam. Bnyak je tmpat internship utk cos ni. Contoh hospital (department pergigian, histology, genome centre, hematology, pathology, forensik n etc), veterinar, pusat agensi nuklear negara,forensik polis department, lab kilang n bnyak lgi 😀😀

      Delete
  16. assalam. akak, saya solehah.. dip sn. skrg tgh tnggu utk penerapan uitm. saya nak tnya, utk course ni.. apa beza antara course biomolecule n biomedic ya?

    ReplyDelete

Thanks for do visit this blog. Please wait for comment moderation from me okey :)