Salam Takziah Buat Mereka :(

Assalamualaikum w.b.t,

Selamat petang semua dan terlebih dahulu Cik Tiey nak ucapkan Selamat menyambut nisfu syaaban kepada seluruh umat Islam. Alhamdulillah syukur kepada Illahi kerana kita diberi peluang untuk menyambut Ramadhan yang barakah dalam masa 15 hari lagi kan. Tapi, buat saudari Sumaiyah Bt Romli yang belajar di Universiti Kolej London, Jordan telah kembali kerahmatullah kerana kemalangan pada 21 Jun 2013 (Jumaat) antara jam 5.00 - 6.00 petang, waktu Jordan, bersama dengan 4 sahabat lain . Ini kerana kenderaan jenis pacuan 4 roda yang dinaiki oleh mereka telah terbabas dan terjunam ke dalam gaung di jalan antara Petra dan Aqabah kira-kira 320 KM dari Amman, Jordan. 

Mangsa yang meninggal dunia (Sumaiyah Binti Romli) mengalami kecederaan serius pada bahagian kepala dan belakang tengkok. Kesemua mangsa kemalangan telah dibawa ke Hospital Queen Rania Abdullah, Petra, Jordan. Jadi, marilah sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah untuk beliau dan bedoa agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin


Mangsa-mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut:

1) Sumaiyah Binti Romli (Meninggal Dunia) 
Universiti Kolej London. 
Tahun 1. 
Tajaan : Jabatan Perkhidmatan Awam 
Pengkhususan : Astronomi Fizik. 
Asal : Kedah. 

2) Nur Ili Dayana Binti Mazlan@Masgelan (Cedera) 
London School Of Economy. 
Tahun 4. 
Pengkhususan : Ekonomi. 
Tajaan: Bank Negara. 
Asal : Perak. 

3) Mohamad Shukri Bin Alias. (Cedera Parah) -Pemandu- 
Universiti Yarmouk 
Tahun 3 
Pengkhususan : Pengajian Islam. 
Tajaan : Persendirian. 
Asal : Kelantan. 

4) Muhammad Nazirul Mubin Bin Nasruddin (Cedera) 
Universiti Yarmouk 
Tahun 3. 
Pengkhususan : Ekonomi dan Perbankan Islam. 
Tajaan : Jabatan Perkhidmatan Awam 
Asal: Kuala Lumpur 

5) Humairak Binti Ibrahim (Isteri Muhammad Nazirul) (Cedera dan Keguguran Bayi) Universiti Yarmouk 
Tahun 3 
Pengkhususan : Ekonomi dan Perbankan Islam. 
Tajaan : Persendirian. 
Asal: Kelantan.


Sumbangan diperlukan untuk saudara Mohamad Shukri Bin Alias

Mohon doa dan solat hajat untuk Saudara Mohamad Shukri b Alias, yang dikhabarkan kritikal. Beliau dalam usaha untuk dipindahkan ke hospital di Amman daripada Hospital di Petra untuk rawatan segera. -Kos rawatan beliau mencecah sehingga JD 2000 atau RM 10 000. -Kami memohon jasa baik bantuan daripada kenalan-kenalan di Malaysia atau sesiapa sahaja yang sudi untuk membantu menghulurkan bantuan. -Sumbangan bolehlah disalurkan ke akaun : Salsabila Al Mardiah Binti Mohammad Yunus (Timbalan Bendahari MPMMJ)
Akaun Maybank : 1630 4627 8572 .


3 comments:

  1. salam..moga roh arwah dicucuri rahmat..amin..

    header saudari tlah siap..boleh ambil di sini -->
    http://4.bp.blogspot.com/-z5McjxS_8us/UcqVKW5-FSI/AAAAAAAAC3g/mvyntrVzv58/s1600/blogtie.png

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi datang ke blog fatihahazanan92@blogspot.com
Komen anda sedatang ditapis, sila tunggu kejap ye 😘