Assalamualaikum
w.b.t,
Haish,
duk kat rumah ni rasa malas sangat jari jemari nak menaip untuk new entry. Hye.
selamat petang semua! Hari ni Cik Tiey nak bersembang pasal minuman petang yg
dah tertulis kat atas tu "Air Halia+Madu+Telur Puyuh"! Korang pernah
minum x Air halia ni?? Xkan xpernah kot, time2 perut korang tu buncit bagai
tembikai sebab penuh dengan angin dan solutionnya korang ambik HINO Halia
kan2?? Semestinya!! Pasti korang start la melepaskan bom2 atom yang harum
tu.huhuhu. Kalau korang xpenah minum xpela, meh sini Cik Tiey nak galakkan
korang minum lepas korang baca entry ni.hehehe
First,
korang kenal x halia tu ape? Xkan la kot xtatau. Ni mesti korang pandai je
makan makanan yg dh siap kan. Oit. pemalas betul.hehehe. Halia atau nama
saintifiknya Zingiber officinale mempunyai banyak khasiat antaranya pada
bahagian rhizome (root-like) yang mana dapat merawat penyakit banyak angin
dalam badan, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, muntah,
cirit-birit, disentri, asma, sakit perut, reumatisme dan banyak lagi. Halia
ternyata mempuanyai nilai perubatan yang tinggi, kerana tumbuhan ini disebut
dalam Al-Quran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud
"Dan mereka dalam Syurga itu, diberi dari sejenis minuman yang campurannya
dari zanjabil (halia)".
Manakala
kelebihan madu yang sudah pasti diketahui oleh orang ramai. Sabda Nabi S.A.W.,
"Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan
memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang
itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar
darinya. "Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu setiap pagi ketika
perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan.
So,
ape kaitan kelebihan air campuran ni dengan telur puyuh? Telur puyuh merupakan
sumber protein terbaik iaitu 100 gram telur puyuh mengandungi 13.05 gram
protein, tinggi lebih sedikit daripada telur ayam atau itik walaupun saiz
telurnya agak kecil Kan kecil2 cili padi.hehehe Salah satu kelebihan protein
telur puyuh jika dibandingkan dengan haiwan lain adalah daya cernanya yang
sangat tinggi. So, minuman ini
berkhasiat bagi mengatasi masalah kembung perut, sakit perut, sakit
pinggang dan sakit belakang serta melegakan sengal-sengal otot dan pada masa yang
sama memanaskan badan.
Aish.
entry ni macam nak promote minuman ni je. hehehe. Xdela, just nk share je.
Sharing is caring kan. :)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi datang ke blog fatihahazanan92@blogspot.com
Komen anda sedatang ditapis, sila tunggu kejap ye 😘