Assalamualaikum w.b.t,
Sape sini suka minum air soya? Especially brand Vsoy ni? Cik Tiey nak belanja minum!hehehe. Susu soya Vsoy sememangnya sangat2 sodap diminum dan rasanya seakan-akan air horlick yang agak pekat. Kalo minum air ni time dahaga memang best gler! First time minum, Cik Tiey tertanya2 apekah ini sehinggakan ia menyebabkan Cik Tiey ketagih untuk mendapatkannya.
Tetapi! Disebalik kandungan yang ada pada soya tu menyebabkan Cik Tiey mengurangkan kadar pengambilan minuman ni. Korang tau x sebenarnya soya ni ada baik dan buruk nya?? Tapi kita selalu digempurkan dengan kebaikan soya terhadap badan kan! Hakikatnya soya tu mempunyai lebih banyak keburukan berbanding kebaikannya. Antara keburukan nya, boleh menyebabkan kanser disebabkan oleh kandungan goitrogen
yang mengkibatkan fungsi tiroid menjadi lemah. Ia boleh menyumbang kepada
peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.
Teringat kata2 seorang guru Cik Tiey dulu, beliau kata dalam tubuh badan manusia dah ada sel kanser, tapi cara pemakanan tu lah yang akan menentukan samada sel kanser aktif ke x. Tapi berdasarkan dari apa yang telah Cik Tiey belajar, kanser sel adalah sel-sel badan yang rosak disebabkan oleh virus, bakteria dan seangkatan dengannya. Manakala kebaikan soya ialah kandungan bahan kimianya yang bernama isoflavone. Isoflavone pula merupakan
komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous,
mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko
penyakit jantung. Walaubagaimanpun, kandungan isoflavone ni susah diekstrak dari kacang soya.
So, pandai2 lah kita berfikir samada kita patut meneruskan dalam pengambilan soya? Terutamanya nak melepaskan minuman Vsoy yang enak dan sedap ni. Tapi disebabkan kesihatan, so let we trust on this quote "Prevention is better than cure:. Ok baiii.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih sudi datang ke blog fatihahazanan92@blogspot.com
Komen anda sedatang ditapis, sila tunggu kejap ye 😘