Nasi Ulam Kampung Kraftangan Kota Bharu

Assalamualaikum w.b.t,

Kepada pengemar2 nasi ulam, Cik Tiey nak suggest satu tempat yang semestinya anda sebagai pelanggan akan berpuas hati! First time pergi makan ngan siblings, sebab Cik Tiey yang merupakan pengemar tegar ulam2 dibawa kesini. Lepas order, then makan pastu bayar. Wah! Terkejut giler sebab murah sangat2. Dah la kiteorang ambik banyak laut, ayam, ikan keli goreng, ikan patin pastu nasi bertimbun2 dalam pinggan, budu, ulam-ulam dan satu jug air sirap. Total semua RM30 inggit je! Lepas tu sokmo je lepak kat sini.hihi

Kalo kat Kelantan, tempat yang femes ngan nasi ulam biasanya kat Kampung Kraftangan, sebelah istana kota lama Kelantan dan yang satu lagi Nasi Ulam cikgu kat Taman Orkid, Padang Tembak. For those, especially yang nak melawat Kelantan pastu jenis yang pengemar nasi ulam, korang boleh la try kat sini. Memang puas hati! Biasanya, pukul 2 petang tu hampir semua lauk pauk dah habis disapu oleh customer derr. So, kalo korang xnak bersedih jika lauk dah habis, pastikan korang datang awal tau. Kalo korang terlampau datang awal, pastu makanan belum masak lagi, korang boleh cuci2 mata kat kawasan kraftangan tu. Cantik giler! Bolehla melawat Istanan Kota Lama Kelantan :)

#Biasa traffic jem kat kedai tu time2 nak pukul 12tengahari, time staff2 nak lunch. Berebut la jawabnya dan beratur panjang la! So, thats all untuk entry yang Cik Tiey nak kongsi. :)










No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi datang ke blog fatihahazanan92@blogspot.com
Komen anda sedatang ditapis, sila tunggu kejap ye 😘