Friday, 14 December 2012

ASSALAMUALAIKUM w.b.t,

Salam jumaat kepada seluruh umat ISLAM serata dunia. Hari jumaat hari yang paling mulia disisi ALLAH kan dan ia merupkan penghulu segala hari. Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).

” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat.

Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita (Alhamdulillah,negeri pantai timur memberikan cuti umum pada setiap hari jumaat kerana kelebihan jumaat kpd umat Islam tu amat bnyak). Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani. ALLAHURABBI,kelebihan kepada kita sebagai umat Rasullah s.w.t.

Hari ni bukan nk bg ceramah @ pape,tp cuma nk share la sikit al-kisah hari jumaat yg biasa kita set on our mind ialah solat jummat kan yg mana wajib utk org lelaki sahaja mengikut mazhab syafie. Saya amat terkilan la dgn seorang bdak ni sbab ceteknya pemikiran bab2 agama. Bukan niat sy disini nk mengaibkan si dia, tp sekadar berkongsi kerana kita sbgai al-insan ni mmg xperfect.justeru ap yg salah tu kita perbetulkanlah ye.



Macam ni ke budak2 zaman skrg? khutbah xnk dngar sdngkan khutbah tu merupakan rukun solat jumaat. Andai kata smbhyang jumaat,tp xckup rukun solat jumaat smua tu sia2. Jadi marilah kita beramal sbab ada lg yg masih xphm & xjelas psal solat jumaat ni kan.


Sembahyang solat jumaat ni bnyak kelebihan, antaranya drp sabda Rasulullah : “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W  mengutuskan  malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.
Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.

Jadi sy nk share video ni dan pd diri saya tidak mustahil smua ni boleh berlaku dengan kekuasaan ALLAH.


No comments:

Post a Comment

Thanks for do visit this blog. Please wait for comment moderation from me okey :)