Saturday, 15 December 2012

Kelebihan Surah Al-Mulk

Assalamualaikum w.b.t,

Hari ni sy juz nk berkongsi kelebihan membaca surah Al-Mulk kpd all of my readers dan juga utk menambah pengetahuan agama kepada diri saya sendiri. Seperti yg kita tahu pahala membaca al-quran mmg bnyak kan, jadi marilah same2 kita mengalunkan bacaan ayat suci al-quran dimana2. In sha ALLAH, perjalanan hidup kita di atas muka bumi ALLAH ni sentiasa berpegang kpd tiang yg kukuh.



Tanpa membuang mase, ni diantara fadhilat2 membaca surah al-mulk ye kawan2:

1-Mendapat Syafaat

  • Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di dalam al_Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk.”
2-Menyelamatkan daripada seksa kubur
  • Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.” 
3. Hati Beriman
  • Rasulullah SAW bersabda: “Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman.” (iaitu setiap muslim hendaklah mempelajarinya dan membacanya dengan istiqamah).
4.  Mendapat Keistimewaan
  • Saiyidina ‘Ali berkata: ”Sesiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yangcantik seperti nabi Yusuf.” 


##ALLAHUAKBAR...Banyak fadhilat2 membaca surah Al-Mulk ni ye, jadi marilah sama2 kita renungkan & beramal termasuk sy sendiri. In sha ALLAH.



No comments:

Post a Comment

Thanks for do visit this blog. Please wait for comment moderation from me okey :)