Korang ade dengar x pasal kepala air? Ni tiey nk share untuk pengetahuan diri sendiri & juga untuk anda semua sebagai langkah keselamatan terutamanya bila nak p mandi kat kawasan2 sungai, air terjun dan yg berkaitan.
Daripada Wikipedia,
ensiklopedia bebas.
Kepala air atau sumber
sungai bermaksud punca aliran air dalam kuantiti yang besar mengalir dari hulu
sungai atau air terjun ke sungai utama. Lazimnya, ia berpunca daripada hujan
lebat yang berlaku di hulu sungai. Aliran air ini apabila
hujan sangat besar dan deras dan boleh membawa segala macam kelodak, batu dan
kayu balak. Selain itu, ia akan merempuh apa sahaja halangan di hadapannya.
Langkah keselamatan dan tanda-tanda awal
kejadian kepala air antaranya:
*Keadaan langit gelap di
bahagian hulu sungai (kawasan puncak bukit) disertai dengan bunyi guruh yang kuat.
*Bunyi dentuman gerakan
batu-batan atau air dari hulu sungai.
*Air sungai berbuih dan
meningkat secara tiba-tiba (kelodak, daun reput atau ranting kayu muncul dengan
banyak di permukaan air).
*Siren amaran berbunyi
(di sesetengah tempat sahaja, seperti di kawasan Air Terjun SekayU, Lata
tebakah & dl).
Ce korang tengok video
ni, YA ALLAH takutnya. Tapi, siapalah kita ni, ajal maut ditangan ALLAH , kalau ALLAH izinkan kita
mati camtu dh memang ajal kita dah sampai kan. Nauzubillahminzalik, semoga
ALLAH sentiasa menjaga kita & org yg tersayang. AMIN
#####Kepala air yg berlaku kat Latar Payung, Terengganu
####Kepala air yg berlaku kat India
Subhanallah. Malang xberbau, tapi ajal maut ALLAH dah tentukan. So, better avoid drp mandi time2 hujan kuat.
ReplyDeleteYup, kalau nk mandi pum kena lebih berhati2 la. Make sure kita follow langkah2 keselamatan. Tapi kalau nk terjadi pum nk buat camner, ALLAH dah izinkan. Kita sebgai hamba kena reda dgn ketentuan ALLAH :)
DeleteOh gituu. So, beware lah kpd sesiapa yg water-like especially budak empunya blog ni. hehehe.
ReplyDeleteHehe. Cik Tiey biasa mandi kat swimming pool ;)
Delete