Berubah Ke arah yg Lebih BAIK

Assalamualaikum w.b.t,

Selamat malam cik Tiey ucapkan kat smua! Dah tido ker? Macam mane cuaca kat tempat korang? Tempat cik Tiey ni, Chendering Kuala Terengganu sedang dibasahi titisan air dari langit yg sentiasa membasahi bumi. Cik Tiey xpasti la dengan cuaca sekarang ni, xboleh nk ramalkan. Bumi sudah diamah usia, dh tua. Tulah ungkapan yg selalu kita dengar kan. Tp, tu mmg betul! Dunia akhir zaman mcam2 yg berlaku saat usia bumi dimamah usia dan peredaran masa berlalu dengan pantas. Ok. straight to my main purpose, cik Tiey nk bincangkan pasal "Berubah ke arah yg lebih BAIK'.

Baik tu maksud mende eak? Ape yg kita smua faham, baik tu melambangkan sikap, perangai seseorang yg menjadi sesuatu perkara yg diingini bagi setiap manusia bergelar insan. Manusia itu tidak sempurna! Xsempurna macam mane? Bukan kah ALLAH menciptakan manusia yg merupakan sebaik2 kejadian? Ok. itu adalah benar! Tapi, kita xsempurna dari segi akhlak kerana hampir perangai, gaya hidup kita ni xmcam gaya hidup para nabi, para rasul,, ahli kitab dan seumpama degannya. Cik Tiey ni bnyak cacat cela, walaupun telah mendapatkan pendidikan agama semasa sekolah menengah.

Untuk pengetahuan anda, Cik Tiey dulu sekolah agama dan amat2 berbangga sbab pernah belajar kat sek tu. First sekolah menengah cik Tiey ialah S.M.U. (A) Tarbiah Mardiah, Panchor Kelantan, yg mana merupakan sekolah agama bantuan di bawah yayasan Islam Kelantan. Cik Tiey bljar kat sini since form 1-3. Then, cik Tiey continue study kat sek Maahad Amir Indera Petra, Bachok Kelantan in science streams. So, kesimpulannya cik Tiey ni bukan calang2 org, sekolah agama tu. Tetapi, cik Tiey sedar dan cik Tiey agak malu untuk mengatakan yg cik Tiey ni pernah mendapat pendidikan di sekolah agama suatu dulu kala memandangkan people mindset ni, they think yg budak2 sekolah agama ni smua berjilbab labuh, warak dan sebgainya. Hakikatnya cik Tiey xmcam tu, cik Tiey macam others people, xpakai jilbab labuh, pakai seluar, pakai t-shirt. However, yg menutup aurat la, stoking and cover hand tu kdg2 je pakai.

Macam tu lah, betapa dasyatnya cik Tiey! Cik Tiey malu bila nk bgtau yg cik Tiey pernah bljar kat sekolah agama, 6ti mereka pandang serong kat budak2 sekolah agama. " Eleh, sekolah agama tp cara same je cam budak sek men! Kalo camtu baik sek men biasa" tmbah lg "Xsemestinya yg sek agama tu smua masuk syurga". Normal la tu org mesti ckap camtu! Ingat ke smua pelajar sek agama ni ape? Manusia biasa jgak. So, xhairanla kalau diorang tu perangai lebih jahat dari "santan" pum! Macam ni lah, cik Tiey nk share ckit pasal life kat sek2 agama. Sebenarnya, xsmua yg bljar kat sek agama tu dengan rela hati bljar kat c2 sbab ade yg kena paksa belajar, ade yg ikut kawan dan sebagainya. Apa yg penting tu hati kita, kalau kita ikhlas inshaa ALLAH segala hal di permudahkan.



Walaupun cik Tiey ni pakai camtu, tapi xlah teruk sngat. Cuma kekurangan dari segi jilbab yg xcomplete tutup dada, size pakaian yg xberapa besar, x berstoking & cover hand jarang2 tu menjadi masalah cik Tiey. Kalau benda asas tu ex: sembahyang, mengaji tu smua Alhamdulillah. Jadi Cik Tiey berharap sangat dpat memantapkan iman, memandangkan iman seorang makhluk yg bernama manusia ni sentiasa menurun & meningkat. Jadi apa yg kurang tu, kita try perbetulkan secara perlahan2. Inshaa ALLAH. Bukan senang nk jadi baik ni, especially baik disisi ALLAH s.w.t. Dosa senang je nk buat, memperburukkan member2 pum dh kira dpat free dosa. Cik Tiey nk berubah kearah yg lebih baik!! Kita jngan mudah judge people tu, even dia pakai camni, dh menutup aurat cuma xberjilbab labuh xsemestinya dia tu xberapa baik sbab kita xtau hati dia kan.

Hati yg ikhlas kerana ALLAH s.w.t tu yg penting! Sape xnk jadi baik kan, tapi ia memerlukan masa untuk kita muhasabah diri, perbetulkan yg mana pincang & upgrade yg mane dh ade. Insha ALLAH . Semoga niat murni ni dpat dicapai dengan istiqamah dalam mencari keredaan ALLAH s.w.t.


2 comments:

  1. chaiyok x 2 cik tiey maniiss.heheheh =)

    ReplyDelete
  2. hehe, tq to my beloved friend for always being on my side, give strength and make me to keep on smiling XD.

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi datang ke blog fatihahazanan92@blogspot.com
Komen anda sedatang ditapis, sila tunggu kejap ye 😘